Wednesday, February 16, 2011

buntu

Bila aku duduk seorang diri
aku terfikir
apa yang selama ni dah aku lakukan

Niat aku hanya nak membahagiakan semua orang
semua pihak yang aku kenali
yang aku sayangi
yang aku letak istimewa di dalam hati
tapi still
end up nya
akan ada yang terluka
dan mungkin sangat-sangat terluka
sebagaimana yang pernah aku lalui
dan atas sebab itu aku tak mahu menjadi punca atas 'luka' orang lain.

Namun, tanpa aku sedari
akan tetap ada yang terluka
mampu ke aku mengecapi bahagia ku atas kesedihan orang lain?
mampu ke aku ingin bersikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain?
tak..aku tak mampu..
kerana aku bukan begitu
tetapi akan ada yang menyuarakan
kenapa perlu difikir hati orang
jika hati sendiri tiada siapa yang kisah?

Aku buntu.
sangat buntu.

Walaupun mereka yang pernah lukakan aku
masih, jika aku mampu untuk menjaga hati mereka
akan aku lakukan untuk memastikan gembira itu tetap ada
dan agak susah untuk aku membalas balik luka yang aku alami pada mereka
sekalipun kesan luka masih ada dan bertambah dalam hati ku
hingga lah satu ketika
waktu dan keadaan menguji ku
seakan samar memaksa aku memilih
mementingkan hati ku sendiri atau mereka yang aku sayangi
membuatkan aku terasa diri ini begitu jahat
jika aku salah membuat keputusan.

Apa yang perlu aku lakukan?
harapan dan impian terpisah antara khayalan.
siapa sebenarnya yang jahat?
aku?
mereka?
atau keadaan?
yang nyata
yang baik datang dari Allah
yang buruk itu dari diri ku sendiri
namun
hati ku sebak
dan aku buntu
tetap buntu..

0 comments: