Wednesday, January 12, 2011
bosan.ya.aku sudah bosan.
buat baik orang pijak kepala
buat jahat orang tak habis-habis mengata
bosan.ya.bosan lagi
nak buat itu ini
tapi semua tak kena serba serbi
ada je yang tak sempurna di hati.
bosan.ya.teramat bosan
bila dah rancang tak menjadi
yang selalu dengar kat telinga ni
"sabar" dan kena usaha lagi..
agak-agak la wey
buat apa nak merancang kalau tak menjadi?
bosan.ya.salah aku bosan.
aku tak salahkan sesiapa
apatah lagi Yang Maha Esa
sebab semua keburukan datang dari aku jua
jadi yang membaca kat luar sana
tak payah nak sound aku dengan sekasar bahasa
aku masih ingat dan sedar tantang apa yang aku perkata.
peringatan terhadap 'salah-satu-punca-kebosanan'
kau jaga hal kau
aku jaga hal aku
kalau aku tak kacau kau
kau boleh diri jauh dari aku,hal aku,hidup aku.
THANK YOU!!
Labels: me
Tuesday, January 11, 2011
wahahaha..
sejak wireless di rumah ku telah dipotong
atas alasan
"tak ada siapa pun kat rumah yang nak pakai internet 24jam"
-->ibu ku<--
"bukan masing-masing ada broadband ke? buat apa wireless.membazir."
-->ayah ku<--
"betul juga tu.bukan pakai sangat pun"
-->abang ku<--
"tapi..tapi..tapi.. "
-->aku, tanpa sempat habiskan ayat..<--
maka ..sekarang.waktu ini.
broadband la penyambung utama kecintaan ku terhadap internet.
daku setia menggunakan khidmat broadband Celcom
konon-konon nak senang sebab number phone pun pakai Celcom
akan tetapi
apabila bil broadband ngam-ngam sebulan tak bayar
terus dia potong tanpa belas kasihan
tidak macam perkhidmatan lain
yang selalunya akan menunggu seketika sebelum memotong talian
jadi
akibat itu
daku terputus hubungan dengan dunia internet
termasuk hari ni dah dekat seminggu sob sob T.T
tabah mengharungi hari tanpa online facebook.
ni pun online via the office internet cable
ampun boss..tapi kerja saya dah siap before dateline lagi an.
ngee (>.<)
Labels: me
Thursday, January 6, 2011
lokasi: Jaya Jusco Bukit Tinggi,Klang

second pic bila dah tak tahu nak fikir nak pergi jalan mana
tapi aku nampak diorang macam ni..comel kan..ngee
with Syarfinaz a.k.a Pinat
with Sarah
with Hazirah a.k.a Jirah
kawan siapa ni..ngehee
ceria
Nat..ko pandang aku ke mana sebenarnya?
weird faces..ehe
aiseh..gelap pula
dengan muka bersungguh ha
ok.this is much better
eh..usha siapa tu
tak tak..tak usha siapa siapa
say..teethhhhhh
dah boring dah tu
tapi tangkap gambar tak boring
rancak borak...
apsal buat muka ayu sarah..nampak dah muka pelik aku
ok.dah nak balik.
before melepaskan Sarah pergi
tak pergi mana pun..hantar balik rumah je
uik..simbol jari apa tu Sarah..haippp
really rindu korang..sob sob T.TLabels: me
hari ni hari khamis
Labels: me
Wednesday, January 5, 2011
hohoho..
Selamat Tahun Baru 2011
eh boleh lagi ke nak ucap
apa kau ni..dah 5hb kot
ala..selagi tak habis tahun 2011 boleh je nak ucap hari-hari kan?
boleh ke takpe?
ahahaha..
ok.ok.
aku kat ofis ni
baru selesai menyiapkan certificate untuk report-report lalu
cewahhh..
banyak okay.
dalam 300 report nak kena amend bagai
dan buat cert baru
perlukan dedikasi tinggi dan kefokusan diri
ngehehe
hari ni nak menguruskan hal Mr.Joe kesayangan
ya..Mr.Joe yang ini untuk sesiapa yang lupa atau tak tahu
nak check apa yang rosak
dan pasti nya nak kena ganti nametag baru
nametag depan dah hilang entah ke mana
tinggal nametag yang letak kat buntut dia je.
hoho
hari tu si Apiz dah tegur
"wey..ko nye num plat dah senget"
aku plak macam
"ha?dah senget? owhh..dia pakai gam je letak plat.baru tau..kuang ajo tul nak jimat."
ye-ye la selama ni ingat letak skru ke apa kan..ciss
akan tetapi
walaupun dah ditegur sebegitu rupa
tetap tak melekat kat kepala ni
nak pergi wat nametag Mr.Joe tu
dengan selamber je bawa ke hulu ke hilir
acah-acah Mr.Jow gengster la nametag senget
*macam budak-budak sekolah, nak nampak gengster nametag lencana semua mesti senget-senget*
sebenarnya dah ..ermm..4 hari nametag tu takda
yang perasan pun..siapa ek..
atok kot..ke ayah..ke opah..eh..boleh tak ingat plak (-.-")
masa tu kat KKB (Kuala Kubu Bahru)
balik kampung hari sabtu
tu pun tak plan nak balik
tapi balik juga sebab...................
tetiba di pagi yang hening
si anak tengah lena tidur di dalam kamar selesanya
dikejutkan dengan ketukan pintu bertalu-talu oleh si ibu
"kak..bangun bangun bangun!!! nak balik kampung ni!!"
si anak dengan sememehnya
"haa..balik kampung?"..dan kembali zzzz..haha
seketika berlalu, si ibu kembali
"kakkkk..bangunnnn!! cepat siappppp!!"
si anak "...."
dan-dan pula si ibu terus buka pintu "nak ikut ke tak nak ni?"
si anak dah rasa bersalah dah ni
ikut hati tak nak pergi tapi nak jaga hati orang tua tersayang
maka bergerak jua ke bilik air
on the way nak gerak tu, respon si ibu
"eh..tak yah mandi lah.mandi kat kampung je.ayah nak cepat tu"
si anak "eh? apsal lak? takda takda..sekejap je pun mandi"
~yer lah sekejap~ memang sekejap okay..tak sampai 15 minit..huhu
si anak ni perangai memang tak suka nak digesa-gesa oleh orang lain
waima keluarga sendiri
disebabkan si ibu dok menggesa tanpa henti
terus si anak membuat kenyataan berani-nak-dimarah
"takpe lah bu..orang pergi naik kereta sendiri je la"
riak wajah si ibu dah lain macam dah waktu ni
"la..kenapa pula"
lalu si anak menjawab
"habis, dah nak cepat sangat.pergi je la dulu.kang orang sampai la sana"
si ibu dah malas nak layan gamaknya lalu bergerak bersama si ayah
jadi tinggallah si anak seorang diri di rumah..hohoho
haha..ok tak cerekarama aku?
ngahaha.jadi itu la puncanya aku balik kampung dengan Mr.Joe
dengan hati yang tak berapa nak ringan
sebab segala planning yang dah dibuat terpaksa dibatalkan last minute..
disebabkan percaya kepada GPS otak sendiri
berbanding GPS handphone canggih ececehhhh
maka perjalanan dilalui dengan yakinnya
sehingga lah baru perasan terlepas lorong nak ke Rawang
*selalu balik ikut rawang*
jadi GPS terpaksa dicalculate semula
lalu berkeputusan melalui jalan Bukit Beruntung
untung ke..jalan dia kemain teruk
tapi dengan berkat kesabaran dan bantuan lagu-lagu favourite
maka tiba jua si anak/cucu di rumah KKB.
yang tak menahan tu
sampai je tengok takda pula kereta parent ni
"aik..bukan diorang gerak lagi awal ke..kata tadi ye-ye nak cepat sampai"
kataku dalam hati..haha.
maka setibanya Mr.Jow diparking depan rumah
muncul opah menyambut cucunya.
dengan muka kelaparan+kepenatan+kebanggaan
terus meluru ke dapur sebaik saja soalan si opah
"dah makan belum?"
belum sempat jawapan nak keluar,dah sampai kat dapur..haha
dah sampai baru jawab
"belum lagi..tadi ingat nak cepat sampai tapi tengok diorang pula tak sampai-sampai lagi"
ngehehe.
tak lama lepas tu
ok.tipu.lama juga.
dah habis makan.sembang dengan opah.
atok bangun tidur.sembang dengan atok dan opah.
baru la si parent sampai.
dah angkat-angkat barang
aku lepak depan tv
parent tengah borak dengan grandparent.
sampai keesokan hari
dah bangun tidur,mandi,kemas tempat tidur
breakfast dengan abang dan wife dia
*diorang sampai lewat malam semalam*
then suddenly dengar suara
"mana num plat depan kereta ni?"
aku dah "eh..ada la situ"
suara sambung semula "mana ada.dah tanggal dah"
aku "uikk..biar betul"
terus pergi tengok.haah.dah tak ada.
mesti jatuh masa lalu jalan tak berapa nak untung kat Bukit Beruntung tu
haha. "nak buat macam mana.hari tu memang dah nampak senget"
ibu "dah tu kenapa tak pergi betulkan?"
aku "ehe..lupa"
ibu (-.-")
aku (>.<) masih tak rasa pape.
ayah kata semua kedai tutup hari ahad ni
jadi kena tunggu weekdays baru boleh buat nametag Mr.Joe tu
dalam hati "apa ada hal.."
tapi dah nak balik
baru la rasa seriau sikit
bila ada suara yang cakap
jangan kena tahan dengan polis atau JPJ sudah
aisehh..kenapa ingatkan..haha
lalu perjalanan pulang diiringi doa tanpa henti dalam hati
supaya tidak ada sekatan jalan raya ke apa
yeyayyy.selamat.haha
jadi..itu la kisah di tahun baru ku.
tak ada apa pun.
but still best juga la sebab dah lama tak balik kampung.
jadi hari ini
nak balik awal sikit.nak uruskan Mr.Joe ku.
cian dia takda nametag..ahaha
walaupun yang tertulis bukan "Mr.Joe"
tapi still untuk elakkan disaman pihak JPJ dan seangkatannya
maka bersungguh la nak balik awal..ngehehe
eh..siyes laa..nak uruskan Mr.Joe
bukan nak cengkelat *muka serius*
tata.
(^.^)
Labels: me













