Tuesday, July 13, 2010

sorry for the late entry.
been busy.
ok.guess what?
sorry to say..
Perlis ~tempat yang saya pergi lah kan~ tak ada apa-apa yang menarik
I mean..
untuk shopping atau nak beli-beli barang bagai nak gila
~keadaan yang boleh dilihat kalau di Pulau Langkawi contohnya~
atau nak tengok sesuatu yang berbeza
tapi..hampa.
yang boleh dilihat ialah
pemandangan sawah yang menghijau cantik ~tak tahu lah sekarang musim apa~
air laut yang sangat dekat di perkampungan yang jual belacan..haha
~sorry..lupa lah pula nama kawasan tu tapi serius laut dekat gila..
kalau tebing tu pecah atau air laut tinggi sikit je lagi memang dah boleh banjir hanyut~
dan...errr..errr...errr
tak tahu dah.
rasanya itu je yang saya rasa menarik perhatian saya ketika di sana
hah..ada lagi!
~but this is from the negative point of view~
iaitu pemandu-pemandu yang memangggg tak sayang nyawa
gila apa ~sorry warga Perlis~
semua bawa kereta,motor dan basikal
memanggg bahaya..
main selamber mereka je nak lintas jalan
atau nak masuk lane orang without signal
atau nak langgar lampu isyarat
atau bawa kenderaan tu lembssss ya amat
~dah boleh serupa jalan kaki lagi laju~
tension tau tak..
dah lah Freelander tu jenis kereta
yang kalau bawa 160 km/j pun rasa macam 40km/j je
jadi sangat menguji kesabaran dan asyik rasa bersalah je
~bersalah sebab tak lalu highway..miohoho~
ya lah..ingatkan
nak balik nak lalu jalan dalam
sebab masa datang Perlis dah lalu highway
dan bosan..tak ada apa yang boleh dilihat..
ngupanya..haha..rupanya..sama je
lagi sengal je rasanya..
balik tu saya yang drive
sampai dah lepas Kedah
lepas tu
give up dah.
suruh ayah pula drive
saya duduk belakang
then lama-lama terus titow
bangun sekejap..tengok-tengok kiri kanan-bosan-titow balik..haha

kemudian terjaga..
ayah berhenti di perhentian Tapah
untuk solat dan beli buah
~memang kami suka makan buah~
tapi mak saya bagi saya buah kedondong
macam pelik..sebab dah lama tak makan buah tu
tapi tak apa..balun je.

teruskan perjalanan..
ibu yang drive
sampai dekat area Jejantas Sungai Buloh
ayah pula take-over drive
ingat nak makan di situ
tapi ramai sangat orang
banyak bas dan parking kereta juga penuh
kelihatan seperti ramai yang melancong
dan buat rombongan..
apa..tengah waktu cuti ke apa..
ke aku je yang tak sedar
sekarang musim orang berjalan-jalan
seperti esok tidak kerja
dan sangat bahagia menghabiskan waktu terluang?
~entah apa aku merepek ni..abaikan~ (-.-")

last-last
tahan perut sampai Andalas,Klang
makan di Nasi Beriyani King
saya makan hash browns dan roti bakar
tiada mood untuk makan nasi
seterusnya pulang ke rumah
angkat-angkat barang
layan-layan Bunny demok
kemas-kemas bilik
tukar-tukar baju dan segala
terus bumm..

itu lah perjalanan pulang kami anak beranak
kosong kan
maksud saya macam tak ada apa-apa yang seronok untuk dikongsi
dan buat pertama kalinya
kami berjalan tetapi tak tangkap gambar apa-apa pun
ada juga lah video sikit-sikit
kalau berkesempatan saya upload..haha..
tetapi bagi saya
dapat luangkan masa dengan kedua couple tua yang romantik macam bukan tua itu
~ibu dan ayah ler~
sangat bahagia..
seronok je..ehe.
~love both of you..so much~ (n.n)

esoknya..pagi-pagi pergi kerja
~tak pagi sangat lah..dah dekat pukul 8 am..dah lambat gila weyyy~
jadi membuat keputusan tanpa berfikir panjang
kali ini lalu highway KESAS
tidak seperti biasa lalu jalan Dengkil
kerana sudah bajet masa semua tidak cukup
tidak mahu terlambat sampai di TM
jadi
dari KESAS masuk jalan Puchong
dan ke Cyberjaya
ikut GPS juga
takut-takut silap jalan
naya je..
sampai dalam lebih kurang 45 minit je
agak pantas di situ..
tetapi Mr.Joe ada pecut juga lah kat highway sampai 120km/j
jadi..
di situ lah saya ..
meneruskan hari seperti selalunya.

Terima kasih pada anda yang sangat sabar
kerana sanggup habiskan masa membaca entri ini sampai habis.
*terharu* (^.O)

0 comments: