Thursday, June 16, 2011

woot woot

hye akak ku Jennifer Lopez.
kita nampak sama..eh

haha..apa hal tetiba letak gambar dia?
kenapa panggil dia akak ku?
ngahahahaha..sebab
bentuk badan lebih kurang/jenis sama
iaitu
lower part bigger than upper part.
ada faham?
bahagian bawah a.k.a punggung, peha, dan lain-lain
lagi besar dari bahagian atas
iaitu dada, bahu, dan lain-lain.
Jadi kerana itu
tak la rasa malu sangat mempunyai badan sebegitu
kerana Jennifer Lopez dah buktikan
You can be as sexy as hell that you want
as long as you work it out!!
haha..reka ayat motivasi sendiri.
Tak ada kena mengena dengan Jennifer Lopez pun,
dia tak tahu menahu pun ayat tu.haha
(~.~,)

Okay..okay..back to topic,
sambungan dari minum yougurt perasa Jambu tu


aku tak mampu nak habiskan sekaligus
tapi
nak tak nak paksa habiskan juga
from time to time.

Kemudian makan nasi
lauk ikan (acah-acah diet protein)
dalam waktu petang macam tu
sepinggan penuh juga la
*memang kuat makan*

Kemudian malam tu
err..malam Selasa, ada pasar malam
jadi beli banyak makanan
popia,yong tau fu, jagung, macam-macam lagi
maksudnya di situ tidak la ada kekangan makanan ye
tapi tak makan nasi sebab dah makan makanan lain yang banyak tu.

Makan-makan banyak pun
tetap selit minum yogurt,
buka botol baru untuk merasa
Nestle Bliss 0% Fat perasa Peach Mango
dan keputusannya

air yogurt tu sangat sedap
cuma bagi aku yang kurang gemar manis ni
mungkin akan rasa ianya terlebih manis
tapi memang sedap dan wangi dan macam tak rasa susu je dalam tu.
*heaven*
  Oh oh..dan ianya adalah tergolong yang
0% lemak.haha

 Lagi pun buah kegemaran ku adalah buah Peach
jadi memang kesedapan Peach sangat la terbukti
dalam minuman ini
ahakz
(>.<)

Pagi Rabu
seperti biasa
ke tandas
membuang segala yang perlu dibuang
 *gross* haha.

Mulakan sarapan dengan
Nestle Bliss 0% Fat perasa Peach Mango
yang semalam punya tak habis tu
banyak lagi.
Disebabkan sangat sedap
jadi minum sedikit-sedikit
*kedekut*
tak nak habis cepat
untuk tahan stok sampai ke malam.haha

Untuk pengetahuan am
hari ni
aku tak ada berhenti makan nasi
tetap juga makan sepinggan penuh
tapi berat badan turun balik
ke berat asal iaitu 52kg
daripada 54/53kg.

Aku tak ada pergi jogging ke berlari ke apa
cuma menari sendirian dalam bilik

acah-acah peserta Showdown.*ehem*
Exercise la juga tu kan
keluar peluh dan lagi letih..hoho.
*okay..gambar tu exaggerate je..haha*

Aku rasa minum yogurt ni
macam buat aku lagi lapar
that's mean
 kadar metabolisma badan naik
*teori sendiri*
sebab..
ye lah, lapar je kan
tapi makan banyak pun berat turun
makan NASI pula tu *saja caps lock minta perhatian lebih*
tambah-tambah pula selalu ke tandas
best tak best tak?
*angguk kepala*
('-.-')

Untuk hari ni pula (Khamis)
buka botol baru lagi
seperti yang tertera..cewahh
Orange+Passion Fruit
dalam bahasa Melayu nya
Oren+Buah Markisa
yang ni
rasa nya

tapi rasa macam Oren lebih la
sama sangat rasa dengan Vitamin C
boleh lah juga nak anggap air yogurt perasa ni
macam Vitamin C yang dilarutkan jadi cecair
siapa suka makan Vitamin C tablet kunyah-kunyah tu
tau lah rasa nya macam mana.
Dan paling bagus..rasa susu tak ada..yeahhh!!
*excited lebih*
haha

Dan hari ni
macam terlebih lapar
makan NASI 4 kali,
tengahari tadi,
pukul 3 lebih tadi masa tengok drama Marimar
pukul 7 lebih tadi masa tengok episod akhir Nora Elena
(hey hey..aku tak follow cerita tu,tengok episod akhir je)
*cough*
dan lapar lagi
pergi dapur ambil pinggan buka tudung saji
ambil sayur kangkung goreng dengan ikan masin dan telur mata kerbau
*ingat nak meratah lauk je*
tetiba tangan bergerak ambil NASI..letak kicap sikit
eh eh..tersedar..
kenapa ambil nasi ni..eh eh..tak boleh ni..
eh eh..nyum nyum..eh..dah habis makan.
(-.-")
ehehee

Dan sekarang
rasa lapar lagi
woot...gila apa kan..
tak tak..tak makan dah
sambung minum yogurt dan air kosong suam.
(^.^)
kenyang..Alhamdulillah.


p/s: Gambar semua adalah dari Google.

0 comments: