Friday, June 11, 2010
As u read this..mesti ada yang tertanya-tanya kenapa lah isi kandungan blog ni sejak kebelakangan ni asyik jiwang je ayat..cinta cinta cinta..macam dah tak ada perkara lain yang nak difikirkan..bosan je ~hamboiii ayat~ bukan tak ada ye..tapi seperti title di atas..it is just because love is in or on the air? miohohoho..on ke in ke ..still love isn't it?mungkin yang mana patah hati, serik bercinta,tak pernah bercinta, tak jumpa lagi cinta and so on.. akan pandang cinta ni menyusahkan atau tak ada apa yang istimewanya cinta tu atau hanya perasaan yang sama dengan yang lain wujud dalam diri dan macam macam lagi perihal tanggapan tentang cinta.Tapi bagi saya..selagi saya masih tak putus asa untuk menerima cinta, selagi itu hati masih lagi terima qada' dan qadar nya.Sedia maklum..jodoh,ajal,rezeki semua ditentukan Yang Maha Esa namun sebagai insan yang kerdil masih perlu mencuba untuk dapat yang terbaik seperti yang kita kehendaki kan?tak salah kan mengharap?tak salah kan gembira merasa nikmat cinta..segala perkara ada baik buruknya jadi kenapa perlu memusuhi cinta? hanya kerana kita terluka akibat cinta? ya..mungkin itu salah satu punca utama tapi sampai bila nak menjauhi cinta? kerana cinta bukan sahaja untuk si kekasih atau si tunang atau si suami..ia juga cinta pada segala-galanya yang ada dalam hidup kita.Cuma sama ada kita sedar atau tidak kita memerlukan cinta itu untuk menghargai apa yang kita ada sebelum kita kehilangannya.
Jadi peringatan untuk anda..dan juga diri saya
selagi masih bernyawa...kekalkan cinta
terutama untuk Yang Maha Esa
kemudian keluarga
paling penting diri kita
dan kongsi juga dengan sahabat handai semua
tak lupa binatang kesayangan yang dibela
dan akhir kata
cinta itu indah sebenarnya..
bila ada yang memberi pada kita
dan kita menerima
dengan itu sama-sama lah menjaga
agar ada keharmonian setiap masa
walau apa jua masalah yang melanda
dalam hidup kita di dunia yang fana
~chewahhhh..pensyarah ker?ahahha~
0 comments:
Post a Comment