Wednesday, April 13, 2011

it is better

it is better 
to get away
rather than
get involved 
and get hurt..

Tuesday, April 12, 2011

beriadah berdua

Semalam pergi Sunway Lagoon bersama si Pinat
asalnya ikut plan nak pergi jogging dan buat sesi menguruskan badan
di Taman Pertanian/Botani Shah Alam.

Sudah berangan-angan ingin menaiki basikal dan
melakukan sesi gedik berlari-lari jogging,
tapi alih-alih dah sampai tempat yang dituju
tengok-tengok tutup
memandangkan memang hari Isnin adalah hari cuti bagi taman itu.
Sadis kan..semangat dah membara tapi tempat pula tutup.

Jadi disebabkan kebuntuan memikirkan aktiviti yang hendak dilakukan,
kembali memikirkan idea gila untuk menghabiskan waktu
sambil otak ligat berfikir bersama mulut mengunyah
dan tangan memegang hashbrown McD yang lazat
maka keputusan dibuat untuk beriadah di Sunway Lagoon
walaupun hanya berdua.

Tapi itu tidak boleh dijadikan bukti
untuk keraguan anda terhadap orientasi seksual kami
kerana kami masih tegar ingin melihat sekiranya ada
jejaka-jejaka hot yang boleh dijadikan pencuci mata..haha.

Namun hampa
kerana hari waktu bekerja
hanya ramai pendatang/pelancong asing yang membanjiri kawasan rekreasi itu
bersama pasangan dan keluarga masing-masing
dan bak kata Pinat
pemandangan nampak berbulu
kerana kebanyakan jejaka-jejaka tersebut
berbulu dada dan badan
seperti monyet di hutan.ok.tipu.exaggerate.
tapi memang badan berbulu lebat.
eiyuuu..terus rasa tak nak mandi. (-.-")

tetapi kerana memikirkan
jumlah wang yang sudah digunakan untuk membeli tiket masuk
maka aktiviti diteruskan jua.
Gambar-gambar masih ada dalam handphone Nokia 5800 Express Music saya
dan insyaallah akan diupload sekiranya ada kelapangan dan kerajinan
untuk berkongsi di sini.

Sekian. Report dari saya.
Terima kasih.
(>.<)

Thursday, March 31, 2011

diri sendiri

pernah rasa kamu hanya ada diri sendiri?

seperti diceritakan oleh Blank**

"Aku cuma beban pada dia. Satu kesusahan yang nyata, Aku bukan yang dia inginkan. Aku sekadar 'perempuan'. Yang tak punya nilai berharga. Kawan-kawannya lagi berharga dari aku. Duitnya lagi mahal dari harga diri aku yang dia letakkan. Dia kata aku pilihnya bukan kerana cinta tetapi hanya untuk menghancurkan dia untuk kepentingan ku. Kata-katanya lahir dari hati. Apa lgi yang aku harapkan lagi?

Aku tak ada ibu yang menyayangi. Aku tak ada ayah yang memahami. Aku tak ada kekasih yang tulus mencintai. Aku tak ada kawan-kawan yang sentiasa menemani. Aku tak ada sesiapa selain Ilahi.

Tapi aku ahli neraka, yang menimbulkan benci pada sesiapa saja. Mana sepatutnya aku pergi? Aku tak punya apa-apa lagi. Aku hanya sendiri.

Terima Kasih,
kerana buat aku sedar,Pill**."

Sedih bukan..Aku hanya mampu terdiam tanpa berkata apa-apabila terdengar luahan hatinya.Kenapa ia terjadi? Adakah betul cinta dan kasih sayang itu boleh jadi sesuatu yang menyakitkan?Atau sememangnya itu ketentuan yang ditetapkan?

Kadang-kala bila jadi sesuatu seperti ini membuatkan kita terfikir sendiri
adakah memang sebenarnya
kita hanya ada

diri sendiri?

Tuesday, March 29, 2011

Okay, sekarang sesi pembelajaran
ikatan tali kasut yang unik dan kreatif
sila cuba 
untuk menunjukkan
anda tidak lah ketinggalan zaman
walaupun mungkin kini
anda tidak lagi gemar memakai kasut yang ada tali
hoho

Tetapi anda masih boleh mempelajarinya
supaya bila tiba satu-satu masa yang tidak diduga
seperti
terpaksa mengikat tali kasut sekolah anak saudara anda yang malas mengada
atau
cuba mengalahkan pasangan anda dalam ilmu mengikat tali kasut
atau
sengaja nak buat budak-budak baru nak up kelihatan batak seketika di hadapan anda
atau pun
ingin menunjukkan anda begitu rajin mengikat tali kasut
dan dengan itu
mungkin kemahiran anda ini akan membuat orang lain terpegun
dan ketika itu anda boleh berhidung kembang kempis..
haha

 selamat mencuba

















haha..sorry for this
mungkin ada yang rasa sangat 'lame'
bila semata membuat entri
kerana keterujaan memberitahu
usia blog yang dalam susunan cantik
sesungguhnya haruslah memberi perhatian 
terhadap perkara-perkara yang menarik dan cantik
seperti penulis nya jua
*cough*


that's the tittle refer to ..actually
the age of this blog
1 year, 2 months and 3 weeks
one two three


Tak sabar rasanya nak tunggu blog ni
cecah usia satu empat tiga
one four three
kenapa?ada apa dengan itu?
nak tahu?
betul?
hoho


1=I 
4=LOVE
3=YOU


haha..again 
'lame'


heyy..lantak pi lah kan..blog aku
haha
(>.<)