Thursday, February 3, 2011
Hari ni 3 Februari..bersamaan Tahun Baru Cina a.k.a tahun Arnab untuk tahun 2011 ni. Nothing much to tell actually. Banyak perkara yang jadi. Paling mencabar semestiya mengadap perkara-perkara yang menyedihkan..Okay. That's personal. Kang citer kat sini kang ada yang juling mata nak baca..tak kurang juga yang akan jadikan isu tu sensasi untuk disebarkan *macam lah aku ni artis kan..tak payah nak susah-susah gosip sal aku la kan*..di samping menyumpah seranah sebab baca entri blog yang dirasakannya membuang masa *okay, so aku warning awal-awal, ni blog personal..sila out sekarang kalau agak-agak rasa diri tu nak cari bahan bacaan lain* . Noktah. Emo pula.
Sebenarnya kan..tahun arnab ni buat aku rasa sedih sangat sebab buat aku teringat kat baby arnab yang pernah ku bela seperti mendukung Bunny yang berat..eh eh..seperti manatang minyak yang penuh. Untuk sesiapa yang pernah baca entri-entri blog ni dolu-dolu, mesti dah tau. So..aku tak nak cerita perkara yang sama ulang-ulang kali but still nak luahkan perasaan juga dalam blog ni. Hey..suka hati la kan..blog sendiri kan...
Anyway..klik la sini kalau-kalau rasa nak tahu story about Kiddy and the moment I can't stop missing him ..last but not least I still..missing him..even more day by day.. as time pass me by.
Bila dah emo ni..mesti tacing.. bila dah tacing..mesti kenangan lalu mengusik hati..bila hati dah terusik..lalu airmata mencurah-curah..ciss.. macam drama swasta. Tak salah kan nak sedih..atau nak nangis. kadang-kadang je bila rasa dah tak tahan nak pendam ke apa kan. Bukan selalu pun. *ye ke bukan selalu?* hoho.
Dengar-dengar ramai yang cuti sempena Tahun Baru Cina ni. Yang lagi banyak bercuti ialah orang Melayu kita. Dia pun nak bercuti juga. Alasan klise, bukan senang nak dapat cuti lama, alang-alang cuti tu guna sepenuhnya nak spend time with families..Okay..faham. Tak nak komen banyak-banyak. Tu hak masing-masing. Aku pun nak juga pergi berjalan-jalan acah-acah backpacker gitu. Alang-alang tengah cuti lamaaaa ni..haha. Kenapa aku cuti lama? Yang tertentu sahaja tahu.
Tetapi..seperti yang diketahui sekarang ni musim hujan tanpa henti dan menyebabkan banjir di sesetengah kawasan selatan tanah air seperti Johor. Tu yang paling top dalam berita. Tempat lain kurang pasti tapi ada juga la kategori banjir air melimpah-ruah masuk rumah sampai nak kena pindah ke tempat perlindungan. Jadi, bencana atau dugaan ni tak seharusnya dipandang remeh. Ia boleh mengajar kita atau buat kita lebih peka, lebih sedar. Nak enjoy, enjoy juga tapi jangan berlebihan. Bila-bila je perkara yang tak disangka boleh jadi, di samping untuk kita ingat-ingat sikit mereka yang dalam kesusahan. Jadi rakyat prihatin. Cewahhh..
Aku sebenarnya nak tidur ni. Semangat nak tidur awal sebab semalam tidur tak berapa nak lena. Alih-alih dah nak landing, bunyi mercun dekat-dekat area rumah ni kemain la macam nak berperang. Pakai meriam ke apa? Dah macam bunyi sebelah telinga je dia punya kuat tu okay. Serius. Dah tu, apa lagi..terpaksa la belek laptop ni. Belek punya belek jumpa pula info-info yang tak berapa seronok nak tahu dan tambah lagi TERtengok pula gambar-gambar dan video Kiddy. Terus tacing..sob sob. *noob kan* T.T
Sekarang ni keadaan 'perang' di luar sana macam dah cool down sikit je..?tinggal bunyi mercun halus-halus je. Dah mcam boleh masuk tidur sekarang je? hoho..finally..time to zzzzzzzz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment