Thursday, May 20, 2010
Ada yang kata hidup ini memang susah tetapi bukanlah sampai tahap menyusahkan. Tetapi seperti yang kita semua ketahui bahawa hidup ini memang penuh dengan dugaan dan masalah. Allah SWT menjadikan hidup kita ini penuh dengan dugaan dengan pelbagai ujian dan cabaran yang kadang kala kita sendiri seperti terasa tidak mampu untuk menerimanya.
Namun ramai antara kita tidak sedar hidup ini susah. ~boleh pula macam tu kan?~ Ada yang sedar tetapi ramai yang melarikan diri daripada kesusahan ini. Manakala selalunya pakar-pakar motivasi pula menanamkan pemikiran kita semua bahawa hidup ini senang. Lalu ramai yang mengelak daripada masalah yang datang atau pun melarikan diri ~walking away~ tidak menyelesaikannya kerana tidak mahu menerima hakikat bahawa hidup ini susah. Jadi, salah siapa agaknya keadaan ini? Salah mereka yang cuba membantu dengan mengatakan hidup ini tidak susah atau salah mereka yang seakan tidak mahu menerima bahawa hidup ini sememangnya susah? Itu pun susah untuk kita tentukannya bukan?
Labels: courage/semangat, info
0 comments:
Post a Comment