Monday, February 14, 2011

sedih..lagi


tak tahu nak kata apa
semua rasa serba tak kena
sedih tiba-tiba
sebak datang mengusik jiwa
apabila ditanya, kenapa?
ku jawab bersahaja, tiada apa-apa.

orang kata senyum itu sedekah
tapi senyum terpaksa dikira juga kah?

cuba sembunyi apa yang ada dalam hati
menahan pedih yang tak terperi
apa lagi la dia ni?
soalan itu dituju padaku acap kali
bila aku cuba menyampaikan selang seli
mengikut kesesuaian waktu agar dapat difahami
tetapi
apa yang ku dapat hasil sifat memerhati
bukan semua orang tahu untuk menghargai
apatah lagi
insan yang berjenis Lelaki

maaf, bukan niat untuk menjatuhkan hukuman
atau pandangan sinis kami orang Perempuan
tapi cuba lah kamu bayangkan
apa yang telah kamu lakukan
kenapa kerap kali kami kamu siakan
tambah lagi apabila mula dibanding-bandingkan
ehh..macam la orang lain tu bagus sangat kan

kami punya kekuatan sendiri
mungkin itu yang kamu tidak sedari
kerana mungkin sudah sejak azali
hanya yang bertuah dapat memahami
merasai
serta memiliki
cinta dan diri kami
sebagai melengkapi
tulang rusuk sang suami
apabila bergelar isteri
atau ibu mithali
kepada anak-anak yang bakal menyusul nanti
insyaallah jika ada rezeki
yang Allah bagi..

namun, kini
masih di sini
merasa sedih..lagi.
isk.


0 comments: