Saturday, September 11, 2010

Dia mengajar ku

Untuk Hari Raya Aidilfitri kali ni

beraya di Kuala Kubu Bahru (KKB)
seperti biasa..
makanan banyak
sedara mara ramai
agak meriah
tambah lagi bila
campur berita abang nak bernikah di Kelantan
pada raya ke-3 nanti
jadi semua excited..

Disebabkan aku sudah jauh dari dunia kanak-kanak
jadi duit raya banyak yang skip bila tiba part aku
haha..alasan, dah besar panjang.
dak-dak kecil je dapat..huhu
tapi aku tak kerja lagi
bukan patut boleh dapat lagi kan?ehehe

Anyway,
pergi beraya rumah makcik-makcik/sedara mara
dari tengahari membawa ke petang
agak letih
makan banyak nye pasal
terpaksa makan sebab
nak jaga hati tuan rumah..*ahh..banyak kau punya alasan* ehehe

Sampai ke rumah yang terakhir untuk dikunjungi
iaitu rumah kakak opah ku..*nenek sedara la kan..*
dipanngil dengan gelaran Nek Tuo,
aku dah tak mampu nak makan
jadi aku duduk je kat sofa
melayan kerenah budak-budak kecil
*tak la kecil sangat pun..tahap sekolah rendah*
sambil-sambil melayan diorang mengira duit raya
aku lipatkan satu keping duit kertas seringgit
jadi bentuk 'love' yang selalu aku buat.

Excited sungguh budak-budak tu
siap suruh buat bentuk lain
kapal terbang la
sampan la
burung la
eh eh..banyak pula permintaan ye..haha
aku cakap la aku reti buat tu je

Then, there's a boy
dia tak perfectly normal like the others
macam terencat sikit
datang kat aku
and minta lipatkan duit kertas seringgit tu untuk dia
aku pun buat je la 'love' tu untuk dia
dah siap bagi kat dia
dia terkejut and excited
dia kata bentuk 'love' tu 'i love you'
haha..cumil je..
suddenly he said
" tak nak buka lah..nak simpan selamanya"
siap kiss lagi kat 'love' tu..
dengan muka yang..alahaii
sangat innocent dan honest..

I was like..so touched by his words
dia sangat menghargai..
dia kata 'love' tu kat hati
sangat special
kena simpan dan jaga betul-betul
sedih terharu pun ada juga
aku senyum je..tak tahu nak cakap apa

Tapi..tak lama lepas tu
dia diam je
kemudian dia nak bagi balik 'love' tu kat aku
then ,aku tanya kenapa,
aku cakap simpan la sebab aku buat untuk dia
dia cakap tak boleh simpan
aku dah pelik dah..kenapa pula budak ni..

Rupanya,
dia tak nak bf aku cemburu kalau tahu aku buat 'love' tu untuk dia
dan juga tak nak
kalau dia simpan 'love' tu sampai dia besar
*kan sebab dia kata tadi dia nak simpan selamanya kan*
dia tak nak lah nanti gf dia marah, cemburu atau sedih
bila tahu dia simpan 'love' tu dari aku
even kalau benda tu dah bertahun-tahun lamanya simpan.
time cakap tu muka dia beria la sedih dan risau..

alahaiii...baik nyaaa
sangat menjaga hati orang tercinta
aku speechless
last-last aku cakap
kalau tak nak simpan
bagi pada mak ke atau sesiapa
then, baru dia macam ok..

itu membuatkan aku terfikir
orang yang keadaan seperti itu
sangat menghargai cinta dan kasih sayang.
yang orang normal ni?
perghh..kalau boleh tak nak setia
kalau boleh nak lukakan hati setiap masa
kalau boleh tak nak kisah pasangan tu sedih ke apa
kalau boleh tak nak hargai langsung
macam..apa ada hal
cari yang lain..
semudah itu je.
sangat..hishh..tak tahu lah nak kata ..
they tend to 'took things for granted'

waktu itu
dia mengajarku sesuatu
pengajaran yang membuatkan aku tersedar
bahawa cinta itu sangat bermakna
bila kita tahu nak menghargainya
tak kisah dengan cara yang macam mana
yang penting pastikan
orang yang kita cinta dan sayang tu
tahu
sedalam mana kita sayangkan dan cintakan dia
dan betapa berharganya mereka pada kita..


.xoxo.

0 comments: