Tuesday, June 28, 2011
otak untuk sayang dan benci sebelah sebelah je
jadi boleh sayang dan juga boleh membenci
sebab tu orang dulu-dulu kata
"jangan benci sangat nanti jatuh sayang"
dan
"jangan sayang sangat nanti boleh jadi benci"
teori orang-orang yang dah lama hidup kat dunia ni.
Layan kan aje.
senang nak buat orang benci kita
tapi susah nak buat orang sayang kita
lagi-lagi nak buat orang setia.
Pernah kau hargai orang yang sayang kau?
dan dalam masa yang sama kau selalu sakitkan hati dia?
you are a dumb person, if , kau rasa
buat orang 'hurt' tu tak ada apa-apa
padahal orang tu dah kemain la nak jaga hati kau
ikut kata-kata kau
korbankan apa dia nak sebab kau
tak nak kau bising
tak nak kau rasa tak penting
taknak kau susah semua
tapi end-up kau buat dia 'hurt' juga
paling teruk bila kau kata dia pula yang salah
terang-terang kau yang buat dia
tapi yang peliknya
semua orang macam diam je
iyakan aje apa kau buat
makin galak lah kau rasa kau je betul kalau macam tu kan.
Sungguh aku tak faham.
'Terima kasih' la pada orang-orang sekeliling kau. (-_-")
Setiap orang ada perangai sendiri
aku terima kau
kau terima aku
senang kan, adil.
Kenapa mesti nak terima kau je buruk
tapi aku nye buruk kau tak nak tolak ansur langsung?
kata tak ada siapa yang sempurna kan?
Dah tu apa yang kau cuba buktikan dengan sikap konon-konon perfectionist tu?
Bila belahan diri rasa nak marah
tapi belahan lagi satu rasa tak boleh nak marah
jadinya
KAU AKAN MENANGIS.
ya..itu lah perempuan dan begitu jua aku.
Nangis sampai mata bengkak-bengkak,
hidung merah-merah,
teresak-esak sampai susah nak bercakap,
sakit kepala yang teramat
di samping pipi basah dek airmata tu laju je macam air terjun.
Kenapa jadi macam tu?
Sebab perasaan sayang melebihi rasa sakit hati,
Dan tak mampu nak terangkan bagi orang faham.
bila dia buat kau rasa
Bila keliru, tu yang jadi haru-biru.
Samada kau nak jadi jahat
iaitu sakitkan dia balik ke atau minta bukan-bukan jadi kat dia
atau jadi baik, redha je pada apa yang Allah dah tetapkan.
Tapi, in the end
bila kau mula masuk deep down dalam diri kau yang terluka tu
yang kau nak sorok dari semua orang tu
kau mula sedar
tak ada apa yang lebih baik
dari menjadi diri sendiri.
It is his/her lost for taking you for granted
but for sure
there will be someone who would appreciate every single bit about you.
Allah itu adil, jangan sangka buruk padaNya.
Manusia yang selalu berlaku tak adil.
Seperti pepatah lama,
"dalam setandan pisang takkan kesemuanya busuk
mesti ada di antaranya yang masih elok untuk kita,
sabar dan berusaha lah, kamu pasti jumpa."
Labels: courage/semangat, love
0 comments:
Post a Comment