Thursday, July 15, 2010
Ikutkan rasa hati ni..
saya nak cari kucing jantan
yang demok ..cumil..toilet-trained indoors..
dewormed, vaccinated, spayed..
tapi dah puas cari dalam internet..
tak jumpa
nak cari dan survey kat luar sana
tapi masa pula tak ada..
nak kucing jantan untuk temankan Bunny..
~sebenarnya lebih nak teman tuan Bunny ni..ahakz~
asked my mum about it..
tapi dia kata tak yah lah
jaga Bunny cukup..
wuuu..tapi nak juga kucing jantan demok...wuu (T.T)
Saya ada juga cari kat http://www.rescue2rehome.blogspot.com/ , link url untuk adoption animal di Hartamas. Tempat ambil Bunny dulu. Sila klik untuk tahu lebih lanjut.
Tapi..hampa..banyak anak kucing dan kucing betina..kucing jantan tak ada.
Tengah cari-cari itu, saya terjumpa ini. Boleh dikongsi bersama..ececehh.. (^.^)
Satu fakta menarik mengenai kucing!
Tahu tak,
sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna,
99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina!
Walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!
Jadi, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dan
sejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini!
Nak tau kenapa..dan buktinya? Ini penjelasan dari sudut sains. Wallahualam.
Kucing, (atau pun manusia), atau apa-apa jua hidupan di dunia ini,
adalah terbina dari susunan-susunan juzuk DNA dalam diri masing-masing.
DNA adalah dianalogikan seperti blueprint,
yang mengandungi arahan, maklumat, kod-kod, rahsia-rahsia dan sebagainya
yang menentukan sesuatu organisma individu tersebut.
Rahsia DNA manusia masih belum dibongkar sepenuhnya lagi,
ini kerana terdapat berbillion-billion kod-kod tertentu yang menentukan setiap aspek ciri dalam diri kita. Malah, terdapat teori, yang jangkahayat manusia turut terenkripsi dalam DNA!
DNA yang telah disusun, dipanggil kromosom.
Kromosom adalah set DNA terdapat di dalam sesebuah sel organisma.
Bilangan kromosom adalah berbeza-beza mengikut organisma.
Contoh, manusia mempunyai 46 kromosom dalam bentuk berpasangan (23 pasangan).
Satu kromosom berpasangan tersebut berasal dari ayah, manakala satu lagi berasal dari ibu.
Setiap kromosom mempunyai antara 1000-5000 gen.
Gen adalah jujukan beberapa DNA yang menentukan satu ciri dalam badan kita.
Satu gen boleh dibentuk sehingga menjangkaui 50,000 molekul DNA.
Dalam setiap organisma berjantina, terdapat 2 kromosom khas iaitu Kromosom X dan Y.
Pasangan antara X dan Y menentukan jantina.
Sekiranya seseorang mempunyai kromosom XX, maka ia adalah perempuan.
Dan jika mempunyai kromosom XY, maka ianya adalah lelaki.
“Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antara
apa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa
yang tidak mereka ketahui”. (Surah Yaasin: 36)
Okay.itu untuk manusia.Kalau kucing pula..
Salah satu ciri yang dikawal oleh DNA kucing adalah warna bulu kucing.
Ciri ini ditentukan oleh kromosom X.
Secara umumnya, terdapat 3 jenis warna kucing
yang dikawal oleh allel dalam kromosom X,
iaitu warna cerah/oren (XO), warna gelap/perang (Xo).
Allel adalah ciri-ciri pada sepasang gen dalam kromosom.
Analoginya sebegini.
Warna asal kucing adalah putih (tiada warna).
XO adalah “cat” berwarna cerah(oren).
Xo pula adalah “cat” berwarna gelap(hitam/perang).
Maka campuran ketiga-tiga inilah yang menjadikan kucing mempunyai 3 warna.
Maka bagi kucing yang mempunyai 3 warna
atau juga dikenali sebagai “calico” @ “tortoiseshell cats”,
kucing ini mempunyai kedua-dua jenis allel iaitu
XO, Xo yang di-ekspressikan secara serentak.
Untuk kucing mempunyai kedua-dua allel tersebut,
kucing tersebut mestilah mempunyai dua kromosom X.
Dan hanya kucing betina yang ada 2 kromosom X, iaitu XX.
Tapi macam mana pula dengan kucing jantan 3 Warna?
Bagaimana pula dengan 0.03% kucing jantan yang berbulu 3 warna itu?
Datang dari mana?
Okay.Macam ni..
Seperti manusia, kucing juga mengalami satu masalah genetik
yang dipanggil Kleinfelter’s Syndrome.
Klinefelter Syndrome berlaku apabila
kromosom yang menentukan jantina seseorang (atau seseekor),
yang sepatutnya berpasangan, menjadi tiga iaitu lebih satu kromosom X.
Seperti yang diketahui, kromosom jantina lelaki/jantan adalah XY.
Perempuan/betina pula, adalah XX.
Tapi dalam Kleinfelter Syndrome, kromosom jantina yang dimiliki adalah XXY.
Dari segi penampilan luaran, organisma XXY ini adalah lelaki/jantan
(kerana kehadiran kromosom Y),
tetapi adalah mandul (infertile).
Jadi, kucing jantan yang mempunyai 3 warna
(kerana ada 2 kromosom X yang menentukan warna),
pasti mengidap Klinefelter Syndrome dan sebab itu juga, mandul.
tapi macam mana pula jika anda mempunyai kucing jantan, 3 warna, tetapi “gagah perkasa kejantanannya” dan keaktifan yang tidak terkawal?ehehehe...
Maka inilah kejadian tuhan yang sangat-sangat istimewa, iaitu dipanggil Chimera.
Chimera adalah satu fenomena yang sangat-sangat jarang terjadi,
iaitu 2 zigot disenyawakan serentak
malah bergabung menjadi satu embrio
ketika proses pembentukan di dalam uterus si ibu.
Fenomena 2 zigot disenyawakan serentak adalah relatifnya biasa.
Contoh paling mudah, kembar tidak seiras.
Kembar tidak seiras adalah terbentuk sekiranya dua ovum disenyawakan oleh 2 sperma, juga membentuk 2 zigot. Dua zygote ini mungkin mempunyai jantina yang sama ataupun berbeza, ciri-ciri yang sama ataupun berbeza.
Jadi, apa itu chimera?
Bayangkan, 2 zigot kembar tidak seiras ini,
mempunyai jantina yang sama,
bergabung ketika proses tumbesaran dalam uterus
menjadi satu.
Chimera tersangatlah jarang terjadi
hanya 40 kes yang pernah dilaporkan dan direkodkan
sepanjang jangka hayat kehidupan umat manusia.
Begitulah juga dengan kucing chimera.
Asalnya dari 2 zigot yang sama jantina tetapi berlainan warna
kemudiannya bergabung dan dilahirkan menjadi seekor kucing -
jantan sejati tetapi 3 warna. SubhanAllah!
"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya
gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan
dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua.
Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya
semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang
(mahu) berfikir." [13:3]
Kucing dan Islam!
Seperti yang kita semua ketahui..
Islam itu syumul (lengkap)
hinggakan panduan untuk berinteraksi dengan haiwan pun ada.
Sungguhpun tidak dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran
tetapi banyak sangat peristiwa-peristiwa di zaman Rasulullah S.A.W mengenai haiwan,
yang menjadi panduan kepada kita. Bukankah baginda itu sebaik-baik manusia terpuji?
Menyayangi haiwan seperti kucing yang jiinak adalah sunnah Rasulullah.
Islam mengajar umatnya untuk mengasihani haiwan.
Kalau kita perhatikan,
negara-negara maju seperti di Eropah atau di sebelah timur (Korea dan Jepun),
keprihatinan terhadap haiwan amat dititikberatkan.
Pusat-pusat pemeliharaan (adoption center),
persatuan-persatuan membela nasib haiwan
dan sebagainya ditubuhkan.
Barat mendakwa
seorang individu bernama Richard Martin
adalah orang pertama di dunia yang membela haiwan
ketika dia menubuhkan Persatuan Anti-Kezaliman Haiwan pada tahun 1824.
Tetapi mereka tidak tahu
lebih lama dari itu, hampir 1500 tahun dahulu,
Rasulullah telah terlebih dahulu mensyariatkan umat Islam untuk berlaku baik terhadap haiwan.
Kisahnya? Seperti di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, sesungguhnya Rasulullah pernah besabda:
"Seorang pelacur dari Bani Israel diampun dosanya oleh Allah dan dimasuknya ke
syurga kerana ia bersimpati dengan seekor anjing yang kehausan air, lalu
ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya untuk
diberi minum kepada anjing itu."
Subhanallah! Bayangkan alangkah mulianya berbakti kepada haiwan
sehinggakan dosa yang begitu berat pun boleh diampunkan.
Banyak aspek yang boleh dilihat pada hadis ini..antaranya seperti
wanita tersebut adalah pelaku dosa besar, iaitu berzina (pelacuran).
Namun, bukan itu yang diambilkira, sebaliknya keikhlasan wanita tersebut yang bersimpati dengan seekor anjing..yang dimana mengikut sesetengah mazhab mengatakan ia haram disentuh dan tergolong dalam binatang najis mughallazah,
tetapi ia tidak bermaksud kita perlu memandang jijik terhadap binatang tersebut.
Wanita tersebut tetap sudi membantu anjing tersebut.
Selain itu, “ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya”,
betapa nekad wanita tersebut untuk membantu si anjing yang kehausan.
Jelaslah keikhlasan dan ikhtiar yang dilakukan wanita ini
yang datang dari hati yang suci
itulah yang menjadi sebab kepada pengampunan dosa wanita tersebut.
Dalam sebuah hadis yang lain pula, diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
“Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya.
Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”
Satu lagi kisah mengenai haiwan, iaitu kucing.
Seorang wanita yang menzalimi kucing.
Dia mengikat kucing tersebut
malah tidak memberi makan
dan tak bagi pula kucing tersebut cari makanan.
Ini menunjukkan betapa keji dan kerasnya hati wanita ini.
Dan neraka lah tempat tinggal akhirnya.
Peringatan:
Kalau perhatikan kedua-dua hadis ini
kedua-duanya menunjukkan subjek yang sama, iaitu perempuan.
Ini menunjukkan yang wanita mempunyai emosi terhadap haiwan,
sama ada menyayangi, mahupun membenci.
Kerana sayang dan benci itu berasal dari emosi.
Kalau lelaki, mungkin hati 'kering' berbanding wanita.
Tetapi wanita,
emosi boleh menjadi kunci untuk ke syurga mahu pun ke neraka.
Oleh itu, peringatan kepada wanita ~termasuk saya~
jadilah wanita yang pandai mengawal emosi.
Maka kita boleh lihat sendiri,betapa besarnya kelebihan menyayangi haiwan.
Rasulullah tidak menyuruh kita bela haiwan tersebut smpai gemuk beranak pinak dan sebagainya, tetapi cukuplah sekadar mengasihani dan tidak menzalimi mereka.
~~~~~~~~~~some of the stories~~~~~~~~~~
Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat Rasullullah bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya, beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.
Sesampainya di masjid, baginda Rasullullah bertanya Abdul Rahman, apa di dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, "aku mengambilnya kerana kasihan padanya".
Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).
Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman,
malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut,
kerana Rasullullah sendiri yang memberi gelaran itu.
Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau
kepada suatu amal soleh
yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.
~~~~~~~~~~here it goes~~~~~~~~~~
Ini adalah sedikit cerita tentang Muezza (atau Mu'izza, معزة), seekor kucing betina kesayangan Nabi Muhammad SAW. Suatu hari Nabi Muhammad terbangun kerana suara azan. Ketika Nabi hendak berpakaian untuk pergi ke masjid, beliau menemukan Muezza sedang tertidur lelap di atas jubah yang akan dipakainya, tepatnya di bahagian lengan. Karena tidak mahu membangunkan Muezza, akhirnya Nabi mengambil gunting untuk memotong jubahnya dan meninggalkan bahagian lengan yang ditiduri Muezza. Kemudian Nabi meninggalkan Muezza tanpa mengganggunya sedikitpun.
Sekembalinya dari solat, Muezza menghampiri Nabi dan menundukkan kepalanya sebagai tanda terima kasih. Sebagai balasannya, Nabi mengusap Muezza sebanyak tiga kali. Kisah lain menyebutkan bahwa ketika Nabi memberikan khotbah di kediamannya, seringkali Nabi membiarkan Muezza dipangkuannya.
Begitulah rasa sayang dan kecintaan Rasullullah terhadap kucing .
~~~~~~~~~~now it is~~~~~~~~~~
Saya bercadang untuk berkunjung ke sini
untuk survey kucing-kucing yang available for adoption
tapi tak tahu bila boleh pergi..huhu
PAWS Animal Welfare Society
Pilmour Estate
Subang Airport Road
47200 Subang
Tel: +60 (0)3 7846 1087
Monday – Friday: 8.30am - 4.30pm
Saturday – Sunday: 9.00am - 4.00pm
http://www.pawsmalaysia.com/
SPCA
Jalan Ayer Kerja Lama,
68000 Ampang Jaya,
Selangor , Malaysia.
Tel : 03-4256 5312 / 03-4253 5179
Open daily, 9am - 4pm.
http://www.spca.org.my/
0 comments:
Post a Comment