Wednesday, September 22, 2010

kuih bakul

Ok..tadi cerita tentang Kuih Bulan.
Sekarang tentang Kuih Bakul.
Dua-dua makanan tradisi orang Cina.
*ececehh..ada jodoh dengan orang Cina ke..tetttt..ahakz*

Kuih Bakul atau dalam bahasa Cina nya 'Nian Gao'
atau lebih dikenali dengan gelaran kuih Tahun Baru Cina
ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol.



Walaupun boleh dimakan bila-bila masa
tetapi secara amnya/tradisi memakan kuih ini
selalunya ketika sambutan Tahun Baru Cina.

Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah
kerana namanya "nian gao" (年糕)
di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud 'kuih'
dalam nama kuih ini berbunyi sama
seperti perkataan 高 (gāo​) bermaksud 'tinggi'
melambangkan erti
"semakin tahun semakin tinggi" (年年高升)(niánnián gāoshēng)
atau ringkasnya "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".

Tetapi..ahaha
seperti Kuih Bulan
saya juga tidak berkesempatan
untuk merasa Kuih Bakul ni
jadi
membayangkan
rasanya adalah seperti
KUIH PELITA



manis...slrupp..haha

ni dalam bentuk moden sikit
dalam tupperware
jadi boleh tengok isinya macam mana


Jadi..ada sesiapa
nak belanja saya makan?
(^.^)

0 comments: