Wednesday, April 28, 2010
Cinta..jangan sesekali dihampiri jika tidak sanggup menanggung risikonya.
Cinta sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan.
Cinta sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah.
Namun apabila perpisahan mendatang barulah tersentak dari lamunan.
Kemudian kita akan sedari cinta hanyalah permainan nafsu
yang membawa kesengsaraan dan penderitaan yang amat menyeksakan.
Meskipun kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan
tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti
dan menyinggung hati orang lain
kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka
kerana hati yang terluka itu tetap akan terluka.
Biarlah kita menguasai cinta,
jika gagal bererti kita masih berupaya
melawan perasaan kecewa
sekalipun teramat pedih,
luka dan sengsara.
~petikan yg aku baca..isk~ (+__+)
-----------------------------------------------------------------------------
Sangat kecewa bila putus cinta.
Betapa sakit,
kecewa,
rasa sesal
dan yang paling menyesakkan
bila kita masih terlalu merinduinya.
Kadang-kadang sampai terasa masa ini tidak adil untuk kita.
Semalam masih bercumbu rayu,
melepas rindu,
gurau senda,
berkongsi cerita
tetapi hari ini
kita sudah jadi orang lain.
Kita sudah jadi seperti orang yang tidak pernah dikenalinya.
Jadi asing.
Siapa kita di hati dia?
Siapa kita dimata dia?
Kita bukan siapa-siapa kan?
Teramat sedih bukan?
Dulu berjanji setia
sekarang terluka gila
apakah masih ada cinta
di sebalik semuanya?
atau hikmah yang tidak terlihat oleh mata?
kerana harapan yang terhancur begitu saja..
~sedih kan..do you feel what i feel?~ (@.@)
Labels: love
0 comments:
Post a Comment