Friday, June 24, 2011

Okay. Alang-alang aku tak boleh tidur ni, baik buat blog kan.
At least nampak la usaha nak naikkan trafik 
dan tambah followers atau visitors.eh. 
("-__-")
*sarcasm*

Asyik-asyik cerita tentang
Trafik trafik..asyik-asyik sibuk nak kejar trafik.
Lagi best kalau bab nak menambah follower/s dan visitor/s,
kau punya atau aku punya lagi ramai.Kemain.
Boleh tambah earning ye dak? Masyuk laaa kan.
Sat sat..wet se menet (wait seminit) haha.
Aku nak tanya ni, itu je ke tujuan orang nak berblog ni? 


Ada yang jenis kemain kerek kata..opss no, tulis 
*blog kan..nak kata apa bukan boleh rakam pun..sighh*
"ni blog aku, suka hati aku nak tulis apa. Tak suka ,gi klik pangkah merah kat atas tepi tu"
eh, emo pula,tak nak orang baca kau pergi private kan lah blog tu kan
tak pun jangan buat entri yang bukan-bukan kalau tak nak ditegur,
kalau yang statement lagi kerek,
"dah jadi followers tu tinggalkan lah jejak kat komen tu. Kalau setakat jadi silent readers baik tak payah"
ehh kau ni, dah cukup baik aku nak jadi follower kau tau,cis
dan lagi kerek tahap kerak bila,
"kalau tengok tak aktif komen tak ada interaksi *konon-konon*, 
nama atau profile korang akan di'delete atau di'block dari followers list tu"
eh..eh..dan ehh lagi. 
Sedap kau 'sound' orang ye. Artis ke? Bajet sikit.
Lempang sedas dua sampai berpusing-pusing nak? haha
Tacing pulek aku ni.

Itu ayat-ayat mereka yang aku agak tak berapa nak femes tapi baru-baru nak up,
baru-baru nak kejar trafik, follower dan entah apa lagi nak dikejar.
Siap nak paksa orang tinggal jejak bagai
jadi followers sejati semua, kena respon kat penulisan kau yang picisan tu.
Dan macam-macam lagi.
Eh. 
Itu yang baru-baru nak femes. Yang dah jadi blogger femes tu?
Boleh lagi bongkak lah? 
*Pang*

Okay.Okay.Cukup.
 Aku merapu tentang hal trafik dan followers semua ni
sebab
banyak yang aku jumpa masa berblog-walking
semuanya..no, kebanyakannya
akan pertikaikan tentang trafik dan followers sesebuah blog.

Sebagai contoh yang dipertikaikan:

Macam mana nak naikkan trafik dan tambah followers
supaya blog korang tu tak dicop sampah atau tak best
oleh orang-orang atau blogger-blogger lain 
di samping boleh mengaut keuntungan iklan-iklan Nuffnang atau apa saja.

Atau:

Pentingnya populariti blog supaya 
korang boleh rasa best dan berlagak dengan orang lain
yang hegeh-hegeh baca blog korang dan tegur korang
tapi lepas tu korang boleh buat derk dan 
hanya layan yang sekufu femes je dengan korang
dan buat diorang rasa diorang tak layak atau tak sama level
dengan korang yang acah-cah femes tu.

Atau:

Macam mana korang boleh menambahkan komuniti blog
disamping korang boleh dibenarkan mengutuk dan mengata 
tentang para blogger picisan yang tak femes 
sebab korang tahu korang ada followers
yang boleh back-up dan puji korang
bila ada entri-entri serang-balas-macam-dalam-perang.

Atau:

Betapa pentingnya trafik dan followers untuk blog kita
sebab nak merasa hasil kerja dihargai
kalau tak
blog kita ni seolah-olah ibarat hidup segan,mati tak mau. eh.

Atau:

Apa pun alasan korang nak berblog
orang akan judge blog korang ni sampah and whatsoever
bila tak ada komen dari pembaca
dan trafik yang slow
dan followers yang tak ramai dan tak setia.
(maksud tak setia adalah, tak baca pun entri blog tu, just jadi follower je)
jadi hadap lah
kena kutuk atau di downkan dalam dunia blogging ni.
Harharharamm.

Dan macam-macam lagi tanggapan dan pertikaian yang tak sudah.

Haha. Aku mampu gelak je.
Bagi pandangan aku,
elok-elok nak rileks-rileks enjoy menulis
dah kena terikut budaya kejar trafik,kejar follower, kejar earning
entah apa macam lagi nak dikejar
semata sebab nak jaga air muka.eh.bukan. halaman blog.haha

Ni berdasarkan pemerhatian aku dan blogger-blogger 
yang baru nak merangkak *macam aku* dalam dunia blogging ni
dan yang kadang-kala buat blog ni hanya sekadar platform untuk bercerita
atau meluahkan rasa dalam hati *ehem*
sebab tu tak kisah ada ramai followers ke tak,
kalau ada, Alhamdulillah.
kalau tak ada, kesian kena cop sampah dan tak femes. 
*menci tau.haha*

Tak adil kan.
Kenapa mesti nak letak tahap atau taraf standard 
dalam hal nak berblog apa benda semua ni.
Duniawi je semua ni..*ecehhhh..haha*

Kalau kau suka nak femes bagai dalam dunia blog ni
sebab tak ada siapa kenal kau kat dunia realiti, kau buat lah apa kau nak.
Kau nak kejar trafik ke apa lanc*u, kau buat lah.
Tak payah nak drag semua orang nak berlumba dengan kau
semata-mata kau nak rasa seronok ada orang lain buat macam kau juga.
ohh..kau kan TAKUT SANGAT SYOK SENDIRI.
*haa..kalau ni kena kat kau ok juga kan?duhh*

Tension pula tetiba.Kenapa?
Sebab, bagi aku
aku menulis nak rasa rileks
nak membebel apa-apa yang tak penting,
nak bagitahu secara tak langsung apa yang ada dalam hati aku
apa yang jadi dalam hidup aku
sesiapa yang kenal aku
dan terlibat dalam kisah hidup dan hati aku
diorang baca dan diorang faham,
itu dah memadai bagi aku,
dan kalau ada pembaca luar yang tak kenal aku
yang sudi baca dan apa yang aku tulis boleh buat diorang terleka
dah cukup bagus untuk aku.
Especially silent readers. Aku hargai je.
Sebab aku pun suka jadi silent readers
bila baca blog orang dan dalam hati puji, 
"bagusnya kelebihan dia ni Allah bagi, bijak dengan kata-kata penulisan"
Dah orang tu dapat pahala.eh ke aku?haha..mana-mana je.


Sama macam konsep kalau kita dalam perpustakaan kan,
baca buku tu best senyap-senyap je,
dah habis baca,letak balik kat rak,
(konsep silent readers)

kalau rasa nak rekemen kat orang untuk baca, boleh juga buat
tunjuk buku tu dan kata
"bagi aku best, kau try lah baca"
dah ok la tu kan?
(konsep berblog-walking tinggalkan link)

tak ada lah dah sampai perlu jerit,
kepoh heboh
 "hey, buku ni best lah, jom lah baca" 
tambah dengan
"tapi hanya orang best je boleh baca buku best ni
orang tak best boleh pergi mati" 
Eh?what the?teetttt.
(konsep blogger berlagak-tak-hengat-punya)
(-___________-")

Apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya?
haha..dah mengantuk ni.
the main point is
tentang trafik ke
follower blog ke
apa jadah pencapaian semua tu
ada orang jenis kisah
dan ada orang jenis tak kisah pun
niat masing-masing la nak buat sesuatu tu macam mana
dan tolong la
jangan jadi tipikal Melayu
yang suka nak kondem orang
nak kutuk orang
nak down kan orang sebab nak rasa diri tu up tinggi melangit
tak payah nak agung sangat pasal blog ni
nanti waktu kiamat nanti
aku tak tahu la blog ni membantu kita
macam mana Al-Quran bantu kita kan
so, pada-pada sudah
jangan cari dosa bergaduh dalam blog
buat entri serang balas 
orang yang memerhati ramai..i mean, yang membaca
jadi jaga diri sendiri sudah lah kan.

Ya, I know
karang ada lah kata kat aku
"kau tak femes boleh lah kau kata macam ni,
nanti kalau ramai follower dan trafik blog naik, suka juga"
Ya, aku mengaku, mesti lah aku suka kalau trafik aku naik
follower sejati ramai
tapi tu tak bermakna aku boleh atau perlu
buat perangai tak semenggah
downkan blogger-blogger lain yang picisan atau baru-baru nak berjinak dengan blog
dan cop mereka tu hanya punya blog sampah atau apa segala kutuk lagi.
Perlu ke? Tak kan. 
Dah tu, duk diam-diam tak boleh?

0 comments: