Friday, June 18, 2010

Kawan-kawan saya terutama yang perempuan tahu sangat kerenah saya kalau jumpa kasut bertumit tinggi ni di kedai-kedai atau butik kasut seperti Nichi ~ohh..my favourite shop ever~. Memang..huu..tak boleh tak berhenti tengok walaupun tak ada duit nak beli waktu itu..eh, tapi saya tak pernah membazir duit beli kasut tapi tak pakai, okay. Saya mesti pakai sampai kasut tu dah memang tak boleh nak diguna lagi khidmatnya di kaki saya. (^.^)
Dan tinggi kasut bertumit tinggi yang paling maksimum saya boleh pakai ialah setinggi 3 inci. Nak tau 3 inci tu tinggi macam mana..cari sendiri eyh.Tak tahu macam mana nak terangkan. Dulu saya pun tak tahu tentang tinggi-tinggi kasut berapa semua..namun lama-kelamaan tahu sendiri.Tanya-tanya orang..tengok-tengok internet..tahu juga akhirnya. Setinggi 3 inci je yang mampu saya pakai dan berjalan dengan yakin sekali tanpa perlu risau sakit kaki dan sebagainya.
Kalau 4 inci tu dah sama dengan saya jalan menjingkit..perghh..memang tak boleh lah kan..haha.Tu memang nak seksa diri kalau pakai kasut bertumit tinggi 4 inci.

Saya tak tahu kenapa saya suka sangat pakai kasut bertumit tinggi ni.Memang dulu tak reti pakai. First time saya belajar nak pakai kasut tinggi-tinggi ni, saya mula biasakan diri dengan memakai kasut Wedge.Seperti gambar di bawah ni..lebih kurang macam ni la Wedge saya dulu.Dengan ikat reben-reben,memang suka lah!! haha..teruja.. (n.n)

Lama-kelamaan, apabila dah biasa..mula lah bertransformasi ke kasut bertumit tinggi yang sebenar..ecehh..kira macam dah pro lah pakai kasut tinggi tak tersadung jatuh semua..haha.. ~siap boleh berlagak kat kawan-kawan yang nak pakai kasut tinggi-tinggi tapi kejap-kejap jalan dah nak jatuh semua..wahahahah!! (gelak jahat)~haha..ampunnn...

saya suka jenis kasut bertumit tinggi yang tirus..macam kasut-kasut ni..


perghh..terpegun..wahhh..
~nak kasut ni..ada sesiapa baik hati nak belikan hadiahkan kat saya?weee~

cantik kan..haihh


saya suka yang ada macam pengikat kat kaki..rasa lebih stabil bila berjalan


ni sudah semestinya on top of my list..Gladiator-kind-of-heel..


(*.*)

Dan..saya sangat suka melihat diri sendiri memakai kasut bertumit tinggi..hahaha..~oitt..biar lah nak syok sendiri~..acah-acah kaki nak nampak cantik macam ni..


ehehee..

uitt...phewitt..miohohoho


wuu..waahhh...


cewahhhh...haha

Saya jarang la suka nak tengok kasut bertumit tinggi yang tak tirus..entah..setakat ni tak berkenan lagi la kan..dan tak pernah lagi beli untuk dimasukkan dalam koleksi kasut-kasut saya..macam kasut ni..huhuhu...



dan juga fesyen kasut macam ni..


macam menarik tapi..haha..suka part yang ikat kaki tu je lah..bentuk rupa..tak berkenan..~mungkin belum lagi~..ahakz

*dengan suara yang gediwk*
~Kalau I buat kat You macam ni tak apa kan Dear..
nampak seksi.. (You ke I)..wahahahha (^.^) ~


Menunggu ketibaan kasut ni ke Malaysia..woot woot!! :-D

Okay..okay..ramai yang akan kata tak elok pakai kasut bertumit tinggi selalu kerana.....


Sila klik pada gambar untuk bacaan yang lebih jelas..


Termasuk juga yang ni..klik pada gambar..
kalau tak nampak juga..dah boleh pakai kanta pembesar.. ngee


Ni adalah kaki yang tahap kronik disebabkan kasut bertumit tinggi..

Akan tetapi...jengg jengg jengg..!!


haa..jadi...pakai lah kasut bertumit tinggi ye!!
~miahahah...dah ada back-up nye pasal..~
tapi apa-apa jadi tanggung sendiri ye..
wear at your own risk..
jangan nanti kata saya yang hasut pakai kasut bertumit tinggi..
lepas tu masuk hospital sakit kaki suruh saya bayar bil pula..
memang dan-dan tu saya tak kenal anda
walaupun anda mungkin jiran sebelah rumah..haha
(*.~)

Akhir kata untuk entri ini...
kepada sesiapa yang baru nak belajar pakai kasut bertumit tinggi
belajar lah dulu untuk seimbangkan badan bila berjalan ye
jangan nanti asyik terpele'ot je kaki tu
buat malu diri sendiri dan kawan yang berdiri di sebelah anda nanti
haha...no offense..


0 comments: