Sunday, January 10, 2010

Sekarang..tengah tengok Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 24 kat tv3 siaran langsung.Nak pergi tiket dah habis jadi boleh tengok kat tv jer.Family dah balik tadi.Abang lepak bilik dia.Ibu tengah belek handphone Samsung Omnia dia.Ayah tengah mandi.Aku pula sambil tengok tv,sambil online dan sambil main dengan Bunny.

Pasal Anugerah Juara Lagu (AJL) ni,aku dapat tau nampaknya lebih sengit sebab tak ada kategori.Betul ke? Semua bersaing secara terbuka.Ok la tu kan.Ye ke ok?Entah,aku dengar je lagu apa-apa pun.Yang penting best dengar dan feel lagu tu..ahakz.Lagipun aku tak ambil tahu sangat atau pun tengok Muzik-Muzik ni melainkan bila dengar-dengar AJL dah nak tiba..miahahahhaha.Boleh ke takpe..?ngeh ngeh ..

-->Nie senarai lagu final Anugerah Juara Lagu 24 (AJL24):-
01. Aku Skandal – Hujan
(komposer/penulis lirik: Noh)
02. Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah
(komposer/penulis lirik: Ajai&Habsah Hassan)
03. Aurora – Estranged
(komposer/penulis lirik: Estranged)
04. Bengang – Akim
(komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)
05. Aku Rindu Sayang Kamu – Black
(komposer/penulis lirik: Yuzai)
06. Dan Sebenarnya – Yuna
(komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)
07. Rindu Terhenti – Tomok
(komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta)
08. Pakai Buang – Stacy
(komposer/penulis lirik: Edry)
09. Kau Aku – Aizat
(komposer/penulis lirik: Aizat)
10. Pergi – Aizat
(komposer/penulis lirik: Pete Teo)
11. Situasi – Bunkface
(komposer/penulis lirik: Sam)
12. Bencinta – Faizal Tahir
(komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)
13. Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar
(komposer: Azmeer, penulis lirik: Allahyarham Loloq)
14. Masih Jelas – Hafiz
(komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad

Enough of that.Sekarang ni Yuna tengah perform dengan lagu yang buat dia famous tu Dan Sebenarnya.Agak comel la pakaian dia.Warna-warni macam pelangi..ahahaha.Teringat dulu,aku pernah terserempak dengan Yuna kat Shah Alam.Tinggi kot dia ni.Kurus pula tu *jelous-jelous..hinns*.Ok umi.sabar-sabar..tengok je tv tu..haiss

..................................xoxo...................................

Agak terhibur dengan gelagat pengacara-pengacara AJL iaitu Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar yang sekali lagi digandingkan bersama.Paling suka tengok diorang punya iklan promo AJL.Simple yet interesting..

..................................xoxo....................................

OK.Attention!!Now diorang tengah announce pemenang-pemenang AJL...
First->Aizat dengan lagu Pergi
Second->Yuna dengan lagu Dan Sebenarnya
Third->Faizal Tahir dengan lagu Bencinta
Vokal terbaik->Black dengan lagu Aku Rindu Sayang Kamu
Persembahan Terbaik->Aizat dengan lagu Kau Aku

Tahniah!!!!!!!! Maju lah dunia hiburan Malaysia..semoga terus maju ke hadapan..chaiyok!!! :D

0 comments: