Saturday, June 25, 2011

tolong sebelum terlambat

Bila cerita tentang sedih, putus asa, buat perkara mengarut, bunuh diri
mostly orang akan anggap perkara tu remeh
dan tak ada orang yang begitu berani nak cederakan diri sendiri.
Tak berani? Kau persoalkan tentang keberanian?
Orang ni macam-macam perangai
keberanian tu bila-bila je boleh datang bila dah sampai seru
tak kisah lah seru dari hati yang hancur berderai ke
seru dari syaitan yang menghasut ke
seru dari akal yang dah tak normal ke
seru dari orang-rang yang mulut macam harrammm ke
whatever it is
still perkara ni tak boleh diambil remeh.

Ya..orang Islam dah di'warning'
kau bunuh diri, selamanya kau kat neraka
nak cium bau syurga pun tok sah mimpi lah
berjiran lah dengan syaitan, manusia jahat semua  kena bakar sekali
orang agama lain?aku tak sure.Tak nak komen lebih-lebih.


(dah tengok cerita ni, boleh tahan juga)

Tapi ada je orang Islam pun bunuh diri juga,
contoh, yang berita mak bakar diri sebab merajuk dengan anak dia tu,
last-last meninggal dunia juga kan.
Bagi aku tu dah dianggap bunuh diri sebab dia yang buat kecelakan tu pada diri dia.
Kau jangan senang nak kata si mak tu bodoh ke apa,
sepatutnya kena kaji mentaliti orang zaman sekarang ni,
baru boleh elak masalah-masalah macam ni,
tak kisah lah jadi kat orang kau tak kenal ke
orang terdekat kau ke
orang sekampung ke
siapa-siapa ke
kena ambil tahu sebab ramai dah sakit jiwa sebenarnya,*termasuk aku*
Kau pun ye juga, jangan nak ha sangat.

Kita selalu assumed
tak akan ada perkara buruk tu jadi
so buat tak kisah je
sampai lah perkara tu betul-betul jadi,
baru nak ternganga? lambat!
it is too late!! bak kata omputih.
Know nothing until it happened.



Ada terbaca tentang a girl ni
ni blog dia
bunuh diri
sebab tekanan
(info, klik sini)
so sad.
Dia cantik, muda tapi pilih jalan yang ...
tak tahu nak kata,
mungkin itu pilihan paling berani dia nak buat untuk kali terakhir.
Mungkin dah give-up nak hadap life yang tak seindah diharapkan
atau apa-apa je puncanya, still it is sad.

Kau tak rasa ke
dia atau sesiapa yang jadi depress macam ni sebenarnya perlukan pertolongan,
perhatian untuk bantu mereka jadi kuat semangat semula untuk move-on in life.
Boleh elak dari jadi macam tu kalau kita bagi perhatian lebih awal?
Tak pelik ke punya besar dunia
punya ramai manusia sampai himpit-himpit (terutama dalam KTM)
still boleh lagi rasa keseorangan?

Kata hidup majmuk, bermasyarakatan apa menda semua
tapi kenapa masih jadi macam ni?
Jangan lah selfish, tolong-tolong lah selamatkan nyawa
dapat pahala juga kan
you can feel good too when someone appreciate you appreciate them
and help in saving life.

Aku agak concern hal ni sebab aku...
faham sangat rasa keseorangan tu macam mana,

pernah juga rasa nak buat mengarut-ngarut kadang-kadang
tapi ... .... .
erm..by the way..
ada juga sorang dua kawan-kawan aku yang mati bunuh diri, non-muslim la,
yang tak ada niat nak mati bunuh diri pun (mostly muslim)
tapi kemalangan jadi, mati juga
dan ya, waktu tu keadaan orang tu tengah depress.

Bawa kereta laju-laju ke masa tengah marah atau sedih, *ehem*
bawa motor selit-selit tak hengat dunia atau laju lepas tu .. dah kat bawah lori/kereta, (T_T)
atau tengah jalan seorang diri melayan perasaan,
tak perasan dah berjalan kat tengah jalan..zaapp!!terus kena langgar..
yang nyawa panjang,
hidup walaupun badan luka teruk,
yang tak tu,
"tak dapat diselamatkan",
bak kata doktor cina dalam  iklan kat tv dulu tu.

Sebab tu dulu aku selalu tengok-tengok orang sekeliling aku,
nampak semacam je aku tebalkan muka pekakkan telinga pergi tanya,
haruslah tebalkan muka, buatnya orang tu kata, kau sibuk kenapa, dah malu.haha
dan harus juga pekakkan telinga, mana tau orang tu naik sawan membebel kat aku
atau buat luahan perasaan bersamaan tempoh tengok citer hindustan 3 jam tanpa henti, tak pasal-pasal kan.
tapi dah aku yang nak tanya, mesti bare the risk la kan
kata nak jadi kawan yang concern.
Tapi tu tak bermaksud la aku nak jaga tepi kain dia,
apa dia buat tiap malam, pergi mana semua, macam lah tak ada kerja lain nak buat kan.

Janji aku buat part aku,
sebagai seorang kawan,
niat nak tolong sebelum terlambat.
Buatnya macam ada seorang kawan aku tu
tak sempat nak pape
dah tergantung dalam bilik. (R.I.P my friend)
Lepas tu kalau kau baru nak tanya
kenapa jadi semua ni
kenapa si polan tak cerita apa-apa kat kau,
baru nak meraung
baru nak fikir
kalau boleh buat tu buat ini nak cegah,
memang dah lambat la.
Tak payah.
Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian duit gaji. eh?

Okay okay..serius.
Bila fikir-fikir balik hal ni
memang betul apa,
masa tengah okay
I mean..masa emosi stabil
selalu boleh je nak fikir elok-elok
mana salah mana betul
tapi bila dah down cecah tanah nya tahap
emosi macam ombak Tsunami yang tak menentu tu
boleh hilang pertimbangan,
mula nak buat apa tak fikir ikut hati
dah tak fikir dah masa tu betul ke salah ke,

akan ada sifat-sifat yang negatif dalam diri bila duk sorang-sorang
yang meningkatkan keberanian buat apa yang orang lain tak berani nak buat,

macam contoh:
tiba-tiba rasa cekap dalam semua hal seperti
baling pisau ke atas dan boleh sambut seperti orang handal dalam sarkas,
pandai-pandai repair tempat elektrik seperti kebal terhadap kejutannya,

drive kereta seorang diri pergi tempat jauh-jauh tak pernah pergi dan tiada GPS waktu itu,
berlumba dengan kereta Wira berbentuk Evo acah-acah laju kat jalan sempit
tapi boleh menang even bawa Juara yang dikutuk petak itu,*batuk kecil*
even kelar tangan sendiri atau di mana sahaja urat terletak
sampai terfikir kalau bagi kat vampire Edward Cullen,dia boleh kenyang seminggu,
tiba-tiba rasa nak sedekah barang-barang kesayangan kat orang,
rasa nak bergembira sesangat dengan orang-orang terdekat seperti bestfriend dan family,
susun semua baju, kain, cadar tilam ikut warna, biar senang orang lain nak pilih nanti,
pack barang-barang dalam giftbox then letak sticky note boleh sedekah barang-barang tu kat siapa,
senyum dan gelak ketawa padahal mata berkaca-kaca,

berani mati dengan orang yang cari pasal nak gaduh berlawan kerana tahu diri mesti menang yakin boleh berlawan dan kalau nak tambah gila ada pisau kat poket serta pedang samurai dalam kereta,

(ecehh..mentang-mentang rambut dah sama panjang dalam pic tu)
dan apa lagi eh?

Banyak kot dah bagi contoh tu.
Semua contoh berkenaan di atas tiada kena mengena dengan ...sesiapa... 

Apa yang penting sekarang
tengok-tengok lah orang sekeliling anda
kalau rasa tak bersedia nak kehilangan mereka.
~xoxo~

0 comments: