Wednesday, April 7, 2010

mangsa rogol

(Pernah kamu terfikir..
betapa untung nya kamu bila kamu tidak tergolong dalam kategori ini?
Pernah kamu mengetahui..
bagaimana mereka menjalani kehidupan sehari-hari dengan trauma yang tidak terhenti?
Pernah kamu cuba..
untuk menolong menggembirakan hati mereka?
atau kamu lebih gemar memilih untuk bersikap sinis terhadap mereka?
Pernah kamu terfikir..
mampukah mereka bertahan untuk teruskan hidup..
tatkala semangat dan jiwa tidak sekuat yang dipinta?)

--------------------------------------------------------------------------------------------

Taken from www.iluvislam.com :

selalunya selepas seseorang itu dirogol pastinya dia akan mengalami masalah kejiwaan..sedih kerana merasa dirinya sudah tidak 'suci' lagi ditambah kerisauan jika dirinya akan mengandung hasil daripada peristiwa hitam tersebut. Kadang2 apabila mereka tidak dapat 'handle' kecelaruan, jalan penyelesaian adalah dengan membunuh diri kerana merasa diri sudah tidak punya apa2..Ya kalau melibatkan soal maruah memang agak sukar dikompromi..

1st memang agama. Itu perlu kerana jika kekuatan dalaman kurang mudah untuk kejadian2 'aneh' berlaku oleh mangsa rogol ini. Banyakkan berdoa mohon bimbingan dan kekuatan untuk hari2 yang bakal ditempuh. Agama itu perlu kerana dengan agama kita mendapat panduan dan pegangan yang tepat dalam meneruskan kehidupan yang penuh dugaan ini. Kita tidak akan mudah goyah dengan godaan dan bisikan syaitan yang selalu berusaha utk menyesatkan manusia.

Mangsa akan merujuk keluarga (jarang)/ rakan terdekat untuk meluahkan trauma yang dialami. Ini dilihat sebagai salah satu cara bagi mereka mendapatkan sdikit sokongan dan perhatian untuk menempuh kehidupan selanjutnya. Orang terdekat perlu memberi rangsangan kepada mangsa agar lebih tabah dan tidak mudah putus asa dalam meneruskan hidup walaupun maruahnya telah dimamah rakus oleh manusia bertopengkan syaitan.

Pada permulaan, memang sukar menerima kenyataan ini namun lama-kelamaan kekuatan untuk meneruskan kehidupan itu pasti akan hadir. Lain pula ada sesetengahnya menjadi seorang yang pendiam dan lebih suka mengasingkan diri daripada orang lain. Jadi peranan harus diambil oleh orang terdekat(khususnya) untuk pulihkan semangat. Boleh juga merujuk ke mana2 doktor atau pakar psikologi untuk mendapat khidmat nasihat dan kaunseling terutama mereka yang terlanjur hamil. Jangan buat keputusan terburu-buru tapi pikirkanlah dengan sebaiknya.

Memang sukar melupakan kisah hitam dalam hidup namun mau tidak mau kita harus telan juga. Semangat itu perlu dibina kembali agar mangsa dapat menjalani kehidupannya seperti sedia kala. Selalunya kita lihat, kenangan pahit ini menjadi alasan mangsa untuk menjauhi kaum lelaki kerana khuatir mereka akan jatuh hati dengannya sedangkan dirinya tidak suci dipandangan manusia. Mereka menjadi rendah diri dan lebih suka menyibukkan diri daripada memikirkan soal kahwin. Jodoh pertemuan itu ketentuan Allah swt, jika yang hadir benar2 menerima diri seadanya, alhamdulillah.

Ketahuilah bahawa dirimu tidak bersalah wahai mangsa-mangsa rogol. Memang perit untuk diterima namun sinar kebahagian pasti ada untuk kalian..Janganlah menolak kebahagiaan yg Allah kurniakan buat kalian..Kalian tak bersalah!Kuatkanlah semangat, tempuhilah kehidupan seperti biasa..

Namun, elakkanlah daripada diri menjadi mangsa rogol. Ya malang tidak berbau namun sekurang-kurangnya ada usaha untuk menghindarinya. Peliharalah pakaian dan akhlak seperti mana yang telah digariskan syarak agar terpelihara daripada maksiat.

"prevention is better than cure"..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) – Pengalaman pahit merupakan satu emosi yang pasti setiap manusia mahu melupakannya jika boleh. Namun dalam realiti ia lazimnya kekal dalam ingatan buat selama-lamanya.

Melupakan pengalaman pahit ini pasti sukar dan itulah yang mahu dilakukan oleh seorang penuntut kolej yang dikenali sebagai Beena. Sebagai seorang mangsa rogol, remaja ini mahu melupakan pengalaman pahit itu dan meneruskan dengan kehidupannya.

Beena, 19, dicabul kehormatannya dan dirogol 10 kali oleh seorang lelaki yang beliau telah berkenalan sebelum itu. Bagaimanapun beliau tidak melaporkan kejadian itu kepada polis ataupun memberitahunya kepada sesiapa.

KELIRU DAN TAKUT

Pengalaman ngeri yang dialami Beena tidak berakhir di situ. Lelaki itu juga menghantar SMS lucah dan turut menyindirnya dengan nama-nama seperti pelacur dan sebagainya.

Beena yang berkongsi pengalaman pahitnya bersama Bernama baru-baru ini berkata beliau begitu takut untuk meluahkan apa yang terjadi kepada ibu dan neneknya.

Saya sangat sayangi mereka dan takut akan reaksi mereka. Saya tidak tahu untuk berbuat apa. Saya menjalani ujian kehamilan dan lega apabila keputusannya adalah negatif. Saya mahu meneruskan dengan pengajian saya dan memulakan kehidupan sendiri. Adakalanya saya bertanya kepada diri mengapa saya tidak mencari bantuan. Tetapi saya juga cuba melupakan akan apa yang terjadi dan anggap apa yang berlaku sudahpun berlalu,” tambah beliau.

Sekarang semuanya agak reda. Lelaki itu akan mendirikan rumahtangga dengan perempuan lain pada Julai ini. Saya berharap dapat lupakan apa yang telah berlaku,” katanya.

Tetapi bolehkah beliau melupakan pengalaman ngerinya itu?

PENGALAMAN DIROGOL SUKAR DILUPAKAN

Seseorang mangsa rogol tidak akan dapat melupakan pengalaman ngerinya itu, kata seorang perunding bebas psikologi Valerie Jaques.

Jaques memberitahu Bernama apa yang boleh berubah ialah respons emosi mangsa akan kejadian itu.

Ramai yang mengenang balik insiden itu dengan emosi yang sama seperti yang dilalui mereka semasa kejadian. Apabila mereka cuba melupakan atau mengelakkan daripada mengenang balik kejadian itu, emosi yang terpendam ini akan bertambah buruk. Ini boleh menyebabkan kenangan balik dan igauan buruk yang menyebabkan keresahan, panik dan menyebabkan mangsa mengalami kemurungan. Lebih lama emosi dan pengalaman ngeri itu terpendam, lebih drastik kesan emosi dan psikologi pada mangsa,” katanya.

Jaques menjelaskan lebih cepat pengalaman pahit itu diluahkan menerusi latihan-latihan kesedaran, lebih baik mangsa dapat tumpukan daya ingatan dan menjadikannya memori silam tanpa sebarang emosi.

Akhirnya ia tidak lagi seteruk seperti sebelumnya,” kata beliau.

SOKONGAN PENTING

Jaques berkata parut psikologi yang dialami oleh mangsa rogol bergantung kepada bantuan dan sokongan yang boleh didapati oleh mangsa.

Jika terdapat bantuan dan sokongan keluarga, penjagaan dan galakan yang mencukupi dalam menimbulkan kesedaran yang perbuatan rogol adalah jenayah terhadap mangsa dan mangsa tidak dipandang rendah maka kesannya tidaklah teruk bagi mangsa. Sebenarnya mangsa-mangsa ini boleh bangkit untuk memperjuangkan nasib mangsa seperti mereka,” tambah beliau.

Bagaimanapun jika mangsa berasal daripada persekitaran di mana beliau dipersalahkan bagi kejadian rogol dan dipandang rendah, parut psikologi kerana perasaan disingkirkan akan kekal untuk tempoh yang agak lama.

Malangnya, masyarakat kita hari ini masih perlu belajar banyak dalam hal ini.

PENGALAMAN GETIR MANGSA ROGOL

Seorang lagi mangsa rogol, yang mahu dikenali sebagai Amy berkata meminta bantuan adalah penting walaupun khuatir mereka akan didiskriminasi.

Rasa takut itu pastinya sentiasa wujud, selalunya, mangsa rogol akan merasa mereka akan dipulaukan. Lupakan mitos ini dan tampil cari bantuan kaunseling dan sokongan,” kata beliau.

Amy berusia 11 tahun apabila seorang saudara memperkosanya. Itu 20 tahun yang lepas.

Saya banyak menghabiskan usia remaja saya menyalahkan diri akan apa yang terjadi dan ia mengambil sedikit masa untuk menyedari ia bukan salah saya. Pengalaman ngeri itu pasti akan kekal selama-lamanya dan mustahil untuk dilupakan. Jadi jalan penyelesaiannya ialah menerima hakikat sebenar dan cuba ubati hati yang terluka serta teruskan dengan kehidupan. Pemulihan pasti sukar tetapi mangsa-mangsa perlu berusaha sendiri untuk keluar daripada emosi yang menyakitkan hati ini dan teruskan dengan kehidupan,” katanya.

JANGAN SALAHKAN DIRI

Sementara itu, Pengarah Eksekutif All Women’s Action Society (AWAM) Honey Tan Lay Ean berkata rasa takut yang mangsa rogol akan dipandang aib oleh masyarakat termasuk menyalahkan mangsa dan kepercayaan kalut bahawa wanita sendiri bertanggungjawab bagi kejadian itu, merupakan pendorong kuat dalam memaksa mangsa-mangsa untuk terus berdiam.

Mangsa-mangsa menghadapi tekanan untuk tidak melaporkan kejadian itu dengan statistik polis menunjukkan lebih daripada 80 peratus perogol merupakan kenalan mangsa,” kata Tan kepada Bernama.

Beliau berkata melupakan pengalaman dirogol bukan sama dengan tidak mengambil apa-apa tindakan.

Seorang mangsa hanya boleh pulih dan mengorak langkah ke depan apabila menerima bantuan seperti kaunseling. Walaupun mangsa seringkali menafikan kejadian itu dalam hati, kesan psikologi itu kekal bertahun-tahun.

“Daripada pengalaman AWAM, mangsa-mangsa boleh meneruskan dengan kehidupan dengan agak baik tetapi trauma yang disebabkan oleh kejadian rogol boleh berulang dalam ingatan mereka,” kata Tan.

STIGMA DAN PERANAN KOMUNITI

Tan berkata ia bukan tanggungjawab mangsa rogol untuk menyediakan pengajaran moral kepada orang ramai dalam menangani kejadian rogol.

Oleh kerana masyarakat memandang aib mangsa dan ketiadaan sokongan perundangan, adalah sukar untuk membayangkan mana-mana mangsa yang mahu tampil untuk berbuat demikian.

Beliau berkata di sebaliknya tumpuan adalah pada peranan komuniti untuk menghantar mesej kepada perogol yang keganasan terhadap wanita tidak diterima dan untuk memaksa pembaharuan perundangan yang akan memastikan keadilan bagi mangsa rogol.

Rogol merupakan jenayah keganasan yang menggunakan seks sebagai senjata dan satu bayangan akan ketidakadilan dalam masyarakat. Oleh itu adalah penting bagi masyarakat untuk membetulkan keadaan ini di sebalik meneruskan dengan mitos mengenai rogol,” demikian kata Tan

---------------------------------------------------------------------------------------------



0 comments: