Wednesday, September 22, 2010

kuih bulan

Saya dah lama nak makan kuih bulan.
tau tak kuih bulan tu apa?
Kuih Bulan adalah salah satu makanan tradisional orang Cina
yang secara tradisinya dimakan sewaktu Perayaan Pertengahan Musim Luruh
*if I'm not mistaken*

Memang dah lama aim nak cuba beli
tapi...
tau-tau la kan
nak mencari yang halal tu
dugaan sikit..haha
Tapi serius nak rasa sangat kuih bulan ni
tengok..



adeii..tak terliur ke?
ahaha..
mungkin sebab saya puasa hari ini
jadi nafsu makan tu
agak tak terkawal sikit
pantang tengok makanan
mesti fikir sedappppp je..haha

Anyway
disebabkan faktor halal
menjadi punca tak cuba beli dan merasa kuih bulan
jadi saya selalu membayangkan
rasa kuih bulan tu
lebih kurang sama dengan rasa
KUIH BAKAR..



ahaha..logik tak nak fikir macam tu?
mungkin sebab rupa kuih ni
lebih kurang sama
*ye je lebih kurang?*

haa..sebelum terlupa
dah masuk dalam surat khabar
tentang sijil halal
untuk Kuih Bulan ni..

~kredit to Kosmo~

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan sijil halal kepada 12 syarikat pengeluar kuih bulan yang produknya boleh dimakan oleh masyarakat Islam.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengeluaran Sijil dan Logo Halal Jakim, Abdul Hamid Mohamed Salleh berkata, syarikat yang mendapat pengesahan halal tersebut ialah HYT Food Industries Sdn. Bhd., Leong Yin Pastry Sdn. Bhd., Sakura Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd., TT Food Manufacturing Sdn. Bhd. serta The Baker's Cottage Sdn. Bhd.

Selain itu, katanya, syarikat LB (Lian Bee) Confectionery Sdn. Bhd., KLT Food Industries Sdn. Bhd., King's Confectionery Sdn. Bhd., Tanjung Omega Sdn. Bhd., Tuan Sanawi Tuan Ngah Sdn. Bhd., Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd. dan Bake Station Sdn. Bhd. turut diberi sijil halal tersebut.

"Sekiranya kuih bulan tersebut ada tertera sijil halal Jakim, ia boleh dimakan dan dibeli dan umat Islam tidak perlu ragu-ragu untuk makan kuih bulan yang tertera sijil halal tersebut," katanya.

apa pendapat korang?
pada yang pernah rasa kuih bulan tu
meh la
kongsi sikit pengalaman tu
dan macam mana rasa sebenar
kuih bulan ni..
ye ke rasa macam Kuih Bakar?

ahaha..boleh ke takpe?
(^.^)

0 comments: