Friday, October 1, 2010

Keluarga VS Orang Asing

Alkisah...

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan, lalu berkata
"Oh maafkan saya, saya tak perasan" .Katanya "Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati. Kami saling melambai dan berlalu pergi.

Lewat petang, ketika aku di dapur memasak untuk hidangan makan malam, anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam tanpa ku sedari. Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh. Ku jerkah padanya, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh" dengan raut wajah garang ku mempamerkan kemarahan ku. Dia berlalu pergi bersama hatinya hancur luluh dan beku. Namun aku tidak sedar, betapa kasarnya kata-kataku itu.

Sedangku berbaring di katil mendengar alunan muzik di kamarku, ku terdengar suara halus datang membisik padaku..
"Bila bersama orang tak dikenali..begitu bersopan dan merendah diri, tetapi apabila bersama ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci. Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, akan kau temui bunga-bungaan berterabur yang dibawanya untuk kamu. Dia memetiknya sendiri, bunga-bungaan berwarna biru, merah jambu dan kuning kesukaan mu. Dia berdiri senyap agar ia menjadi kejutan buat mu namun kamu tidak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu mendengar kata-kata kasar mu itu".

Pada waktu ini, aku terasa amat kecil sekali. Airmataku mencurah ibarat air di kali. Lalu, dengan senyap-senyap ku kebiliknya dan melutut di tepi katilnya.
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil. Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk ibu?

Dia tersenyum,
"Adik terjumpanya di belakang rumah di semak. Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang berwarna merah jambu.

Hatiku sebak.
"Maafkan ibu.. atas sikap ibu hari ini. Ibu tak sepatutnya menjerkah kamu sebegini."

Katanya,
"Oh.. tak mengapa. Saya tetap sayang ibu melebihi segalanya."

Ku kata padanya,
"Anakku, ibu pun sayang kamu dan ibu suka bunga itu, terutama yang berwarna merah jambu pilihan mu.. "


P/S:

Adakah kita sedar.. sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat?

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja, melebihi keluarga adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak. Bukankah begitu?

"HARGAILAH KELUARGA KITA"

0 comments: