Sunday, September 11, 2011

The reason why women/girls
lock their heart?


because...

Men; 
they came into ur life 
with sweet words 
n then they leave. 
Oh wait, 
they break ur heart 1st,
and then
they leave..


Friday, July 1, 2011

Azazil bukanlah malaikat, ia adalah iblis yang asalnya dari golongan jin yang kuat beribadat.

Al-Kahf [50] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…

Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada Allah. 
Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit pertama. 
Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah swt selama 1000 tahun. 
Kemudian dia diangkat ke langit kedua. 
Begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi imam kepada para malaikat. 
Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah baginya, 
kerana dialah imam para malaikat yang memimpin malaikat.

Azazil adalah imam kepada kepada seluruh malaikat. 
Ibadahnya kepada Allah banyak. 
Ada riwayat yang menyatakan 
Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun 
dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah.

Dalam satu riwayat menceritakan, 
akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz 
ada tercatat satu suratan berkenaan :
Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun 
tetapi hanya kerana satu kesalahan, 
maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat”

Maka menangislah Israfil 
kerana bimbang makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah dirinya. 
Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat 
pengalamannya melihat apa yang tersurat di Loh Mahfuz. 
Maka menangislah sekelian malaikat 
kerana takut dan bimbang nasib mereka. 
Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat, 
agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. 

Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :
“Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)”

Malangnya, 
Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. 
Selepas mendoakan kesemua para malaikat, 
Azazil terus menuju ke syurga.
 Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan :
“Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin 
yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, 
tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. 
Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat”

Lalu Allah Menciptakan Adam a.s.,
 dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat kepada Adam a.s.
 Azazil, sebagai imam para malaikat, 
sepatutnya lebih dahulu bersujud memimpin para malaikat. 

Tetapi, 
dia menolak, 
kerana 
dia merasa bahawa dirinya 
lebih baik dari pada Adam. 

Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil.
Bukan sahaja dia enggan sujud, 
malah sombong 
dan menjawab kepada Allah :-
Israa [61] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: 
Sujudlah kamu kepada Adam; 
maka mereka sujudlah melainkan iblis; 
dia berkata: 
Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?

Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki iblis@Azazil, 
yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi 
kerana ia dijadikan dari api 
sedangkan manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. 
Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan.

Maka terhalaulah Azazil dari syurga. 
Namanya diubah kepada Iblis. 
Apabila Iblis diturunkan ke bumi, 
dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya.
Israa [62] Dia berkata lagi: 
Khabarkanlah kepadaku,
 inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? 
Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat,
 tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya,
 kecuali sedikit (di antaranya)

Israa [63] Allah berfirman (kepada iblis):
 Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! 
Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, 
maka sesungguhnya 
Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, 
sebagai balasan yang cukup.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ni Azazel dalam X-Men First Class.
nama mungkin diilham dari nama asal Iblis.
(smart..paling suka tang ekor.)
(X_X)

Friday, June 24, 2011

Okay. Alang-alang aku tak boleh tidur ni, baik buat blog kan.
At least nampak la usaha nak naikkan trafik 
dan tambah followers atau visitors.eh. 
("-__-")
*sarcasm*

Asyik-asyik cerita tentang
Trafik trafik..asyik-asyik sibuk nak kejar trafik.
Lagi best kalau bab nak menambah follower/s dan visitor/s,
kau punya atau aku punya lagi ramai.Kemain.
Boleh tambah earning ye dak? Masyuk laaa kan.
Sat sat..wet se menet (wait seminit) haha.
Aku nak tanya ni, itu je ke tujuan orang nak berblog ni? 


Ada yang jenis kemain kerek kata..opss no, tulis 
*blog kan..nak kata apa bukan boleh rakam pun..sighh*
"ni blog aku, suka hati aku nak tulis apa. Tak suka ,gi klik pangkah merah kat atas tepi tu"
eh, emo pula,tak nak orang baca kau pergi private kan lah blog tu kan
tak pun jangan buat entri yang bukan-bukan kalau tak nak ditegur,
kalau yang statement lagi kerek,
"dah jadi followers tu tinggalkan lah jejak kat komen tu. Kalau setakat jadi silent readers baik tak payah"
ehh kau ni, dah cukup baik aku nak jadi follower kau tau,cis
dan lagi kerek tahap kerak bila,
"kalau tengok tak aktif komen tak ada interaksi *konon-konon*, 
nama atau profile korang akan di'delete atau di'block dari followers list tu"
eh..eh..dan ehh lagi. 
Sedap kau 'sound' orang ye. Artis ke? Bajet sikit.
Lempang sedas dua sampai berpusing-pusing nak? haha
Tacing pulek aku ni.

Itu ayat-ayat mereka yang aku agak tak berapa nak femes tapi baru-baru nak up,
baru-baru nak kejar trafik, follower dan entah apa lagi nak dikejar.
Siap nak paksa orang tinggal jejak bagai
jadi followers sejati semua, kena respon kat penulisan kau yang picisan tu.
Dan macam-macam lagi.
Eh. 
Itu yang baru-baru nak femes. Yang dah jadi blogger femes tu?
Boleh lagi bongkak lah? 
*Pang*

Okay.Okay.Cukup.
 Aku merapu tentang hal trafik dan followers semua ni
sebab
banyak yang aku jumpa masa berblog-walking
semuanya..no, kebanyakannya
akan pertikaikan tentang trafik dan followers sesebuah blog.

Sebagai contoh yang dipertikaikan:

Macam mana nak naikkan trafik dan tambah followers
supaya blog korang tu tak dicop sampah atau tak best
oleh orang-orang atau blogger-blogger lain 
di samping boleh mengaut keuntungan iklan-iklan Nuffnang atau apa saja.

Atau:

Pentingnya populariti blog supaya 
korang boleh rasa best dan berlagak dengan orang lain
yang hegeh-hegeh baca blog korang dan tegur korang
tapi lepas tu korang boleh buat derk dan 
hanya layan yang sekufu femes je dengan korang
dan buat diorang rasa diorang tak layak atau tak sama level
dengan korang yang acah-cah femes tu.

Atau:

Macam mana korang boleh menambahkan komuniti blog
disamping korang boleh dibenarkan mengutuk dan mengata 
tentang para blogger picisan yang tak femes 
sebab korang tahu korang ada followers
yang boleh back-up dan puji korang
bila ada entri-entri serang-balas-macam-dalam-perang.

Atau:

Betapa pentingnya trafik dan followers untuk blog kita
sebab nak merasa hasil kerja dihargai
kalau tak
blog kita ni seolah-olah ibarat hidup segan,mati tak mau. eh.

Atau:

Apa pun alasan korang nak berblog
orang akan judge blog korang ni sampah and whatsoever
bila tak ada komen dari pembaca
dan trafik yang slow
dan followers yang tak ramai dan tak setia.
(maksud tak setia adalah, tak baca pun entri blog tu, just jadi follower je)
jadi hadap lah
kena kutuk atau di downkan dalam dunia blogging ni.
Harharharamm.

Dan macam-macam lagi tanggapan dan pertikaian yang tak sudah.

Haha. Aku mampu gelak je.
Bagi pandangan aku,
elok-elok nak rileks-rileks enjoy menulis
dah kena terikut budaya kejar trafik,kejar follower, kejar earning
entah apa macam lagi nak dikejar
semata sebab nak jaga air muka.eh.bukan. halaman blog.haha

Ni berdasarkan pemerhatian aku dan blogger-blogger 
yang baru nak merangkak *macam aku* dalam dunia blogging ni
dan yang kadang-kala buat blog ni hanya sekadar platform untuk bercerita
atau meluahkan rasa dalam hati *ehem*
sebab tu tak kisah ada ramai followers ke tak,
kalau ada, Alhamdulillah.
kalau tak ada, kesian kena cop sampah dan tak femes. 
*menci tau.haha*

Tak adil kan.
Kenapa mesti nak letak tahap atau taraf standard 
dalam hal nak berblog apa benda semua ni.
Duniawi je semua ni..*ecehhhh..haha*

Kalau kau suka nak femes bagai dalam dunia blog ni
sebab tak ada siapa kenal kau kat dunia realiti, kau buat lah apa kau nak.
Kau nak kejar trafik ke apa lanc*u, kau buat lah.
Tak payah nak drag semua orang nak berlumba dengan kau
semata-mata kau nak rasa seronok ada orang lain buat macam kau juga.
ohh..kau kan TAKUT SANGAT SYOK SENDIRI.
*haa..kalau ni kena kat kau ok juga kan?duhh*

Tension pula tetiba.Kenapa?
Sebab, bagi aku
aku menulis nak rasa rileks
nak membebel apa-apa yang tak penting,
nak bagitahu secara tak langsung apa yang ada dalam hati aku
apa yang jadi dalam hidup aku
sesiapa yang kenal aku
dan terlibat dalam kisah hidup dan hati aku
diorang baca dan diorang faham,
itu dah memadai bagi aku,
dan kalau ada pembaca luar yang tak kenal aku
yang sudi baca dan apa yang aku tulis boleh buat diorang terleka
dah cukup bagus untuk aku.
Especially silent readers. Aku hargai je.
Sebab aku pun suka jadi silent readers
bila baca blog orang dan dalam hati puji, 
"bagusnya kelebihan dia ni Allah bagi, bijak dengan kata-kata penulisan"
Dah orang tu dapat pahala.eh ke aku?haha..mana-mana je.


Sama macam konsep kalau kita dalam perpustakaan kan,
baca buku tu best senyap-senyap je,
dah habis baca,letak balik kat rak,
(konsep silent readers)

kalau rasa nak rekemen kat orang untuk baca, boleh juga buat
tunjuk buku tu dan kata
"bagi aku best, kau try lah baca"
dah ok la tu kan?
(konsep berblog-walking tinggalkan link)

tak ada lah dah sampai perlu jerit,
kepoh heboh
 "hey, buku ni best lah, jom lah baca" 
tambah dengan
"tapi hanya orang best je boleh baca buku best ni
orang tak best boleh pergi mati" 
Eh?what the?teetttt.
(konsep blogger berlagak-tak-hengat-punya)
(-___________-")

Apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya?
haha..dah mengantuk ni.
the main point is
tentang trafik ke
follower blog ke
apa jadah pencapaian semua tu
ada orang jenis kisah
dan ada orang jenis tak kisah pun
niat masing-masing la nak buat sesuatu tu macam mana
dan tolong la
jangan jadi tipikal Melayu
yang suka nak kondem orang
nak kutuk orang
nak down kan orang sebab nak rasa diri tu up tinggi melangit
tak payah nak agung sangat pasal blog ni
nanti waktu kiamat nanti
aku tak tahu la blog ni membantu kita
macam mana Al-Quran bantu kita kan
so, pada-pada sudah
jangan cari dosa bergaduh dalam blog
buat entri serang balas 
orang yang memerhati ramai..i mean, yang membaca
jadi jaga diri sendiri sudah lah kan.

Ya, I know
karang ada lah kata kat aku
"kau tak femes boleh lah kau kata macam ni,
nanti kalau ramai follower dan trafik blog naik, suka juga"
Ya, aku mengaku, mesti lah aku suka kalau trafik aku naik
follower sejati ramai
tapi tu tak bermakna aku boleh atau perlu
buat perangai tak semenggah
downkan blogger-blogger lain yang picisan atau baru-baru nak berjinak dengan blog
dan cop mereka tu hanya punya blog sampah atau apa segala kutuk lagi.
Perlu ke? Tak kan. 
Dah tu, duk diam-diam tak boleh?

Saturday, April 23, 2011






Thursday, April 14, 2011

Andai lelaki itu tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pertelingkahan yang berlaku.

Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. Jadi belajar lah untuk menghargai..

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula atau ingin anda memujuknya kembali. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang mampu menggoncang dunia dan mungkin mampu juga untuk membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri dan juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.

Perempuan memang begini..jadi
fahami dan hargailah kami..
sepertinya kami juga dari tulang rusuk kamu wahai lelaki..

Tuesday, April 12, 2011

beriadah berdua

Semalam pergi Sunway Lagoon bersama si Pinat
asalnya ikut plan nak pergi jogging dan buat sesi menguruskan badan
di Taman Pertanian/Botani Shah Alam.

Sudah berangan-angan ingin menaiki basikal dan
melakukan sesi gedik berlari-lari jogging,
tapi alih-alih dah sampai tempat yang dituju
tengok-tengok tutup
memandangkan memang hari Isnin adalah hari cuti bagi taman itu.
Sadis kan..semangat dah membara tapi tempat pula tutup.

Jadi disebabkan kebuntuan memikirkan aktiviti yang hendak dilakukan,
kembali memikirkan idea gila untuk menghabiskan waktu
sambil otak ligat berfikir bersama mulut mengunyah
dan tangan memegang hashbrown McD yang lazat
maka keputusan dibuat untuk beriadah di Sunway Lagoon
walaupun hanya berdua.

Tapi itu tidak boleh dijadikan bukti
untuk keraguan anda terhadap orientasi seksual kami
kerana kami masih tegar ingin melihat sekiranya ada
jejaka-jejaka hot yang boleh dijadikan pencuci mata..haha.

Namun hampa
kerana hari waktu bekerja
hanya ramai pendatang/pelancong asing yang membanjiri kawasan rekreasi itu
bersama pasangan dan keluarga masing-masing
dan bak kata Pinat
pemandangan nampak berbulu
kerana kebanyakan jejaka-jejaka tersebut
berbulu dada dan badan
seperti monyet di hutan.ok.tipu.exaggerate.
tapi memang badan berbulu lebat.
eiyuuu..terus rasa tak nak mandi. (-.-")

tetapi kerana memikirkan
jumlah wang yang sudah digunakan untuk membeli tiket masuk
maka aktiviti diteruskan jua.
Gambar-gambar masih ada dalam handphone Nokia 5800 Express Music saya
dan insyaallah akan diupload sekiranya ada kelapangan dan kerajinan
untuk berkongsi di sini.

Sekian. Report dari saya.
Terima kasih.
(>.<)

Tuesday, March 29, 2011

Okay, sekarang sesi pembelajaran
ikatan tali kasut yang unik dan kreatif
sila cuba 
untuk menunjukkan
anda tidak lah ketinggalan zaman
walaupun mungkin kini
anda tidak lagi gemar memakai kasut yang ada tali
hoho

Tetapi anda masih boleh mempelajarinya
supaya bila tiba satu-satu masa yang tidak diduga
seperti
terpaksa mengikat tali kasut sekolah anak saudara anda yang malas mengada
atau
cuba mengalahkan pasangan anda dalam ilmu mengikat tali kasut
atau
sengaja nak buat budak-budak baru nak up kelihatan batak seketika di hadapan anda
atau pun
ingin menunjukkan anda begitu rajin mengikat tali kasut
dan dengan itu
mungkin kemahiran anda ini akan membuat orang lain terpegun
dan ketika itu anda boleh berhidung kembang kempis..
haha

 selamat mencuba
















Friday, March 18, 2011

Aku sebenarnya dah lama perasan
sejak terbayang-bayang
si pelakon Alex Pettyfer 
sebagai the beast dalam movie Beastly
*cewahhhh..angau*

back to the topic
refer to the picture below
carefully
.......

alahaiii
hensemnya..

eh ..eh..
sorry.

erm..
see..see
kat bahagian kening tu
memang kalau ikutkan
bagi sesetengah orang mungkin akan cakap
tak ada apa-apa
tapi
macam
hmm...
perlu ke nak memanipulasi jawi macam tu
dah tu bukan eja ikut jawi betul pun
just terbalik-balik kan huruf jawi
tapi ayat bunyi rumi

yang kening sebelah kiri 
tertulis
"embrace"
 yang kening sebelah kanan
tertulis
"suck"

agak-agak la kan
apsal ek mesti nak guna huruf jawi
tapi tak apa la kan
jika memang tak ada maksud tersirat ke apa
cuma..pelik

perlu ke
tulisan jawi
tapi tak ditulis guna jawi yang betul
dan hanya sebagai ganti huruf rumi

lagi sekali..
perlu ke?
kenapa ek?
hoho

Tuesday, January 25, 2011


Pride said : It's impossible.....

Experience said : Its risky.....
Reason said : It's pointless.....
the Heart whispered : Give it a TRY...

Alert to the BOY/MAN:

Just let her be what she is.
Don't try to change her and don't curb her individuality.
She will brighten your life with her optimism,
boost you with loyalty,
trust you blindly and shower her affection on you.
So..learn to appreciate what you have got.


If you love two people at the same time,
choose the second one.
Because if you truly loved the first one,
you wouldn’t love another one..

saya ada terbaca tentang satu artikel
yang mengatakan kita harus belajar bersabar
dan belajar melupakan kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain
serta juga kesalahan orang lain terhadap kita.

macam senang kan?
tapi bila fikir balik
mampu ke kita nak buat macam tu
semula
muhasabah diri.

Dari Uqbah bin Amir, dia berkata:
"Rasulullah SAW bersabda, "wahai Uqbah, bagaimana jika ku beritahukan kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mau memberimu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu." (HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy)

sangat mendalam kan.
mampu ke kita?
memang ramai yang bercita-cita ingin akhlak dan budi pekerti
yang baik yang mulia yang elok
tapi kita sering kali tewas
tewas kepada nafsu amarah
nafsu dendam
nafsu melepas kata-kata yang melukan hati orang lain
nafsu benci
nafsu yang membawa kepada putusnya silaturahim
putusnya kemesraan
putusnya kepercayaan
semula.
muhasabah diri.

kita ini tidak sempurna
tidak akan pernah hampir pun akan menjadi sempurna
tetapi tidak salah jika ingin menjurus kepada sempurna
sempurna dari akhlak yang baik
sempurna dari budi pekerti yang elok
sempurna dari segala macam hal
tidak rugi
kerana Allah menjanjikan ganjaran di akhirat
untuk yang tidak sabar dan tamak
jangan lupa
Allah juga sentiasa memberi ganjaran pada kita di dunia
cuma kita sahaja sering lupa
sering terlepas pandang
maka itu
muhasabah diri
ingatkan diri supaya bersihkan hati
belajar menjadi insan yang terpuji
mungkin bukan disisi manusia
tapi cukup jika di sisi Allah, nabi dan malaikat
dan segala makhluk yang Allah tentukan

apabila sudah pandai bersabar
pandai memaafkan
pandai merendah diri
pandai muhasabah diri
insyaallah harapnya
tidak akan ada lagi 'penyakit'
di dalam hati
di dalam pemikiran
yang ada hanya ketenangan.
Insyaallah.

"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada.
Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu?
Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur :22)

note to myself:
lailahailallah..ya Tuhan ku
kuatkan lah hati ku
teguhkan iman ku
mungkin kali ini aku sedar
dan mungkin di lain waktunya aku tersasar
tetapkan aku di jalan lurus Mu
temani aku di tiap langkah hidup ku
sesungguhnya Kau yang Maha Agung
Yang Maha Esa
bersihkan hati dan diri ku dari kekeruhan akhlak
perhiaskan lah diriku dengan kecantikan budi
ketinggian ilmu
sesungguhnya Kau yang mecantikkan dan mengindahkan rupa paras serta kejadian ku
maka cantikkan lah serta indah kan lah juga budi pekerti serta akhlak ku.
amin amin ya rabbal alamin.

Monday, December 20, 2010

Sebenarnya kan ramai yang tak tahu tentang datang bulan
terutaman lelaki sebab diorang tak pernah kena
yang perempuan pula selalu banyak persoalan
walaupun perkara ni seharusnya lebih arif
kerana kita mengalaminya setiap bulan
dan harus ambil tahu dan ambil berat
serta kena rajin mencari info
untuk kepentingan diri sendiri.

ok.ok.enough membebel macam doktor ahh perasan
dulu pernah buat entry tentang datang bulan ni
atau lebih senang dikenali dengan Haid
atau Period
atau . . . . ~cari sendiri..ngeng~
tapi yang ni info untuk yang datang bulan 2 kali sebulan

First of all,
datang bulan atau Haid ni terjadi disebabkan pendarahan daripada faraj. Ia adalah perkara normal yang berlaku pada tubuh gadis yang mencapai akil baligh dan ia akan berhenti apabila seseorang itu mencecah lingkungan usia 50 tahun atau apabila pengovuman tidak berlaku (monopous) ~if I'm not mistaken~

Proses ini berlaku setiap bulan kerana ovari akan mengeluarkan telur. Proses mengeluarkan telur itu dikenali sebagai pengovuman. Pada waktu pengovuman, perubahan hormon berlaku bagi menyediakan rahim untuk kehamilan akan tetapi jika pengovuman berlaku tetapi telur yang dilepaskan tidak disenyawakan maka lapisan di dinding rahim akan gugur melalui faraj yang dikenali sebagai haid.

Sesetengah gadis atau wanita akan menghadapi kejang perut atau lebih dikenali sebagai senggugut, di bawah abdomen ketika haid bermula. Ini akan menyebabkan aktiviti seharian mereka terganggu kerana kesakitan yang dialami oleh wanita sebelum atau menjelang haid ialah sindrom sebelum haid/ Premenstrual Sysndrom (PMS). PMS berlaku akibat hormon progesteron yang dirembeskan selepas berlakunya ovulasi, Ia merujuk kepada simptom fizikal dan emosi. Antara simptomnya adalah keletihan, kekejangan abdomen dan sakit kepala serta masalah kembung perut disamping ketidakstabilan emosi, keresahan dan kemurungan .

Bagi mereka yang mengalami simptom senggugut/PMS, mereka perlu menghindari:

  • meminum air yang tinggi kandungan kafein seperti kopi.
  • makanan yang mengandungi gula terproses seperti coklat, gula-gula dan air berkarbonat kerana boleh meningkatkan kekejangan pada abdomen dan rahim selepas beberapa jam dimakan.
  • makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi kerana akan mengakibatkan pengumpulan air di dalam tubuh badan dan mengundang ketidakselesaan.
  • makanan yang mengandungi lemak seperti daging merah dan aiskrim kerana ia menyebabkan salur darah mengecut dan mengundang kesakitan pada bahagian abdomen.

Tetapi amat lah digalakkan sekiranya:

  • sajian yang berbijirin penuh untuk mengelakkan rasa letih dan tidak bermaya.
  • sayur-sayuran dan buah-buahan
  • makanan yang mengandungi asid lemak omega 3 seperti ikan dan makanan yang mengandungi vitamin B kompleks .

Itu sedikit sebanyak info yang dapat daripada internet dan surat khabar.Jadi kepada kaum Hawa tu, mari lah sama-sama kita jaga diri dan 'kilang' kita..ahakz (^.~)

Wednesday, November 24, 2010

Ini beberapa alasan yang mendorong wanita/perempuan melakukan pembohongan.Tak kisah lah bohong sunat ke bohong tak sunat.Jadi kepada para lelaki..please ALERT!!


1. Balas dendam
Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.

2. Urutan kasih
Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.

3. Kekerasan
Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.

4. Hambar
Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia yang selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya. Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.

5. Seks
Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.

6. Cadangan
Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat 'menderita' ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.
Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.

7. Jejaka bermasalah
Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.

8. Hubungan tiada kesudahan
Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan. Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?

9. Bosan
Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.
Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.

10. Hubungan tidak diduga
Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.


Okay..from my point of view..segala apa yang dinyatakan di atas memang ada betulnya..
jadi...faham-faham sendiri lah cara nak menjaga wanita/perempuan anda ye.
harap maklum..kerana wanita bila setia, dia akan terus setia dan memberi kepercayaan serta mampu membuat kamu mempercayainya namun apabila kamu melukakan dia, bersedia lah menerima balasan perbuatan kamu ye para jejaka/lelaki sekalian..
sekadar berkongsi...
renung-renungkan..
selamat beramal..
(>.<)

Tuesday, November 23, 2010

Sinusitis

Today,I would like to talk about:

Sinusitis: A Common Problem
Sinusitis affects millions of people each year, making it one of the most common health problem in the world. It is more prevalent than arthritis and hypertension and has a greater impact on quality of life than diabetes or congestive heart failure. Symptoms may significantly affect people physically, functionally and emotionally.

What is Sinusitis anyway?
Sinusitis is an inflammation of the sinus lining most commonly caused by bacterial, viral and/or microbial infections, as well as structural issues such as blockage of the sinus opening. if the opening is closed, normal mucus drainage may not occur. This condition may lead to infection and inflammation of the sinuses.

Symptoms:
Common symptoms include the following:
  • Facial pain, pressure, congestion or fullness
  • Fatigue
  • Headache
  • Loss if the sense of smell
  • Nasal obstruction or blockage
  • Discharge of discolored mucus from the nose
  • Discolored post-nasal drainage
What are the Sinuses?
Sinuses are air-filled pockets in the areas surrounding the nose. There are four types of sinuses on either side of the face.




Each sinus has an opening through which mucus drains. Mucus drainage is a normal process that keeps that sinus healthy.

*Sinus area close-up*

Types of Sinusitis
Sinusitis is usually preceded by a cold, allergy attack or irritation from environmental pollutants. Often, the resulting symptoms, such as nasal pressure and congestion run their course in a few days. If symptoms persist, a bacterial infection or acute sinusitis may develop. If the condition occurs frequently or lasts 3 months or more, it may be chronic sinusitis.

Chronic Sinusitis treatment
The most frequently used treatments for chronic sinusitis are medical therapies and/or conventional sinus surgery. Medical therapy treatment offers a choice between sprays, antibiotics, steroids and others, while conventional surgical devices an the novel Balloon Sinuplasty system of devices. Talk to your doctor about which treatment option is right for you.


Balloon Sinuplasty System:
A Novel, Catheter-Based Device Option.
Balloon Sinuplasty devices represent a new technology in the opening of blocked sinuses and in many cases without tissues or bone removal. The FDA-cleared Relieva Balloon Sinuplasty products are used by qualified Ear, Nose and Throat (ENT) physicians.

Steps in Using the Balloon Sinuplasty Technology

From left~step 1:
Using the Balloon Sinuplasty system, your physician gently places a Sinus Guide Catheter and a flexible Sinus Guidewire through the nostrils to access the target sinus. Then a Sinus Balloon Catheter is advanced over the Sinus Guidewire.

The middle~step 2:
The sinus Balloon Catheter is positioned across the blocked sinus opening and gently inflated.

The last~step 3:
The Balloon Sinuplasty system is removed, leaving an open sinus passageaway and restoring normal sinus drainage and function.


Balloon Sinnuplasty Technology Benefits:

  • Safe and effective
While use of any surgical instrument involves some risk, clinical studies have shown the Balloon Sinuplasty system to be safe and effective in relieving symptoms of sinusitis.
  • Minimally invasive
The technology uses small, soft devices that are introduced through the nostrils. These devices gently open blocked sinus openings.
  • Reduced bleeding
In many cases, no tissue or bone is removed during surgery using this technology, there may be reduced bleeding. As a result, the need for uncomfortable nasal packing may also be eliminated.
  • Fast recovery time
While recovery time varies with each patient, many people can return to normal activity within 24 hours.
  • Does not limit treatment options
The Balloon Sinuplasty technology is an endoscopic tool and may be used with other medical therapies or surgical techniques. It does not limit future treatment options if you have progressive disease.

Wednesday, October 27, 2010

bercinta


maafkan aku
atas segala kekhilafan ku

maafkan aku jua
sekiranya apa yang ku bicarakan secara terbuka
tidak menggambarkan kecerdikan dan tersalah kata

namun aku perlu tahu
adakah bercinta itu
salah di sisi agamaku?

adakah perbuatan dan keinginan
menyintai itu
adalah beban dan
akan menjadi dosa bagi ku?

ya..ku akui
cinta yang agung untuk Ilahi
cinta yang tidak terbelah bahagi
untuk keluarga yang dihormati
namun ada satu yang masih ku cintai
si dia yang bertakhta di hati
dan mengharapkan aku menjadi suri
untuk rumahtangga kami
insyaallah jika ada rezeki
yang Allah bagi..

tetapi..
adakah itu berdosa
bagi aku, seorang hamba
untuk bercinta sesama manusia
mengikut fitrah sedia ada?

kisah ini ku kongsikan
bersama kalian
bersama kita renung-renungkan

p/s: klik pada gambar untuk bacaan lebih jelas.