Wednesday, June 16, 2010

cara betul masak mee segera


Anda semua sedar atau tidak bahawa sebenarnya ramai orang dalam Malaysia ni tak tahu pun yang mereka guna cara yang salah untuk masak mee segera (terutama Maggi? jenama kesukaan saya..seperti gambar di atas..ngehehe). Selalu orang kita buat ialah masukkan mee tersebut dalam bekas yang dah diisi dengan air, kemudian letak perencah yang anda suka (ayam ke kari ke tomyam ke apa-apa je) dan dibiar masak/rebus dalam 2-3 minit macam tu, hasil nya..siap untuk dimakan.Itu pun tengok juga masak atas api ke atau pakai air panas jer..tapi tetap 2-3 minit je..oh oh..atau ada juga yang masak guna khidmat microwave..ngeee..

tetapi cara ini adalah SALAH!! kerana dengan menggunakan cara itu anda sebenarnya telah memasak/merebus/memanaskan sekali kandungan di dalam perencah yang , kita sedia maklum mengandungi MSG dan akibatnya molekul-molekul struktur di dalam MSG boleh mengakibatkannya menjadi beracun ..tambahan pula mee itu telah disalut dengan lilin dan ia akan mengambil masa dari 4 hari hingga ke seminggu untuk badan kita menyah kan selaput lilin mee yang kita dah makan itu. (kesian usus-usus badan kita kan..haizz)

Kalau anda sedar, siapa yang banyak atau kerap makan mee segera akan ada tanda-tanda perubahan kesihatan badan seperti keguguran rambut, rasa tak sihat dan macam-macam lagi.Ini semua akibat dari cara masak yang salah.Nampak macam remeh tetapi kesan nya teruk okay.Jadi, sila alert..eh eh..maksud saya sila peka tentang hal ini. Cara penyediaan makanan amat lah penting , bukan sahaja dalam penyediaan mee segera tapi menjurus kepada semua jenis makanan yang halal dimakan, ini untuk menjamin kesihatan diri kita dan juga orang tersayang.. Kalau yang obses nak kurus tu, tak yah makan mee segera langsung. Pergi makan buah-buahan dan salad..mengada-ngada..siapa entah yang kata makan mee segera selalu boleh cepat kurus..nak kena babap ni! eh..emo pula..tehee..

Okay..untuk cara masakan yang betul..saya Chef Umi ingin mengajar anda..eh eh..haha..merapu kejap..hilangkan bosan..meh meh..ini cara-cara nya..ehe

Penyediaan masakan mee segera yang betul:

1. rebus mee dalam bekas yang mengandungi air.. (mesti lah air..tak kan minyak pula kan..)
2. apabila mee telah direbus/dimasak..acah-acah dah kembang seenak mata memandang, keluarkan mee dan asingkan ke dalam bekas lain, air rebusan tadi dibuang kerana ia sudah mengandungi selaput lilin mee tadi.
3. jerang/rebus air dalam bekas lain hingga cukup waktu , kemudian masukkan mee yang sudah direbus tadi ke dalam air panas itu. Kalau yang masak atas api, dah boleh tutup dah api tu..kalau tak terlebih masak pula nanti atau habis gas dapur tu.. (-.-") okay..abaikan ayat terakhir.
4. langkah seterusnya, masukkan perencah pilihan anda itu ketika mee dan air masih panas.
5. maka..hasilnya..siap lah mee segere berkuah anda..gaul secermat boleh ye..jangan kang ada pula tumpah-tumpah kuah atas lantai.
6. akan tetapi, bagi mereka yang inginkan mee segera ala-ala mee segera goreng , anda kena lah toss atau maksud lain keringkan mee (pandai-pandai lah belajar dan buat sendiri..jangan pula 'pandai' sangat pergi keringkan mee pakai tuala mandi pula..itu saya tak ajar), setelah mee di toss/kering campurkan mee itu dengan perencah. Siap..nak mamam tu baca doa mamam dulu okay.

Senang kan..?tapi tak lah sesenang cara masakan yang salah kan..campur semua, tuang air, masak..haha. Jangan nak malas sangat. Kesihatan perlu jaga. Allah bagi semua elok je. Hargai sepenuhnya..jangan dah tak sihat nanti nak salahkan takdir ke apa-apa pula..

Sekian ...dari saya ~yang tengah lapar~
Terima kasih.

0 comments: