Friday, June 25, 2010

Mr.Joe

Kali ni saya nak bercerita tentang Mr.Joe,
siapa tahu Mr.Joe tu siapa... angkat tangan..!!
ehehe..tak yah tak yah..
kalau dah tahu pun teruskan membaca okay..
(^.^)

Mr.Joe adalah peneman saya
dia lah yang selalu menemankan saya ke kuliah dan ke rumah
serta ke mana-mana sahaja saya pergi
mesti dengan ditemani oleh Mr.Joe

Mr.Joe adalah MPV kesayangan saya
*walaupun dulu macam tak berkenan langsung..ahakz*
namun bak kata orang-orang tua..tak kenal maka tak cinta.

Jadi setelah terpaksa menaiki/membawa Mr.Joe
ke UNISEL
meluangkan masa bersama-sama
dan memperkenalkan ia sebagai kenderaan utama saya
maka dengan tiba-tiba saya
telah terkenal/famous di kalangan warga UNISEL
dengan panggilan
"Girl Juara"
*macam terbaik je kan bunyi nya..haha*
kerana saya merupakan
SATU-SATUNYA..
*huruf besar lagi..sila peka*
manusia berjantina perempuan
membawa Proton Juara ini.

Untuk pengetahuan anda semua
di UNISEL kampus Bestari Jaya
hanya terdapat 3 Proton Juara sahaja
2 daripadanya adalah dimiliki oleh pelajar lelaki,
seorang dari fakulti kejuruteraan/engineering
dan Juara nya berwarna hitam
manakala lagi seorang dari fakulti sama dengan saya
iaitu fakulti teknologi maklumat
warna Juara nya sama dengan Mr.Joe
cuma beza cermin Juara dia ber'tinted gelap.
jadi dengan itu..
sesiapa pun sangat mudah untuk cam
tuan empunya yang membawa kereta/MPV ni
tambah lagi dengan rupa bentuknya yang unik
dan sering dikaitkan dengan sesuatu berbentuk petak.
(-.-")

Tetapi saya sangat berbesar hati dengan Mr.Joe
kerana Mr.Joe banyak kelebihannya
jika nak dibandingkan dengan kenderaan orang-orang yang mengutuk Mr.Joe
kerana sering saya perhatikan
orang-orang yang mengutuk Mr.Joe hodoh dan sebagainya
menaiki kereta seperti si kecil Kancil,
si kontot Kelisa,
si poser Wira
*sebab konon-konon ubah jadi bentuk Evo..duhh'*,
si motor cabuk ,
dan tak kurang juga yang tak sedar diri,
si pejalan kaki..
(hello..awak tu dah lah kena berjalan kaki di tengah panas
kena berteduh kalau hujan
langsung tak ada kenderaan untuk awak cepat sampai destinasi
lagi nak kutuk Mr.Joe..)
*haizz..emo..emo*

at least..
dengan Mr.Joe tu
saya boleh nak tidur dalam tu
saya boleh nak pindah barang-barang 1 rumah tanpa perlu susahkan sesiapa
saya boleh dengar lagu kuat-kuat macam dalam club..erk (*.*')
haa..lagi..
saya boleh pergi mana-mana
tanpa perlu risau panas atau hujan
kalau panas,on air-cond
kalau hujan, tak basah
bawa laju-laju pun boleh
kalau nak race dengan kereta mana-mana pun boleh
tapi tu terletak pada kebolehan si pemandu la kan..
*ececeehhh..sorry Mr.Joe..puji diri jap..haha*

itu lah dia..
antara golongan manusia
yang tak dapat nak terima perubahan
mereka kutuk-kutuk rupa bentuk Mr.Joe
yang dikatakan sangat pelik dan hodoh dan macam-macam lagi..
padahal mereka sebenarnya tak sedar
bahawa
mereka ketinggalan..
Mr.Joe keluar dalam tempoh
tak silap saya
7-8 tahun yang lalu
sejak itu masyarakat Malaysia
tidak henti-henti meng-condemn Proton Juara
sedang sekarang
banyak lagi kereta-kereta mahal dan terkenal
mempunyai rupa lebih kurang Mr.Joe saya

kenapa..tak percaya?
contoh nya macam Toyota Alphard

*my dad bagi cadangan buat sticker kereta untuk Mr.Joe bertulis
"When I Grow-up, I want To Be An Alphard"

ahahah..bayangkan..
Insyaallah..ada rezeki..akan keluar lah sticker itu nanti.
kawan-kawan..tolong lah saya nak buat sticker itu..if you have any idea..
jasa baik mu akan dikenang..ehehe*
(n.n)

lagi..Mazda Scrum..



okay..cukup.
*nak banyak-banyak cari sendiri*
ni saya nak tunjukkan
beberapa gambar
kembar-kembar Mr.Joe

pertama: ni lah kembar Mr.Joe dengan warna yang sama
*tapi ni bukan Mr.Joe ye..ehehe*


kedua: kembar Mr.Joe dengan warna agak gelap sedikit..


ketiga:kembar Mr.Joe yang telah diubahsuai
dengan warna kegemaran saya..
haihh..cemburu kat tuan punya ni..isk
*tak silap macam pernah nampak kat Shah Alam..hmmm...*


keempat: kembar Mr.Joe ..negro..ahaha..oppss.. (~.~')


kelima: kembar Mr.Joe yang berwarna garang..awww..haha
juga telah diubahsuai bentuknya..


keenam: kembar Mr.Joe dengan warna seakan-akan
untuk menghantar anak-anak ke sekolah *macam bas sekolah* (-.-")


ketujuh: gambar dari belakang..



Anyway..
saya sayang Mr.Joe saya
~xoxo~

0 comments: