Thursday, February 17, 2011

A.I

Tahu tak A.I itu apa?
Artificial Intelligence.
Ya..itu juga salah satu subjek yang ku ambil masa di Universiti.

Okay..bukan nak bercerita pasal itu.
Sebenarnya, sekarang ni tengah tengok movie bertajuk A.I *Artifial Intelligence*
yang mengisahkan tentang robot budak lelaki
yang ingin mencari pari-pari supaya dapat menukarkan dia
menjadi seorang budak lelaki yang sebenar.


Synopsis 1:
In the futuristic tale, a highly advanced robotic boy named David is 11 years old. He weighs 60 pounds. He is 4 feet, 6 inches tall. He has brown hair. His love is real. But he is not. He is a marvel of cybernetic progress who really only wants to be a real boy, loved by his mother and his father in that happy place called home. But David journeys out into the forests to find a way to become a real boy.

Synopsis 2:
In this futuristic fairy tale, "David", a highly-advanced robotic boy, hopes to become a real boy so that he can win back the affection of the human mother who abandoned him. Like Pinocchio, he goes on a long journey hoping to find his "Blue Fairy," who can make his dreams come true.

Synopsis 3:
In the future, artificial intelligence has involved in such a way that a family can now accept a near to life like child. This is exactly what the Swinton family does, but when things get worse for the relationship between the family and this new child, they send it out to survive on its own. With only the name David and a passion to become a real boy, the child becomes friends with Gigolo Joe and sets off to make it become a reality.

Macam cerita Pinochio.
Movie ni rasanya mengambil juga sedikit sebanyak plot cerita Pinochio
tentang keinginan menjadi budak lelaki.
Cuma dalam keadaan teknologi canggih
dan zaman yang maju.

Agak sedih juga jalan cerita nya..
sebab..menunjukkan betapa kasih sayang tu
mampu memberi kita semangat serta harapan
dan tak kurang juga pada buta yang menilainya
memang tak akan tahu untuk menghargai..

----------------------------------------------------------
okay.cerita dah habis.
sedih sangat okay.
ke aku yang hati lembut sangat ni?
muka budak tu berlakon
sangat real..sangat menjiwai watak.

yang aku faham
cerita ni tentang a couple yang ada seorang anak lelaki, Martin
yang sakit dan dikhuatiri tak akan sembuh
jadi si suami , Henry ambil robot budak lelaki named David
untuk kononnya ganti anak lelaki mereka
dan juga menggembirakan hati si isteri, Monica.

Monica dah mula sayang David macam anak sendiri
tetapi tak sangka satu hari si Henry dapat berita
yang anak mereka si Martin dah sedar.
Tak lama kemudian, si Martin makin sembuh.

Jadi segala perhatian ditukarkan semula pada Martin
membuatkan si David mula rasa disisihkan.
Martin mula cemburu bila dia rasa David tu nak cuba dapatkan perhatian Monica
lalu Martin hasut David buat perkara-perkara yang tak baik
tapi as you know, robot kan.
mana nak tahu beza betul atau salah.

Oleh itu, Monica membuat keputusan untuk membuang David
setelah dihasut suaminya, Henry kerana konon risaukan
keselamatan anak mereka.
David ditinggalkan di hutan bersama Teddy, anak patung beruang
yang berteknologi tinggi dan boleh berfikir macam David juga.
At least David tak keseorangan kan.

Jadi dari situ
pengembaraan David bermula unutk mencari
pari-pari biru untuk menukarkan dia menjadi real boy
seperti cerita Pinochio yang pernah didengarinya
satu ketika dulu semasa Monica membacakan bedtime story kepada Martin
dengan harapan supaya dapat membuatkan Monica menyayanginya semula.

Akhir sekali
David dapat jumpa pari-pari biru
di dasar laut
dan sejak itu dia tidak putus-putus berdoa
dan meminta pada pari-pari biru tu
untuk tukarkan dia menjadi real boy
dan yang buat sedih tu
dia tak tahu pun pari-pari biru tu
hanya patung.

2000 tahun berlalu..
*2 ribu tahun okay*
Alien jumpa David dan teddy
dalam kapal..apa entah nama kapal tu..
zaman ni manusia dah tak ada.
Dah pupus.
Jadi Alien sangat menjaga David
as David tinggalan manusia yang unik.

Disebabkan itu
Alien-alien tu nak buat David gembira
sebab mereka dapat baca fikiran David
dan kegembiraan pada David hanya lah berkaitan mak nya, Monica.

David minta supaya mak nya dihidupkan semula
tapi Alien kata susah sebab perlukan DNA atau sampel dari tubuh manusia.
David dah mula hilang harapan
sebelum Teddy beri rambut Monica
yang David pernah potong dulu.
*selamat teddy simpan kan*
jadi Alien pun hidupkan Monica semula.

TETAPI
Monica hanya boleh hidup sehari sahaja
kerana eksperimen Alien untuk menghidupkan
kehidupan yang sudah lama mati tidak berjaya
oleh itu, tempoh paling lama boleh bertahan
adalah sehari.dari pagi sampai malam..
bila masuk tidur je, Monica tak akan bangun semula.
kira tidur dan terus mati semula.

Jadi David terima
dan menghabiskan sisa waktu terakhir tu
sebaik mungkin..
sampai lah waktu malam menjelma
dan waktu untuk tidur pun sampai.

David menyelimutkan mak nya penuh kasih sayang
dan apa yang diimpikannya tercapai
apabila Monica memberitahu
yang dia sayangkan David.

okay.stop.I cried.
okay.itu lah dia sinopsis buatan sendiri.
dah boleh masuk tidur sekarang.
*tahan nangis.tahan nangis*
T_T

0 comments: