Thursday, January 13, 2011

nafsu lagi

Tetiba (tiba-tiba) je rasa nak makan ais krim
mana pula nak makan ais krim kat office ni
tunggu balik nanti lah
beli ais krim then campur dengan biskut Oreo
tak pun beli ais krim potong
sedap juga tu
lama tak makan
boleh buat macam ni..hoho

heyyy ..jaga makan weyyy
kang badan macam dipam-pam nantiiiiiiiiiiiiii
badan awak tu bukan jenis senang nak turun berat
haiss.. (o.O)

nak tahu tak?
tak nak pun kena tahu juga sebab dah baca kan..hoho
minggu ni perut sangat aktif bekerja 18jam
aku makan banyak
dari pagi pergi kerja sampai lah dah balik rumah dan sebelum tidur
gila kan
haha..lepas tu boleh tanya lagi
kenapa tak kurus-kurus macam Angelina Jolie (-.-")

minggu ni aku tak puasa langsung
minggu lepas puasa sehari je
okay.itu minggu lepas punya citer (cerita)
sekarang nak citer untuk minggu ni
disebabkan tak puasa
maka nafsu tanpa segan silu
ingin menguji tahap kesabaran diri untuk diet
dan juga metabolisma badan
oleh itu diri ini seperti sudah tewas sebelum perang
dengan relanya pergi membeli makanan
seperti hendak pergi berpiknik *bak kata officemates*.
nak tahu apa yang dibeli oleh si tewas ni?
sila scroll ke bawah lagi..ececeehh

mari mulakan dengan hari...

Isnin:
-breakfast: nasi lemak BERSAIZ KECIL .memang kecil okay..so tak apa kalau nak makan pun..
*kata kata supaya tak rasa bersalah terhadap diri sendiri* (-__-)
-Time to time *mengikut kepada bekalan yang disediakan* : karipap pusing berinti sardin, daging dan ayam (3 jenis) yang BERSAIZ KECIL ada 6 ketul, karipap biasa bersaiz biasa ada ..err..tak ingat berapa ketul,maybe 2 atau 3 macam tu dan buah mangga 2 paket. Bekalan ini tahan sehingga habis waktu kerja ye harap maklum iaitu pukul 5 petang ke atas.

Selasa:
-breakfast: nasi lemak BERSAIZ KECIL juga, cuma lebih kecil sedikit dari semalam/hari Isnin punya.
-Time to time *mengikut kepada bekalan yang disediakan* : buah mangga 2 paket, karipap biasa ada beberapa ketul..haha

Rabu:
-Breakfast: Buah Mangga sepaket
-Lunch: Mee goreng *beli untuk breakfast tapi sebab dah tak sempat so makan waktu tengahari*
-Time to time *mengikut bekalan yang disediakan* : karipap pusing BERSAIZ KECIL seperti biasa berinti sardin 4 ketul dan daging 3 ketul serta tidak ketinggalan buah mangga sepaket.

Khamis:
-Breakfast: Buah Mangga sepaket dan meehoon goreng dengan sambal ikan bilis.
-Time to time *mengikut kepada bekalan yang disediakan* : karipap pusing berinti sardin yang BERSAIZ KECIL ada 5 ketul, karipap biasa bersaiz biasa ada 3 ketul, kuih keria *yang macam donut tapi dibuat dengan ubi* ada 2 ketul dan buah mangga sepaket. *sebab sepaket tadi dah makan time breakfast.

Banyak tak..?tak laaaaaaahhhh
sebab kuih semua tu makan
sedikit demi sedikit
bukan sekaligus
demi menahan diri dari mengantuk
dan makan setiap waktu perut meminta
eh eh..tak..
makan waktu nak tahan mengantuk..
dah cakap tadi kan
nak tahan mengantuk..
betul..tak tipu
(>.<)


Wednesday, January 12, 2011

bosan

bosan.ya.aku sudah bosan.
buat baik orang pijak kepala
buat jahat orang tak habis-habis mengata

bosan.ya.bosan lagi
nak buat itu ini
tapi semua tak kena serba serbi
ada je yang tak sempurna di hati.

bosan.ya.teramat bosan
bila dah rancang tak menjadi
yang selalu dengar kat telinga ni
"sabar" dan kena usaha lagi..
agak-agak la wey
buat apa nak merancang kalau tak menjadi?

bosan.ya.salah aku bosan.
aku tak salahkan sesiapa
apatah lagi Yang Maha Esa
sebab semua keburukan datang dari aku jua
jadi yang membaca kat luar sana
tak payah nak sound aku dengan sekasar bahasa
aku masih ingat dan sedar tantang apa yang aku perkata.

peringatan terhadap 'salah-satu-punca-kebosanan'
kau jaga hal kau
aku jaga hal aku
kalau aku tak kacau kau
kau boleh diri jauh dari aku,hal aku,hidup aku.

THANK YOU!!

Tuesday, January 11, 2011

wahahaha..
sejak wireless di rumah ku telah dipotong
atas alasan
"tak ada siapa pun kat rumah yang nak pakai internet 24jam"
-->ibu ku<--
"bukan masing-masing ada broadband ke? buat apa wireless.membazir."
-->ayah ku<--
"betul juga tu.bukan pakai sangat pun"
-->abang ku<--
"tapi..tapi..tapi.. "
-->aku, tanpa sempat habiskan ayat..<--

maka ..sekarang.waktu ini.
broadband la penyambung utama kecintaan ku terhadap internet.
daku setia menggunakan khidmat broadband Celcom
konon-konon nak senang sebab number phone pun pakai Celcom
akan tetapi
apabila bil broadband ngam-ngam sebulan tak bayar
terus dia potong tanpa belas kasihan
tidak macam perkhidmatan lain
yang selalunya akan menunggu seketika sebelum memotong talian
jadi
akibat itu
daku terputus hubungan dengan dunia internet
termasuk hari ni dah dekat seminggu sob sob T.T
tabah mengharungi hari tanpa online facebook.

ni pun online via the office internet cable
ampun boss..tapi kerja saya dah siap before dateline lagi an.
ngee (>.<)

Thursday, January 6, 2011

rindu mereka

ishh ishh..
macam dah berbulan tak jumpa kan
tapi siyes aku rindu korang
korang tak rindu aku ke..ehe

lokasi: Jaya Jusco Bukit Tinggi,Klang
masa: agak-agak petang gitu
tujuan: hang-out
dari: diorang dari kenduri kahwin, aku dari tempat kerja
hari: Sabtu
mood: gila gila happy (>.<)

first pic sebab dah tak ada idea nak buat apa

second pic bila dah tak tahu nak fikir nak pergi jalan mana

akhirnya bergerak jua menurun escalator

singgah sekejap ..ya..itu lah dia keputusannya tentang diri ini

semangat kenduri ..haha

tapi aku nampak diorang macam ni..comel kan..ngee

tangkap gambar lagi

konon-konon je..haha

with Syarfinaz a.k.a Pinat

with Sarah

with Hazirah a.k.a Jirah

kawan siapa ni..ngehee

ceria

Nat..ko pandang aku ke mana sebenarnya?

weird faces..ehe

aiseh..gelap pula

dengan muka bersungguh ha

ok.this is much better

eh..usha siapa tu

tak tak..tak usha siapa siapa

say..teethhhhhh

dah boring dah tu

tapi tangkap gambar tak boring

rancak borak...

apsal buat muka ayu sarah..nampak dah muka pelik aku

ok.dah nak balik.

before melepaskan Sarah pergi

tak pergi mana pun..hantar balik rumah je

uik..simbol jari apa tu Sarah..haippp

really rindu korang..sob sob T.T

~to be continued~