Monday, September 20, 2010
okay..okay
sila mengaku..
berat badan anda semestinya naik mendadak selepas raya ni kan
jangan nak perasan slim je seperti di bulan puasa..
sedar diri please..ehe
mau nya tak naik
kalau SETIAP MASA makan je
rendang, ketupat, kuah kacang *meleleh pula air liur ni..~lapar~*
semua tu makanan yang sangat lah sedap dan wajib dimakan waktu raya
dan disebabkan itu juga badan seperti dipam-pam tanpa kita perasan..ahakz
saya juga termasuk sekali
tanpa disedari berat badan naik tanpa warning
haha..konon-konon je nak kontrol makan
nampak ayam masak merah Opah tu..
hamik kau..dua kali tambah ketupat dan lemang
ayam tu dah berapa ekor dah dalam pinggan
makan solo okay..
ingat nak lah kongsi dengan sepupu-sepupu kecil
boleh elak rasa bersalah lah konon nya amik banyak makanan
tapi..pleasure guilty, tak sempat kongsi
dah habis..sungguh rakus (-.-")
jadi dengan ini..
nak kongsi tips-tips yang mungkin membantu meningkatkan semula metabolisma badan.
tau tak metabolisma badan itu apa?
tak tahu..dulu tak belajar sains ke apa kat sekolah?ehehe
okay okay..
metabolisma adalah
proses badan menukarkan kalori makanan kepada tenaga
untuk mengekalkan fungsi dan nyawa
kerana segala aktiviti termasuk sistem tubuh badan
dan proses pernafasan memerlukan tenaga iaitu
sumber kalori dari makanan yang kita makan ..okay.
1. Tidur secukupnya.
->maksud tidur secukupnya ini adalah melebihi 6 jam bagi orang dewasa..tempoh yang cukup baik adalah tidur selama 7-8 jam untuk membolehkan badan mendapat rehat secukupnya dan juga dapat memperbaiki tisu badan. Ini menjadikan badan lebih cergas dan tidak cenderung untuk menyimpan kalori makanan secara berlebihan dan dijadikan lemak badan.
2. Jangan Stress Melampau.
->ini kerana apabila stress, badan akan menerima signal yang menyebabkan gangguan hormon dalam badan terutamanya yang berpunca daripada kelenjar Tiroid. Kelenjar Tiroid mengeluarkan hormon Tiroksin (T4) dan hormon Triiodotiroksin (T3) yang mengawal metabolisma. Jika kelenjar Tiroid tidak mengeluarkan hormon yang secukupnya untuk tubuh badan, maka ia akan memperlahankan kadar metabolisma badan seseorang dan fungsi tubuh badan yang lain, dengan itu sesiapa yang mempunyai kadar metabolisma yang rendah maka senang lah orang itu mendapat sakit, tekanan , keletihan dan yang paling tak best lemak badan berlebihan. No, no, no..say no to 'Gemuk'..eh eh .. I mean lemak badan berlebihan.
3.Jangan Skip/Tak ambil Sarapan/Breakfast.
->Okay!! Siapa selalu skip breakfast..ngaku sekarang! Saya!! huhu...ye..ini lah kelemahan diri yang terbesar.Susah nak ambil breakfast sebab rasa perut masih tidur kala itu..jadi kalau sumbat makanan juga rasa macam nak termuntah balik atau perut tak selesa. Tetapi, jika amalkan ambil breakfast tiap hari, sekurang-kurangnya 1-2 jam selepas bangun tidur, badan anda akan mendapat tenaga kick-off untuk memulakan hari anda dengan lebih bertenaga dan baik di samping menggerakkan/meningkatkan metabolisma badan.
Akan tetapi, agak-agak lah sikit nak makan breakfast tu. Kalau melantak nasi lemak 2 bungkus then masuk office ngantuk, siap boleh take-a-nap lepas tu harap miracle boleh cepat kurus, memang angan-angan sampai tua lah, dah tentu macam tu metabolisma jadi lembs *lembap* lah kan. Makan yang simple-simple sudey macam 2 keping biskut crackers tu dan secawan air yang berkhasiat. Breakfast untuk bagi perut tak lapar sangat sementara tunggu waktu lunch/makan tengahari. Ada erti ka?
4.Jangan makan junk-food.
-> ya mum..I know..alert to myself too. As we know lah kan, junk-food ni banyak sangat preservatives dalam makanan tu, banyak gula, banyak garam dan banyak macam-macam yang tak elok untuk kesihatan tubuh badan. Jadi, nak makan boleh tetapi jangan selalu sangat okay. Control yourselves..disiplin itu perlu. Caiyok! *sorok junk-food bawah meja*
5.Minum banyak air kosong/mineral/masak.
->Apabila air kurang dalam badan, automatik metabolisma badan akan jatuh pada tahap rendah jadi kerapkan diri minum air kosong. Jangan lah duk bantai minum air gas dan air sparkling jus dan air manis je. Tak jalan macam tu. Air kosong okay. Diulangi, air kosong. Lagi satu, tak ramai orang tahu sebenarnya kadang kala kita salah tafsir signal badan memerlukan air itu sebagai signal LAPAR. Sebenarnya badan perlukan air tetapi kita salah tafsir, kita ingat kita lapar. Sebab itu lah, ramai yang mencadangkan minum air kosong dulu sebelum makan untuk mengurangkan lapar kerana jika badan terlebih makanan/kalori dan kekurangan air, proses menukar kalori ke tenaga akan terganggu dan ini punca utama terjadinya lemak badan. yuckk!!
6.Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap.
-> Okay. Siapa yang suka sangat makan tanpa henti tu dah ada kelebihan untuk ini. Tetapi, makan dalam kuantiti kecil je tau. Boleh kerap makan dalam tempoh setiap 3-4 jam macam tu. Ini akan membuatkan badan sentiasa aktif dan sistem badan sentiasa beroperasi sekaligus meningkatkan metabolisma. Yeah! tapi, jangan lah jadi macam lembu pula..mengunyah je setiap masa. Pandai-pandai lah kan. Kang Bos nampak pun menyampah kan, rasa nak penyepak je. Makan makan kerja tak jalan. heuheu.
7.Lebihkan protein dalam makanan.
->Protein dikatakan mampu membantu meningkatkan kadar metabolisma lebih baik berbanding karbohidrat dan lemak. Jadi mulai hari ini, sila pilih ikan berbanding ayam atau daging ye...lagi-lagi kalau ikan kembong atau solmon..wahh..nyum nyum.
8.Banyakkan pergerakan tubuh badan.
->Sila bangun dari kerusi yang anda tengah duduk sekarang jika anda dah duduk melebihi 3 atau 4 jam. Rajin-rajinkan diri bergerak sikit. Pergi tolong Bos ke (kalau kat ofis) atau buat senaman ringkas renggangkan badan ke apa. Jangan asyik nak duduk je kemudian komplen punggung besar. (-.-") Anda memang minta penampar untuk sedar diri.
9.Buat senaman aerobik.
->Seperti yang kita selalu tau lah kan. Senaman kena konsisten buat latihan kena betul pada caranya. Bukan setakat berjalan cepat dan berenang, cuba-cuba lah mengangkat berat. Bagi badan tu ada tone muscle/otot sikit..biar nampak cantik sikit orang tengok..kan kan.. (^.^)
10.Latihan tubuh badan seimbang.
->Pelbagaikan latihan tubuh badan supaya setiap otot dan pergerakan tubuh badan sihat dan seimbang serta memberi kesan terbaik seperti yang kita mahukan dan jangan lupa jaga pemakanan seimbang untuk kesan yang maksimum.
Mari mari..cuba tips-tips ni..dan kita banding..ada kesan tak?ehehe (n.n)
Labels: food/makanan, health/kesihatan
Sunday, September 19, 2010
Labels: courage/semangat, me
Saturday, September 11, 2010
Untuk Hari Raya Aidilfitri kali ni

Labels: courage/semangat, love, me
Thursday, September 9, 2010

There's a couple who always sent sms to each other
the girl will sms the boy and so do him
the same routine everyday
with the same questions
such as "how are you"
or " have you eat already"
or "i love you"
"I miss you"
"I always need you"
"Been dreaming about you and us"
and the boy will answer all the questions to his girl
with the same answer till he got bored..
One day,
the boy received a sms from his girl
assuming that it is just the same msg he always get
so he decided to read it later.
But, as time goes..he forgot and then go to sleep
without thinking that he might forget something important.
On the next day,
the girl's mum called him
and tell him that
his girl was raped and murdered yesterday.
The boy was so shocked to hear the news and he cried
then he remembered the msg he received and open to read it.
The girl msg him :
" Hubby, where are you? I'm scared. There's a stranger following me at my back. I need you to come here right now. Please..I need you.."
The boy was so frustrated. He knew he could save his girl if he didn't ignore the msg. He knew he would do anything to protect her. He was so dissapointed of himself but nothing can be done now. It is too late. He wish, if only..he could turn back time, he will never ignore his girl especially when the time she really need him. He will never took her for granted because now..he lose someone that he love just because he ignore her even for only few hours...
Labels: courage/semangat, love
Wednesday, September 8, 2010

Lusa dah masuk bulan Syawal..
means that it's Hari Raya Aidilfitri!!!
Tahun ni saya paling rugi
sebabnya 'cuti' yang lama..
dan tak dapat pergi tarawikh di masjid/surau
seperti tahun-tahun lepas.
Tetapi, yang best nya
dapat berbuka sekali dengan coursemates
*yang sama tempat praktikal*
maybe for the last time
sebab nanti dah habis praktikal
masing-masing dah jauh
dan mungkin susah dah nak gathering sama-sama..
Lagipun, raya tahun ini
lain sikit sebab akan dapat beraya di Kelantan
kerana kenduri kahwin abang ku diadakan pada Raya ke-4..
*if I'm not mistaken..huhu*
jadi akan bersama keluarga saya, atuk & opah serta sedara-mara
akan berangkat ke Kelantan pada Raya ke-3..hoho
Tema warna kenduri ialah Biru Turquoise *abang yang cakap*
jadi saya terpaksa la ke hulu ke hilir
sebab warna ni susah nak cari *penjual tu cakap, bukan saya*
Labels: me, various/macam-macam










