Saturday, May 22, 2010

info tentang tumor otak

Apabila tumor membesar di dalam tengkorak, ia akan menyempitkan tisu otak di sekelilingnya dan ini menyebabkan tekanan.Tumor-tumor benigna dan malignan boleh menyebabkan otak di sekitarnya membengkak. Pening selalunya merupakan gejala yang pertama. Pening yang disebabkan tumor otak boleh menjadi sangat teruk, berterusan, atau berulang-ulang.

Gejala-gejala lain termasuk:
* loya dan muntah
* kesukaran bercakap atau mengingati perkataan
* gangguan pada penglihatan, pendengaran, bau dan rasa
* rasa lemah atau lumpuh di bahagian tertentu badan
* hilang keseimbangan
* keseluruhannya terasa cepat naik marah, selalu mengantuk, atau terdapat perubahan pada personaliti

Tumor otak boleh juga menyebabkan serangan tiba-tiba (juga dikenali sebagai sawan atau konvulsi) dengan merangsangkan sel-sel saraf di dalam otak. Serangan ini mungkin
mengakibatkan diri tidak sedarkan diri hanya selama beberapa saat, atau mungkin juga
melibatkan kekejangan otot atau pergerakan abnormal selama 30 saat atau lebih.

Perlu jumpa dengan pegawai-pegawai kesihatan professional berikut seperti:
*pakar nuero surgeri dan ahli neurologi: yang mendiagnosis dan merawat orang yang
mempunyai tumor otak dan saraf tunjang (pakar neurosurgeri yang akan melakukan pembedahan)
* pakar onkologi perubatan: yang bertanggungjawab ke atas kemoterapi
* pakar onkologi sinaran : yang bertanggungjawab ke atas radioterapi
* Pakar pemakanan : yang mencadangkan pemakanan paling baik untuk diikuti semasa anda
dirawat dan semasa pemulihan
* juru rawat : yang membantu anda melalui semua peringkat pengalaman di hospital semasa melawan kanser. ~siapa lagi yang hendak tolong layan kalau dalam hospital kan..ahakz~

Apabila melakukan check-up/pemeriksaan, doktor yang bertanggungjawab akan memeriksa bahagian-bahagian otak yang berbeza berfungsi. Ini mungkin termasuk memeriksa refleks diri contohnya, pantulan lutut (bila diketuk..), kekuatan otot-otot lengan (bukan nya suruh angkat berat melampau pun) dan kaki serta keupayaan diri merasa cucukan jarum (sila berdoa supaya mereka tidak menggunakan jarum yang bapak-besar-gila-menakutkan ye..haha) dan ujian untuk membezakan rasa panas dan sejuk pada kulit badan. Mungkin juga selepas itu akan dibuat latihan mental, seperti membuat pengiraan mudah secara mental.

Kemudian, doktor akan melihat ke dalam mata dengan menggunakan oftalmoskop, untuk melihat bahagian hujung saraf optik. Saraf ini menyambungkan mata terus kepada otak dan ia mungkin membengkak sedikit jika suatu tumor sedang menekan otak anda dan menambah tekanan di dalam tengkorak (tekanan intrakranial).

Dua ujian utama, skan CT dan MRI, akan digunakan untuk mengesan sekiranya ada tumor otak dan ini untuk membantu doktor merancang rawatan paling berkesan bagi tuan empunya badan.

0 comments: