Sunday, July 11, 2010

pada hari Jumaat lepas..
saya balik rumah Klang right after habis waktu kerja
sebab barang-barang dah siap-siap bawa sekali
jadi terus gerak dari Cyberjaya..
sampai rumah nampak kereta baru..hoho
dah sampai dah rupanya
Freelander..produk dari Land Rover


~lebih kurang macam ni lah..ni ambil dari internet je..ehe~

tapi disebabkan sudah kepenatan
jadi terus masuk ke rumah..
layan si Bunny muncit demok-demok tu..ehe

pada keesokan harinya
bangun-bangun je
my mum dah kata nak ajak jalan
memang tradisi family kami
ada kereta baru
mesti bawa jalan jauh-jauh
untuk testdrive dan holiday..eheheh

abang tak ikut sekali
sebab dia sibuk kerja
~maybe sibuk dating sekali..ahakz~
jadi kami pergi bertiga sahaja
si Bunny nak ikut
tapi tak boleh bawa
nanti dia nak berak kat mana pula kan..hoho
tentu-tentu tak boleh bawa masuk hotal semua nanti
tak kan nak tinggal dalam kereta je kan
jadi Bunny terpaksa duduk di rumah diam-diam..haha

bertolak dari Klang dalam pukul 2 petang lebih kurang
seperti biasa
ayah yang drive..
ibu tak nak drive..
alasan..tadi dia dah drive sekejap
masa alihkan kereta kat depan rumah tadi
(-.-")

saya juga tak drive..
alasan..nak rehat..miohoho.
saya jadi penumpang di belakang
pening-pening kepala boleh tidur..haha
tapi memang selesa..terlelap pun tak sedar..
rasa macam tidur kat atas katil kat rumah je
memang Freelander terbaik..
sangat suka..

perhentian pertama..
makan breakfast di McDonald
di stesen minyak Petronas dekat highway Damansara tu
~ye ke highway Damansara?entah..~
teruskan perjalanan..
disebabkan radio tak berterusan pasang
jadi saya dengar mp4 Sony saya
sampai dah ngantuk..
jadi buat keputusan untuk take a nap..
seperti yang saya katakan..
punya selesa..macam tidur atas katil je..ehe

perhentian kedua..
perhentian di Bukit Gantang
beli buah di situ
ciku, buah naga, manggis, mangga
lagi apa entah..
wahh..bangun-bangun makan buah..
sedappp....baik untuk kesihatan..ehehe...

teruskan perjalanan
dan juga teruskan makan buah di dalam kereta..
ngehehehe..
tak lama perjalanan selepas itu
ada kemalangan kecil
membabitkan lori bawa baja dengan myvi merah
~ayah panggil myvi tu ferrari kecil sebab myvi tu perasan macam ferrari nak bawa laju-laju kan dah excident tak pasal-pasal~ (-.-)

disebabkan ramai yang tolong jadi kami teruskan perjalanan
tak ada kemalangan jiwa..
masih namapak manusia di situ bergerak-gerak
cuma luka-luka sikit..
tak apa..mereka lelaki..saya tahu sebab nampak
jadi seharusnya..harapnya..mereka boleh lah tahan sikit rasa sakit luka tu

perhentian kedua..
isi minyak di stesen minyak Shell di Napoh.
itu nama tempat di Kedah ye..
bukan nama haiwan seperti di dalam wikipedia melayu..
~Napoh (known as Greater Mouse Deer), nama sainsnya Tragulus napu ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. ~
Napoh ni berhampiran jalan nak ke Bukit Kayu Hitam..
masa ni dah dekat-dekat pukul 6.30 petang lebih kurang..

teruskan perjalanan..
misi kali ini mencari tempat makan yang best
sebelum check-in hotel
hotel pilihan ialah Putra Palace..
selamat dah booking awal-awal
sebab takut dah full..malam minggu kan
booking room biasa
rate rm148..
with double single bed.
~nak tahu lebih lanjut..cari info sendiri ye..ehe~

perhentian kedua..
makan di restoran Lynda
berhampiran jeti..kot.
tak berapa nak ingat lokasi
sebab dah letih dan agak lapar waktu itu..
tapi..
yang tak boleh lupa
kat situ ramai mak nyah
cantik-cantik kot
boleh bet la
kalau mereka jadi lelaki sejati
mesti hensem
dah lah tinggi-tinggi..
haihh..sayang nyaa
apa nak jadi dunia ni
dah lah lelaki sikit
ramai pula yang nak jadi perempuan
yang lain tu ada pula nafsu songsang - gay
yang tinggal...
entah lah...lu pikir lah sendiri
eh eh..lari topik pula..sambung balik..ehe

akhirnya..
selamat tiba ke lokasi rehat kami
iaitu di hotel Putra Palace
seperti yang saya ceritakan sebentar tadi..

check-in..dapat bilik nombor 609
mengadap view depan hotel
masuk je bilik
letak barang-barang
saya terus membersihkan diri
kemudian terus mengadap Mr.Dash
untuk online..
dengar lagu with earplug sambil online
dan menulis blog ini
sambil-sambil tengok tv
sekejap lagi nak tidur..
kerana esok akan mula nya perjalanan baru
dengan Freelander..ehehe
tunggu...
(n.n)

0 comments: