Friday, June 18, 2010

"Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram."
Berdasarkan sebuah hadis yang masyhur iaitu "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas meskipun di antara keduanya itu ada perkara yang samar-samar yang banyak orang yang tidak mengetahuinya.'" (Riwayat Muslim no.4178)
Perkara yang jelas halalnya iaitu seorang suami mencintai isterinya atau isterinya mencintai suaminya dan lelaki yang mencintai wanita pinangannya juga wanita yang dipinang mencintai lelaki yang meminangnya.

Perkara yang jelas haramnya iaitu seorang lelaki mencintai perempuan yang bersuami, lalu lelaki itu hatinya asyik memikirkan wanita berkenaan begitu juga sebaliknya.

Hal itu boleh membawa kerosakan rumah tangganya dan kadang-kadang ia boleh menyebabkan terjadinya pengkhianatan suami isteri. Perkara itu juga, kadang-kadang boleh menimbulkan kekecohan dalam kehidupan wanita itu, menyebabkan fikirannya berserabut, mengganggu hati perasaannya serta menghilangkan ketenangan hidup berumah tangga.

Situasi berkenaan boleh mendorong berlakunya hal yang lebih besar yang tidak dihalalkan syarak. Jika tidak berlaku sedemikian pun, ia mungkin boleh menggoncang hati dan jiwa sehingga mengeruhkan hubungan suami isteri.

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud, daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w mengancam orang yang bersikap demikian dengan bersabda,
"Bukan daripada golongan kami orang yang merosakkan hubungan seorang wanita dengan suaminya." (Riwayat Abu Daud no.2177)"

0 comments: