Thursday, June 9, 2011
Macam sedih tajuk hari ni kan?
ya..memang sedih.
Means that itu satu amaran pada orang yang nak membaca,
entri hari ni mungkin buat orang rasa nak muntah atau jelik,
jadi sila tingggalkan page ni dengan segera
jika tak nak effected.
Aku ni...dah banyak tempuh pengalaman hidup
yang selalu mematangkan aku tetapi dengan cara yang susah
like people always said, learn by the hard ways.
Ya..that's' me.
Sehingga aku rasa Tuhan tak akan beri aku cara yang mudah
atau kurang sakit untuk menempuh hidup ni. Kenapa?
Aku sendiri tak punya jawapan itu.
Aku kan kalau sayang orang (selain keluarga)
ada peringkat/kedudukan yang akan aku tetapkan untuk mereka dalam hati.
Kawan-kawan, sahabat/bestfriends, binatang peliharaan, kekasih hati
semuanya ada kedudukan yang tersendiri
supaya tak ada yang akan perlu keluar dari hati aku
untuk berebut tempat yang sama.
Seperti orang selalu kata cinta itu luas dan
aku gunakan keluasan itu untuk berkongsi dengan semuanya yang aku sayang
tetapi perlu ingat, bukan semua orang mampu dapat tempat/kedudukan itu
dalam hati aku. Hanya yang cukup bertuah.
Dan ada kalanya yang sangat-sangat bertuah.
Tetapi, adakah orang yang aku sayang itu
buat yang sama padaku?
Meletakkan aku di tempat tinggi sebagaimana aku letakkan mereka?
Haha..aku hanya mampu tergelak *sinis*.
Seperti semua orang juga
tempat yang top dalam hati semestinya kekasih hati,
kenapa? Sebab kita harap mereka lah yang akan ada
untuk kita dunia akhirat jika ada jodohnya.
Si dia itu racun dan juga penawar,
they hurt us and only they can cure us.
Tapi boleh ke 'luka' itu sembuh sepenuhnya
jika luka itu terlalu dalam?
Depends.
Aku ni kalau bercinta tujuan untuk sampai kahwin,
yang mana aku serius dalam hubungan tu.
Tapi yang ironi nya,
sampai sekarang tak kahwin-kahwin, tunang pun tak,
cincin merisik pun tak ada kat jari ni haa...
haha..sekali lagi aku rasa nak tergelak *sinis*.
Dan bila putusnya sesuatu hubungan
kerana aku tak mahu lagi terikat dengan perkara yang tak pasti,
mereka katakan aku curang, punya pengganti,
punya teman kala aku kesunyian, bla bla bla..
hanya nak menutup kesalahan sendiri.
Pernah tahu waktu aku rasa sedih seorang dalam bilik
tapi keluar bilik kena pura-pura senyum depan keluarga supaya mereka tak risau?
Pernah tahu waktu aku menangis bagai nak berdarah mata
tapi bila depan orang aku senyap seribu kata?
Pernah fikir macam mana rasa hati itu hancur sakit tak terkata
dan aku jadi gila meletakkan sakit itu pada fizikal ku gunakan pisau
dengan harapan sakit di hati itu berkurangan?
Pernah fikir macam mana aku terpaksa kuat, berlagak kuat
supaya aku tak menangis kesedihan depan orang yang tidak aku kenali
kala aku berjalan seorang diri?
Pernah tahu aku terpaksa buat-buat ketawa depan kawan dan sahabat ku
kerana aku perlu cuba untuk lupakan sakit yang ada dalam hatiku
tapi masih lagi gagal dan air mata mengalir kala aku ketawa berdekah-dekah?
Pernah sedar kenapa dulu aku gemuk dan sekarang semua orang kata
aku kurus tinggal rangka yang besar dan aku boleh senyum lagi?
Pernah fikir kenapa ku mampu bertahan hidup hanya minum air dengan tak makan
walau berminggu berbulan lamanya? Makan hati sendiri..kenyang lah. Haha *sinis*.
Pernah ambil tahu semua tu?
Tentang keadaan sebenar aku?
Tak..aku pasti jawapannya tak.
Yang mereka akan kata,
"tengok ok je",
"happy je dengan kawan-kawan"
"sihat je"
"boleh je hidup"
dan macam-macam lagi.
Haha..aku letih lah.
Sangat letih sebenarnya.
Penat tau bila hubungan bertahun tak jadi.
Kawan-kawan kau akan salahkan aku
sebab mereka akan kata
"eh, dia bukan macam tu lah",
"eh, setahu aku dia jenis setia"
dan bla ,bla, bla..
Memang lah.
Perangai kau masa dengan kawan kau
lain,
dengan aku
lain.
Tak apa lah.
Aku dah pasrah, tawakal dan redha.
Setelah aku menjauhkan diri
kerana 'luka' yang aku perlu sembuhkan sendiri
dan mereka datang pada ku untuk memberitahu :
"hey, aku akan bertunang tapi dalam hati ku masih ada kau",
atau
"aku punya kekasih baru tapi aku tetap sayangkan kau",
atau
"aku inginkan kau tapi dia berharap pada ku"
atau yang paling terbaiknya,
"aku akan berkahwin tak lama lagi tapi kau tetap yang terbaik untuk ku".
Haha..nah, lihat sendiri.
Aku atau mereka yang sebenarnya yang ada pengganti?
Aku atau mereka sebenarnya yang curang?
Aku atau mereka sebenarnya yang tidak menghargai?
Okay, aku terima.
Mungkin aku ni bukan yang terbaik.
Lalu aku dengan naifnya meletakkan salah
kegalan hubungan itu pada bahu ku.
haha..tapi rupanya..
ada yang menyampaikan
"mereka tu dah lama bersama sebenarnya",
"dia menyalahkan kau kerana terlalu lurus setia mencintai
dan dia bosan dengan keadaan itu",
"dia kata kau terlalu baik"
dan entah apa-apa lagi lah.
Mulut orang.
0 comments:
Post a Comment