Sunday, January 24, 2010

Salam.

Mari kita sama-sama meriahkan hari kita..
Hanya untuk suka-suka .. siapa-siapa yang agak moody dan rasa-rasa tak boleh nk baca benda-benda mengarut hari ni..anda dinasihatkan skip la dari membaca blog part ni hari ni..ehehe.TQ

->*macam chipsmore,kejap ada kejap tak ada* <-



->*polis dan kereta mereka* <-


-Australia with Alfa Romeo GT-




-Bulgaria with Porsche 911-





-Canada with Jaguar S Type-





-Holland with Spyker C8 Spyder-





-Japan with Nissan Skyline GT R-





-Negara ku sayang~Malaysia with Wira and . . .-







(Dialog polis kiri: "Tu la orang cakap jangan pakai motor besar ni makan minyak kuat...")(Dialog polis kanan: "Ala..jangan la marah bang.Dah minyak nak habis nak buat macam mana.Pakai motor ni baru ada gaya bang..eheheh"


->*rasa-rasa korang boleh buat macam ni ke?*<-






->*earfon Nokia terbaik*<-




->*ini ada sebuah kisah tentang pengguna komputer*<-


Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline
(bantuan berkenaan Microsoft Word melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walaubagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan “Memecat tanpa Sebab”. Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

Microsoft: Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?

User: Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word.

Microsoft: Masalah bagaimana tu encik?

User: Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang.”

Microsoft: Hilang?

User: Ya, ia hilang.

Microsoft: Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?

User: Kosong, tak ada apa-apa.

Microsoft: Tak ada apa-apa?

User: Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip.

Microsoft: Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?

User: Macam mana saya nak tau?”

Microsoft: Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?

User: Apa tu si-perom?

Microsoft: Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?

User: Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip.

Microsoft: Adakah monitor anda ada power indicator?

User: Monitor tu apa?

Microsoft: Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV. Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?

User: Saya tak tahu.

Microsoft: OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?

User: Rasa-rasanya.

Microsoft: Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda.

User: Yaa, terpasang.

Microsoft: Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?

User: Iya ke?.

Microsoft: Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut.

User: Okay, jumpa dah.

Microsoft: Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda.

User: Alamak tak sampai laa.

Microsoft: Ok… boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?

User: Tak boleh.

Microsoft: Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?

User: Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap.

Microsoft: Gelap?

User: Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap.

Microsoft: OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda.

User: Tak boleh.

Microsoft: Tak boleh? Kenapa?

User: Sebab kat pejabat saya “blackout”, tak ada elektrik.

Microsoft: Blackout… tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?

User: Ada… saya simpan kat dalam almari.

Microsoft: Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu.

User: Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?

Microsoft: Iya, rasa-rasanya macam itulah.

User: Err… okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?

Microsoft: Beritahu mereka anda terlalu BANGANG untuk memiliki sebuah komputer.

->*bas merangkap rumah (Mr.Bun nak macam ni juga..haha)*<-














->*senang nak faham*<-


-waktu perniagaan-




->*surat*<-

surat dr isteri utk suami..
Dear abang,

ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung.
abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke
kampung musim cuti rayer ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan
kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan
disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah
terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3
malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan
masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta
abang?

tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi
ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat
kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga
maintainance. .ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang
kata ayang tak sedar diri

kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang
nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang
mengada-ngada

kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak
makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

paling menyedihkan. . ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut
orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa..
tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri
elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang
balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,
ayang
...................................
surat balas dr suami
Dear Ayang,

bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu
keta bos abang nnti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja
ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas
umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja
umah..cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja
lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi
keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder
dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg
jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..
nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam
doremon..ish xnak laa abang.. pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang
sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tulah
abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn
sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita
kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan
rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat
rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka
pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi
cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah
laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah
tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..
tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti
kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa
kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa
bwk balik skit.. kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar
lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan apa takut
lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital..

abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai
musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam
lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga
diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa
masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk
longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang
kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam
mana....tgk laa sendiri gambar tu….

ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang


->*tahukah anda tentang fakta ini?*<-


Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya.
Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca topic ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku… CAYALAH!!!

->*GPS untuk yang kurang mampu*<-




->*agak-agak korang nak buat kereta korang macam ni tak?*<-




->*sindiran*<-














->*korang rasa hairan tak bila..*<-

1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.

2. Bila kerjaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda.

3. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai.

4. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri.

5. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.

6. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.

7. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES!

8. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!

9. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah!.

10. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!

11. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu....mungkin takut kena rompak...tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?

12. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?

13. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer.

14. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang "secukupnya" bila berurusan dengan mereka.

15. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah di merata-rata tempat dengan mudah mendapat lagi.

16. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku langsung.

17. Bilamana telefon bimbit yang diusung kesana kemari, walaupun tak dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.

18. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu kalah atau menang, kesemua pelakon-pelakon tersebut dapat duit banyak.

19. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam longkang.

20. Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak dan berpuitis ketika mengulas siaran langsung sesuatu acara sukan.

21. Bila kita menanyakan kawan kita alamat rumahnya. dia menjawab " mamat@yahoo.com".

22. Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga profesyenal boleh mendapat hingga RM10000 sebulan bermain bola macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama lapan belas tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi menerima gaji permulaan hanya RM1250.00 sebulan.

23. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal pulak apabila harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan maseh ditakuk lama.

24. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.

25. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa taliannya.

26. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah "out-of-date" selepas sebulan dan kita pun maseh belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.

27. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal dari baju dewasa.

28. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai.

29. Bilamana kita membayar RM1.20 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.

30. Bila kita membeli TV 29" tetapi hanya dapat menonton 20" sahaja bila selebihnya dilingkungi dek iklan.

31. Bilamasa teknologi internet sekarang membolehkan seseorang membeli sayur segar menggunakan e-commerce sedangkan laman yang menawar khidmat itu terletak di California, USA.

32. Bilamasa kita demam dan ke klinik untuk berjumpa doktor, kita membayar RM30 hanya untuk sepeket pil panadol sambil diberitahu doctor yang kita ni demam.

33. Apabila kita ke kedai komputer untuk mendapatkan maklumat sesuatu komponen, jurujual menjawab "sikit jam ah...saya mau tanya tauke".

34. Bilamasa syarikat bas mengenakan tambang yang pelik seperti RM1.75 sambil menyuruh kita menyediakan duit secukupnya sebab lebihan tidak akan dipulangkan, walaupun kita tahu kita jarang sekali menggunakan duit 5 sen.

35. Bilamasa melihat eksekutif-eksekutif maseh memakai kot dan tali leher semasa makan tengahari kat warong tepi jalan walaupun cuaca panas terik.

36. Bilamana penggemar-penggemar dan pemilik kereta bermegah dengan kereta mereka yang berkuasa besar walaupun sedar yang had laju jalanraya disini hanyalah 110km sejam.

37. Bilamasa kita melihat format pertandingan liga bolasepak negara ditukar setiap musim walaupun sedar yang tahap permainan tetap menurun.

38. Bilamasa F.A.M mencari punca terjadi pergaduhan didalam sesuatu perlawanan liga bolasepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama "binatang".

39. Bilamasa pemilik kenderaan terpaksa membayar cukai jalan setiap tahun tetapi jalanraya hanya dibaiki lima tahun sekali.

40. Bilamasa artis sanggup menukarkan nama yang mak bapa berikan supaya lebih glamour.

41. Bila pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi sanggup berhenti untuk mengajak pemandu lain bergaduh ditepi jalan.

42. Bila seorang Pak Aji boleh memberikan komen terhadap kebesaran buah dada seseorang perempuan..........pelik sungguh bila melihat perempuan berjalan hanya matanya kat situ aje......

43. Bilamana pelanggan di McDonald's membeli air "diet coke" sedangkan mereka juga membeli BigMac yang penuh lemak.

44. Bilamana pelanggan diherdik dan dimarahi apabila berurusan dengan Jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis sekali.

47. Bilamana orang-orang muda sekarang cepat beruban.

48. Bilamana lebih ramai orang, masa kerja ponteng kehulu kehilir tapi bila lepas waktu kerja baru sibuk nak buat overtime.

49. Bilamana ramai yang memberi nasihat yang merosakkan dari nasihat yang baik.

50. Bilamana di setiap rumah murah terdapat kereta yang harganya lebih mahal.

51. Bilamana ditanya apa yang dibentang dalam belanjawan hari ini Cuma bab bonus sahaja yang hanya diingati.

52. Bilamana seseorang suami mendapat sesuatu dari isteri hanya setelah siisteri mendapat sesuatu darinya terlebih dahulu.

53. Bilamana banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, masih ada yang ke tempat kerja dengan pakaian yang seksi (baju tanpa lengan dan skirt pendek nampak peha.

54. Bilamana kerajaan mengagung-agungkan MSC maseh ramai rakyat buta IT, tak mampu nak membeli komputer, masih menggunakan Dail Up Modem yang terlalu lembab dan membiarkan bayaran langganan untuk ISDN yang terlalu mahal.

56. Ramai orang yang maseh menghisap rokok di luar KLIA, terutamanya kakitangan KLIA sendiri, sedangkan KLIA sendiri memaparkan amaran 'DILARANG MEROKOK' pada setiap pintu kaca di luar KLIA.


~LU PIKIR LA SENDIRI...agagagga~

Saturday, January 23, 2010

Disebabkan hari ni macam lambat nak tidur,jadi terfikirkan tentang hal ni.Layan kan aje kalau nak.Agak-agak malas nak baca takpe,takyah baca..

Berikut adalah perkara-perkara yang mungkin terfikir oleh kanak-kanak atau budak kecil bila diorang tengok cermin..biasa lah diorang kan penuh fantasi..macam korang juga dulu-dulu kan..haha

->Membayangkan ada kehidupan lain di sebalik cermin dan imej kat cermin tu konon-konon nya makhluk dari dunia lain,dari dunia sebelah sana nun..

->Nak tau sangat muka time tidur so masa tengok cermin tu terpejam-pejam mata sambil kecikkan anak mata tengok cermin. *nak tahu la tu comel ke tak masa tidur tu*

->Cuba bayangkan ketinggian badan akan datang dengan cara melompat-lompat dan langkah yang paling agak rasa bijaksana masa itu ialah dengan berdiri atas kerusi sambil berkata "macam tu rupa aku kalau dah tinggi nanti"..ahahah

->Tiap kali tengok cermin mesti fikir betul ke rupa bentuk muka dalam cermin tu diri sendiri.Entah-entah makhluk lain ke apa yang menyamar.

->Tatap cermin tu lama-lama sambil belek-belek muka berangan besar nanti muka nampak macam siapa.

->Punya lah nak tengok bahagian belakang kepala tak pun belakang telinga ke sampai teleng-teleng kepala,tergeleng-geleng kepala tapi akhirnya dah letih guna juga cermin..haihh *last choice la tu*

->Bila dah tak ada kawan ke adik beradik nak teman main ke apa..mula lah gi depan cermin sambil main make-up mak or pakai costume apa-apa main depan cermin sambil cakap-cakap membayangkan bayangan sendiri kat cermin tu adalah orang lain. *kesian gak kalau macam tu,bahaya tu kalau dibiar lama-lama takut kang jadi lain pula*

Tadi aku ade terbaca tentang peringatan tentang kiamat..kiamat makin hampir
Fine..tolong jangan terpengaruh sangat dengan cerita 2012 tu*bagi yang beragama Islam*

Untuk renungan bersama.Aku tak nak komen banyak-banyak..

Hari Raya Aidiladha- 27 November 2009 jatuh pada hari JUMAAT
Tahun Baru Hijrah- 18 Disember 2009 jatuh pada hari JUMAAT
Maulidur Rasul- 2 Mac 2010 jatuh pada hari JUMAAT
Hari Raya Aidilfitri- 10 September 2010 jatuh pada hari JUMAAT..

Tahun Baru 2010- 1 Jan 2010 jatuh pada hari JUMAAT juga..
Krismas/Hari Natal 2009- 25 Disember 2009 jatuh pada hari JUMAAT juga..

Seperti yang diketahui..hari Kiamat juga dijangka jatuh pada hari JUMAAT juga..cuma tak tahu tarikh nya bila...

Filem 2012 menggambarkan kepercayaan mereka tentang keadaan akhir dunia..mereka juga melakukan pelbagai kajian untuk membuktikan teori mereka betul..yang hari Kiamat or The end of the world will happen on 2012 ..betul atau tidak..wallahualam.

Kita yang beragama Islam ni..sama-sama la ingat-mengingati.Memang masing-masing pun banyak dosa..banyak buat salah..memang ada yang takut mati tapi bukan itu yang sepatutnya.Manusia tetap akan mati walau macam mana pun..jadi insafi la diri kita..

Ini diantara tanda-tanda hari kiamat yang saya dapat melalui internet..untuk dikongsi bersama..
............................................................................................
Dari Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari Kiamat”.

Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

H.R Muslimi

Keterangan:

Sepuluh tanda-tanda Kiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda Kiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari Kiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1.Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2.Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hingga banyak orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3.Dabbah-Binatang besar yang keluar dari Bukit Shafa di Mekah yang akan mengatakan bahwa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4.Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya.
Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5.Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berkuasa pada masa itu dan beliau juga akan mematahkan segala salib yang dibuat oleh orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6.Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerusakan dipermukaan bumi ini, yaitu apabila mereka berhasil menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7.Gempa bumi di Timur.
8.Gempa bumi di Barat.

9.Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10.Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikuti pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat disimpulkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahwa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala pertanda-pertanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda Kiamat yang besar yang akan merusakkan sistem alam cakrawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa Kiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
........................................................................................

..........................................................................................

Dengan mengkaji ayat-ayat Al-Qur’an, kita dapat memahami bahawa pada tahap pertama kehidupan alam akhirat bukan dihidupkannya kembali manusia, tetapi terjadi perubahan yang menyeluruh di dalam sistem dan hukum alam semesta, lalu terjadilah alam akhirat yang memiliki ciri-ciri khas yang tidak mungkin dapat kita ketahui secara detail/khusus. Dan nyatanya, kita tidak memiliki pengetahuan yang cukup mengenai hal itu. Ketika hari itu terjadi, seluruh umat manusia akan dibangkitkan secara bersamaan/serentak, dari manusia pertama yang diciptakan Allah SWT sampai manusia terakhir, agar mereka semua dapat melihat akibat dan hasil dari perbuatan mereka di dunia ini, yang kemudian mereka akan menempati syurga atau neraka selama-lamanya.

Ayat-ayat Al-Qur’an yang berhubungan dengan masalah ini banyak sekali, antaranya:

Keadaan Bumi, Laut dan Gunung

Ketika Hari Kiamat tiba, terjadi gegaran bumi yang dahsyat. Bumi memuntahkan seluruh isi perutnya ke luar, berhamburan dan hancur berantakan. Lautan meluap dan terbelah. Gunung-gunung bergerak dan berguncang keras, kemudian pecah berserpihan bagaikan butir-butir pasir yang berselerakan, berterbangan bagaikan kapas-kapas yang bertebaran di udara. Gunung-gunung yang menjulang tinggi itu pun tak ubahnya dengan fatamorgana, tidak lagi meninggalkan bekas kegagahannya.

Keadaan Langit dan Bintang-bintang

Al-Qur’an memberikan gambaran tentang keadaan benda-benda di langit ketika Hari Kiamat tiba. Bahawa bulan, matahari, bintang-bintang yang begitu besar, bahkan sebahagiaan bintang-bintang itu lebih besar dari bumi yang kita ini, yang lebih terang jutaan kali dan sinarnya dari matahari yang kita lihat, semua itu akan hancur dan sinarnya menjadi pudar lalu padam. Segala gerak dan aturannya menjadi hancur. Matahari bertabrakan dengan bulan. Adapun langit yang kita lihat akan bergoncang, terbelah dan hancur. Gugusan langit akan luluh bagaikan bahan yang diluluhkan dan mencair. Alam ini dipenuhi dengan asap tebal dan awan gelap.

Jeritan Kematian

Dalam keadaan seperti itu, ditiuplah sangkakala, jeritan kematian pun kedengaran ke seluruh jagad. Ketika itu, seluruh manusia dan makhluk hidup mengalami kematian. Tidak sesuatu pun yang tersisa di dunia ini. Pada detik-detik peristiwa itu terjadi, seluruh manusia merasa ketakutan dan panik. Mereka goyah dan kebingungan, kecuali orang-orang mukmin yang memahami hakikat wujud ini, segala hikmah dan rahasianya, hati mereka tenggelam dalam makrifat dan mahabbah (cinta) kepada Allah SWT.

Jeritan Kebangkitan dan Permulaan Kiamat

Setelah peristiwa itu terjadi, alam akhirat pun memasuki babak baru; alam untuk kekekalan dan keabadian.Nur Ilahi memancarkan sinarnya, jeritan kebangkitan menggema, nusyur segera berlangsung, seluruh umat manusia serta binatang-binatang pun dihidupkan kembali hanya dengan sekejap waktu saja. Seluruh manusia diliputi kebingungan dan goncangan jiwa yang dahsyat bagaikan kupu-kupu yang berterbangan tanpa arah.

Kini, mereka berada di satu tempat yang agung, berdiri di hadapan Tuhan Yang Mahabesar untuk dilakukan hisab dan perhitungan amal atas masing-masing. Seluruh manusia dikumpulkan. Bahkan, sebahagiaan mereka mengira bahawa mereka berada di alam barzakh hanya sekejap atau sehari sahaja.

Kerajaan Allah dan Terputusnya Sebab dan Nasab

Di alam baru itu tersingkaplah segala hakikat. Kerajaan dan kekuasaan seluruhnya hanya milik Allah. Seluruh umat manusia menjadi ketakutan dan tidak seorang pun yang berani atau mampu berkata-kata dan mengangkat suara. Mereka tenggelam di dalam pikiran masing-masing; tentang nasib dan perjalanan akhir mereka. Bahkan, anak akan lari dan tak peduli lagi akan ayah dan ibunya. Sanak keluarga satu sama lainnya saling meninggalkan, hubungan nasab dan keturunan pun menjadi terputus tak lagi bererti. Hubungan kekerabatan dan persahabatan yang dibina berdasarkan keuntungan materi, duniawi dan hawa nafsu berubah menjadi permusuhan satu sama lainnya. Seluruh jiwa manusia dipenuhi oleh penyesalan dan kerugian terhadap apa yang telah mereka lakukan di dunia.

Mahkamah Keadilan Ilahi

Kemudian, dibentuklah Mahkamah Keadilan Ilahi, segala amal perbuatan seluruh manusia pun dihadirkan. Lembaran amal dibagi-bagikan, setiap amal dibukakan di hadapan masing-masing pelakunya sebegitu jelas sehingga tidak lagi memerlukan pemeriksaan terhadap amal tersebut.

Di dalam mahkamah ini, dihadirkan para malaikat, para nabi dan hamba-hamba pilihan sebagai saksi-saksi atas berbagai amal tiap-tiap manusia. Bahkan tangan, kaki dan kulit tubuh pun akan berbicara dan menjadi saksi atas perbuatan seseorang. Seluruh manusia akan dihisab secara teliti. Segenap perbuatan mereka akan ditimbang dengan timbangan (mizan) Ilahi. Seluruhnya akan diadili berdasarkan Keadilan Ilahi, dan masing-masing diri akan melihat hasil perbuatannya.

Secara khusus, orang-orang saleh akan dilipatgandakan ganjarannya. Mereka yang membawa amal kebajikan akan mendapatkan balasan sepuluh kali lipat. Di sana, seseorang tidak akan menanggung dosa dan perbuatan orang lain. Sementara mereka yang tersesat dan menyesatkan orang lain akan menanggung kesesatan orang lainnya yang disesatkannya itu, selain menerima balasan atas perbuatan mereka sendiri, tanpa kurang sedikitpun.

Pengorbanan seseorang untuk orang lain pada saat itu tidak akan berarti. Bahkan, syafa'at dan pertolongan seseorang pun tidak akan diterima, kecuali syafa'at orang-orang yang diizinkan oleh Allah SWT mereka dapat memberikan syafa'at sesuai dengan timbangan-timbangan yang diridhai Allah SWT.[4]

Menuju ke Tempat Abadi

Setelah pengadilan itu selesai, tibalah babak berikutnya, diumumkanlah keputusan Ilahi. Orang-orang yang saleh dipisahkan dari orang-orang yang durhaka. Kaum mukmin menuju ke surga firdaus dengan wajah yang berseri-seri dan penuh gembira. Sinar Ilahi memancar dan mengantarkan mereka ke tempat keabadian surgawi. Sedangkan orang-orang kafir dan kaum munafik digiring ke neraka jahanam dalam keadaan terhina. Wajah mereka hitam dan kotor, berjalan di dalam kegelapan. Ketika itu, orang-orang munafik berkata kepada orang-orang yang beriman, “Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman, ‘Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagiaan dari cahayamu.’ Ketika itu dikatakan kepada mereka, 'Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya untukmu.” Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang yang beriman) seraya berkata, ‘Bukankah kami dahulu bersama-sama kalian?’ Mereka menjawab, ‘Benar, akan tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri dan menunggu kehancuran kami dan kamu ragu-ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah, dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh setan yang amat menipu.' Maka pada hari ini tidak diterima tebusan darimu dan tidak pula dari orang-orang kafir. Tempat kamu adalah neraka, itulah tempat berlindungmu dan seburuk-buruknya tempat kembali bagimu.” (QS. Al-Hadid:13-15)

Ketika orang-orang mukmin telah mendekati syurga, dibukakan pintu untuk mereka. Para malaikat rahmat pun menyambut kedatangan mereka seraya mengucapkan selamat dengan penuh hormat, dan memberi khabar gembira kepada mereka akan kebahagiaan yang abadi.[5]

Akan tetapi, tatkala orang-orang kafir dan munafik itu sampai di neraka jahanam, terbukalah pintu di hadapan mereka, dan para malaikat azab mencaci-maki mereka dengan kasar dan penuh kedengkian. Mereka diancam dengan siksa pedih selama-selamanya.

Syurga

Di dalam syurga, terdapat taman yang membentang, seluas langit dan angkasa, dipenuhi oleh aneka ragam pepohonan dengan bermacam-macam buahnya yang sudah matang dan mudah dipetik. Di dalam taman itu juga terdapat tempat isitirahat dan bersenang-senang yang sangat luas dan indah, sungai-sungai dengan airnya yang sejuk, susu, madu dan minuman yang bersih dan segar. Apa pun yang mereka inginkan tersedia di dalamnya. Bahkan lebih dari apa yang mereka inginikan.

Pakaian penduduk surga terbuat dari sutra, sundus dan istabrak (jenis sutra) yang dihiasi dengan bermacam-macam hiasan yang indah. Mereka duduk bersandaran di atas dipan-dipan dan kasur-kasur yang empuk sambil berhadap-hadapan. Tidak terdengar suara apapun dari penduduk surga selain puji dan syukur kepada Allah SWT. Mereka tidak pernah berbicara dengan kata-kata yang sia-sia dan kotor, mereka pun tidak mendengar hal yang serupa. Mereka tidak diganggu oleh rasa dingin atau pun panas, tidak mengenal rasa sakit, lelah dan bosan, tidak juga rasa sedih dan takut. Hati mereka bersih, tidak sedikit pun tergores rasa dengki dan iri.

Para pelayan anak-anak kecil senantiasa melingkari mereka bagaikan mutiara-mutiara yang tersimpan rapih, begitu indah dan menakjubkan. Mereka menyajikan gelas-gelas yang berisikan minuman surgawi nan lezat dan membangkitkan semangat yang tak terbayangkan. Tidak ada bahaya dan rasa sakit apa pun. Mereka dapat menikmati berbagai macam buah dan daging burung.

Di dalam syurga, kaum laki-laki mendapatkan pelayanan terbaik dari isteri-isteri yang cantik, suci dari segala aib dan sangat mencintai suami-suaminya. Lebih dari itu semua, mereka pun memperoleh kenikmatan rohani dan keridhaan Ilahi. Mereka sentiasa mendapat kasih sayang dan kelembutan dari Tuhan Yang Mahakasih, sehingga mereka hanyut dalam kebahagiaan dan kedamaian yang tidak seorang pun dapat menggambarkannya. Sungguh kebahagiaan yang tidak ada bandingan. Segala kenikmatan yang tidak mungkin terbayangkan, dan rahmat, keridhaan serta kedekatan diri di sisi Allah, semua itu abadi dan tak terbatas.

Neraka

Neraka adalah tempat akhir orang-orang kafir dan kaum munafik yang tidak mempunyai nur sama sekali di dalam hatinya. Di tempat itulah seluruh para pendurhaka dikumpulkan. Neraka masih saja dapat menampung dan menyambut, sampai ia berkata: “Apakah masih ada tambahan lagi?”. Di dalamnya tidak ada selain api dan siksa.

Lidah api neraka itu menjilat-jilat sampai ke atas dan dari semua arah. Suaranya yang menakutkan dan penuh murka menambah rasa takut, ngeri dan menggetirkan jiwa. Wajah-wajah penghuninya masam, redup, gelap, hitam dan sangat jelek. Bahkan, para malaikat yang dipercaya untuk menjaganya pun berlaku keras dan kejam. Dari wajah-wajah mereka tidak tampak rasa belas kasih, sedikit pun.

Penghuni neraka itu dibelenggu dengan rantai-rantai dari besi. Mereka dikelilingi api neraka dari semua sisi, bahkan mereka sendiri sebagai kayu-kayu bakarnya. Mereka tidak mendengar apa-apa selain jeritan, rintihan, tangisan dan keluh kesah para penghuninya, serta teriakan para malaikat yang mengawal mereka.

Wajah-wajah para penghuni neraka itu disiram dengan air mendidih yang sangat panas sehingga isi perut mereka pecah. Setiap kali meminta minum, mereka diberikan minuman dari muhl yang sangat panas dan berbau busuk. Mereka menerima minuman itu bagaikan unta-unta yang kehausan. Ketika diminum, usus-usus mereka menjadi terputus-putus dan hancur.

Makanan mereka terbuat dari pohon zakum, yaitu sejenis pohon yang tumbuh di dalam neraka. Jika mereka memakannya, akan bertambah pedih siksa mereka, perut mereka terbakar. Adapun pakaian mereka terbuat dari bahan hitam yang sangat kasar, yang jika dipakai akan menambah siksa menjadi lebih pedih lagi.

Di dalam neraka, mereka ditemani oleh setan-setan, jin dan para durjana, sehingga mereka berangan-angan ingin menghindar jauh. Satu sama lain saling melaknat dan bertikai. Setiap kali menampakkan penyesalan dan memohon maaf kepada Allah, mereka malah menerima siksa yang semakin pedih agar mereka diam. Ketika itulah mereka memohon kepada penjaga neraka. Al-Qur’an mengisahkan, “Para penghuni neraka itu berkata kepada penjaga jahanam, 'Mohonlah kepada Tuhanmu agar meringankan azab kami ini walaupun hanya satu hari saja!' Mereka menjawab, ‘Bukankah sudah datang kepadamu para utusanmu itu dengan membawa penjelasan?' Mereka menjawab, ‘Ya.’ Mereka berkata lagi, ‘Kalau begitu mintalah. Sesungguhnya doa-doa orang-ornag kafir senantiasa dalam kesesatan.'" (QS. Ghafir: 49-50)

Begitu beratnya siksa yang diderita, mereka meminta dimatikan lagi. Akan tetapi, jawaban yang datang kepada mereka adalah: kalian akan menetap di neraka ini selama-lamanya. Allah SWT berfirman, “Mereka memanggil-manggil, 'Wahai penjaga, mohonlah agar Tuhanmu itu mengadili kami lagi.' Ia menjawab, 'Sesungguhnya kalian akan menetap di sini.'”

Meskipun diliputi oleh kematian dari semua sisi, mereka tidak mengalami kematian lagi. Setiap kali kulit mereka terbakar, digantikan dengan kulit yang baru sehingga siksa itu terus berlangsung, mendera tiada henti.

Akhirnya, mereka memohon kepada penduduk syurga agar memberikan air dan makanan walau sedikit saja. Jawaban yang datang hanyalah “Sesungguhnya Allah SWT mengharamkan atas kalian kenikmatan surga. Penduduk surga bertanya kepada mereka, “Apakah yang membuat kamu masuk ke neraka saqar?" Mereka menjawab, “Kami tidak melakukan shalat, kami juga tidak memberi makan fakir miskin. Kami tenggelam bersama orang-orang yang durhaka dan kami mendustakan Hari Kiamat.” (QS. Al-Muddatstsir: 42-46)

Kemudian terjadilah adu-bicara sesama mereka sendiri di dalam neraka itu. Orang-orang yang sesat berkata kepada orang-orang yang menyesatkan mereka: “Sesungguhnya kalianlah yang telah menyesatkan kami”. Mereka menjawab, “Justru kalianlah yang menghendaki sendiri hal itu lantas mengikuti kami.” Orang-orang yang tertindas dan lemah berkata kepada orang-orang yang congkak, “Seandainya tidak kerana kalian, maka kami ini adalah orang-orang yang beriman." Orang-orang yang sombong itu berkata kepada orang-orang yang lemah, 'Kamikah yang telah menghalangi kalian dari petunjuk setelah petunjuk itu datang kepada kalian? Tidak, sebenarnya kalian sendirilah orang-orang yang berdosa.'" (QS. Saba': 32)

Lalu, mereka berkata kepada setan-setan, ”Sesungguhnya kalianlah yang telah menyesatkan kami." Setan-setan itu pun menjawab mereka, ”Dan berkatalah setan ketika urusan hisab telah diselesaikan, ’Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepada kalian dengan janji yang benar dan aku pun telah berjanji kepada kalian akan tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan sekedar aku ini menyuruh kamu, lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak akan dapat menolongmu. Dan kamu pun tidak akan dapat menolongku." (QS.Ibrahim:22)
...........................................................................................

Tuesday, January 19, 2010

hidup bermula...

Salam.

Hari ni saya di kampus UNIHELL..eh eh..UNISEL Bestari Jaya.
Memulakan kelas untuk hari kedua berada di sini.
Sangat tidak bersemangat menjalani kehidupan sehari-hari..
*padahal baru je 2 hari* kerana keadaan yang tidak seronok.

Dengan line Celcom yang macam chipsmore sekejap ada sekejap tak ada dan seperti timbul rasa di dalam hati macam nak terajang je pencawang Celcom *bak kata En.Syak-lecturer cumil di UNISEL*, menyebabkan semua pengguna Celcom di area Berjuntai Bestari tak dapat buat call-out,sent message,receive call..semua tak boleh.Celcom broadband pun langsung tak ada network *my broadband la..* dan langsung tak boleh online *of course,kata dah tak ada network kan..haihh*

Hari pertama di sini (bersamaan Isnin,18/1/10) kelas (SPI) sepatutnya bermula pukul 2.30-5.30pm mengikut jadual yang telah ditetapkan tapi kehadiran lecturer *pernah ajar kitorang beberapa subjek sebelum ni* langsung tidak kelihatan menyebabkan pelajar sangat bengang terhadapnya.Selepas sejam menunggu,kami semua membuat keputusan untuk terus mem'blah'kan diri.

Datang semula ke Fakulti Industri Teknologi Maklumat (FITM) pada pukul 5.30pm untuk kelas yang kedua iaitu kelas (AI).Lecturer *tak pernah ajar kitorang sebelum ni* tiba 15 minit kemudian.Kelas bermula dengan baik.Disebabkan ada foreigner dia mengajar dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya,walaupun dia kelihatan..err..atau kedengaran seperti tidak mahir berbahasa inggeris namun usaha nya harus diberi kredit..ehehe.
Kelas ditamatkan pada pukul 6.50pm walaupun sepatutnya pukul 7.30pm *mengikut jadual itu lagi*.Tapi takpe.Pelajar suka..ngeh ngeh..

Selepas habis kelas,saya dengan Nisa (roomate/classmate) pergi ke pasar malam di kampung sebelah UNISEL *nama kampung itu masih tidak diketahui walaupun sudah hampir 4 tahun di sini..agagaga* pergi untuk meninjau-ninjau makanan yang ada,kalau-kalau menarik minat..but end-up dengan me buying keropok lekor and char koi meanwhile Nisa pula beli..jap-jap,tanya dia jap..haa..laksa dengan keropok lekor..*eh..keropok lekor juga..haha*.Sekian..itu sahaja dinner untuk kami malam itu.

Tidur awal.Lebih kurang pukul 9 lebih rasanya sebab dah ngantuk.But before that,sending mms to my mum saying that i miss her and all in the house..*including Bunny of course* walaupun dengan keadaan Celcom yang tidak elok tapi sent juga selepas cubaan 'menarik' line dengan meng'off'-'on' kan hp Nokia 5800 ku berkali-kali *kesian hp ku..isk*.Dapat juga line akhirnya.Cepat-cepat call my mum to inform her about Celcom problem and also call Mr.Bun to..ihhhiiihi,then terus lelap.

Hari kedua (bersamaan hari ini Selasa,19/1/10) bangun,check hp,off alarm,baring-baring,dengar lagu,kemas baju,mandi,siap-siap untuk memulakan hari dan ke kelas.Pergi ke kelas pada pukul 11 lebih memandangkan kelas pukul 11.30am.Hari ni ada kelas Web Application Development lecture by En Syakiran yang cumil..ehehe.After class,pergi lunch kat tempat biasa kedai makan makcik dekat jambatan tu di kampung-yang-saya-tak-tahu-nama itu dengan Nisa.Kawan yang lagi dua orang itu tak hadir hari ni,alasan..masing-masing.

Then singgah di kedai sebentar untuk membeli New Straits Time dengan majalah Remaja dan majalah apa entah lagi 1 tu.Saja beli sebab dah tak tengok tv *memang tak tengok tv bila dah balik Unisel ni*. Balik ke rumah sewa,lepak kat bilik,habiskan waktu dengan membaca untuk seketika waktu,then mandi then keluar balik *dengan Nisa juga* ke FITM untuk online sebab brodband kami berdua tidak berfungsi.Ya..broadband Celcom itu.Saya dah buat report/aduan kat Celcom regarding this matter *tak ada line semua ni* ,we'll just have to wait and see if there's any action taken by Celcom to settle this problems.

Jadi..di sini la saya.Online di Rotunda FITM.Menggunakan wireless UNISEL.Arah tuju selepas ni belum diketahui lagi.Celcom masih macam chipsmore.Hopefully tomorrow far more better than today.

Saturday, January 16, 2010

contest..?it's BANNER WISH CONTEST!!







First of all,kepada pembaca blog ku *ada ke pembaca?isk isk*
disini saya ingin mengumumkan bahawasa nya
*dah macam nak umum raya pula..ahakz*
FCU community telah mengadakan contest bermula dari 14 Januari hingga 31 Januari 2010*bersamaan 18 hari sahaja,sila peka di situ* yang menjanjikan rekaan esklusif banner untuk blog pemenang contest ni dan yang best nya saiz banner terpulang kepada pemenang itu sendiri untuk menentukannya.

Tapi sebelum nak menang contest ini,anda perlu join dahulu.Untuk join contest ni senang je,klik kat banner atas tu dan anda hanya perlu buat satu Entry kat blog anda
dengan tajuk BANNER WISH CONTEST
dengan kandungan entry adalah seperti berikut iaitu :
-anda perlu nyatakan sebab musabab anda mahu memenangi contest ni
-terangkan ciri-ciri banner *paras rupa banner tu yer dan sewaktu dengannya* dan juga saiz banner yang anda inginkan untuk ditepekkan,eh eh..maksud saya diletakkan di dalam blog anda.

Senang kan.Tapi tak semudah yang anda sangka kerana untuk menjadi atau ditabalkan sebagai pemenang contest ini anda perlu :
->mengajak kawan-kawan blogger komen entry anda.
->peserta yang menerima KOMEN tertinggi akan dipilih sebagai pemenang.
->pengkomen entry blog anda mestilah mempunyai blog (anonymous tak dikira ye,mana tau korang sendiri menyamar ke *eheheh..mana la tau.ni bukan tuduh ye*)
-seorang pengkomen hanya boleh komen sekali sahaja
-komen daripada orang yang sama berkali-kali dan banyak kali sama sekali hanya akan dikira sebagai satu komen sahaja *sila faham,ni dikira undian.seorang undi sekali.mana ade undi banyak-banyak kali kan..an ..an*

Finally jumlah komen-komen anda akan dikira pada jam 12 malam 31 JANUARI!!

Jadi kepada sesiapa yang berpeluang untuk mengajak member-member,mak abah,abang kakak,adik beradik,sedara mara,makcik-makcik mesyuarat tingkap,pakcik-pakcik kedai kopi,brader-brader kat cyber cafe dan semua lah untuk memberi komen terhadap entry anda *pastikan mereka ada blog ye*,jangan buang masa lagi.Ajak ramai-ramai supaya anda berpeluang untuk menang dan kalahkan peserta-peserta lain yang mengharap setinggi gunung *ececehh..padahal anda pun macam tu juga* untuk jadi pemenang contest ni.

Ok.My turn..eheheh
KENAPA SAYA NAK MENANG??
-->saya nak blog ni jadi lebih menarik,menawan,melekat di hati pembaca blog ni dan semestinya yang teristimewa untuk di follow tanpa jemu.
-->menceriakan dan mencantikkan blog nie..dengan design dari FCU community.
-->dapat tambah traffic,follower serta pembaca setia sebab baru je buat blog ni.
-->supaya senang di search dari mana-mana sudut site internet.
-->hopefully dapat menaikkan taraf sebagai blogger yang digemari dan diiktiraf.

CIRI-CIRI BANNER SAYA??
1. kalau boleh saiz 150x150 yang nampak ngam dengan blog ni..
2. ada link dan nama blog..
3. nak design yang ada style,comel,kawai untuk ladylike macam saya..
4. ada lukisan kartun comel yang menggambarkan diri saya
4. dari segi warna nak yang menarik serta bersesuaian dalam apa jua keadaan blog..

AKHIR KATA..
Kepada yang sudi melawat blog saya ni..sila lah komen ye..doakan saya berpeluang menang contest ni *walaupun rasa-rasa macam mustahil saya nak menang dengan status blogger baru ni..haihh,tapi tak apa*..sekian,terima kasih..