Tuesday, July 5, 2011

kelakar kan?



apa yang 'kelakar' tentang kehidupan?
apabila kita buat sesuatu tu
disalahertikan
atau
apabila sesuatu itu tak jadi seperti yang sepatutnya.

contoh:
normal manusia ni
dia tak akan ingat benda baik yang orang buat
akan ingat yang buruk tu je
bak kata pepatah "kerana setitis nila,rosak susu sebelanga"
jadi, bila sesetengah orang tu cuba buat baik sabar semua
pihak lagi satu akan terus menerus menguji kesabaran orang tu
dengan cerca, sindir, kata-kata kesat, kasar, dan macam-macam lagi
sampai lah orang tu dah tak tahan dan mengamuk
kemudian selepas amukan tu dia minta maaf ,
yang buat dia mengamuk tu tak minta maaf pun sebab buat dia mengamuk
tapi lagi jaja cerita
'hey, orang tu tak baik dan memang betul kata-kata semua tu"..etc.
kelakar kan?
alang-alang kena macam tu ,lebih baik jadi jahat terus, puas hati ye dak?
how life is never fair to certain someone.


contoh lain:
kita sedih sebab kehilangan seseorang/sesuatu yang kita sayang sangat
lalu tulis ayat-ayat jiwang dan sedih kat diari atau blog *ok.terasa*
dengan harapan dapat kurangkan sedih tu lah konon-kononnya
tetapi, yang kelakar nya
bila datang orang yang tiada kena mengena baca juga
orang itu terasa atau dengan selamber nya
mengakui kita buat/tulis itu untuk dia
jadi dia memarahi tanpa asal usul periksa
dan menghentam dengan kata-kata yang buat kita terfikir
"eh, apasal pula ni tiba-tiba je".
Salah kita sebab tulis secara general/tak spesifik kata tuju untuk siapa
atau
salah orang itu yang terasa tetapi tak bertanya tuju untuk dia atau bukan
tahu-tahu je nak hentam marah-marah?
Kelakar kan?
Ok.mengaku salah je la sebab
kita tulis secara general kerana tak nak dikata macam-macam
babitkan orang itu ini
tapi bila general ada pula tak berkenaan terasa.Macam mana?
Gelak je la untuk redakan tangis hati sendiri.
atau buat entri baru .*cough*


contoh lain-lain:
bangga mengaku orang dewasa, boleh didik anak bangsa
tinggal dengan jiran yang suka bagi makan kat stray cats semua
nilai murni la tu kan tolong binatang?
lepas tu biasa lah binatang, mana boleh fikir
berak lah merata tempat, main kejar-kejar kat mana-mana je,
beranak bila dah cukup bulan,mengawan bila dah dah sampai time.
sang dewasa tu tak suka dengan keadaan tu tapi
bukan nak bincang dengan jiran elok-elok bagitau dia tak suka,
dia ikut hukum sendiri
ambil anak-anak kucing senyap-senyap
ikat,bungkus dan buang kat semak,
longkang dan ada juga nak dicampak dalam lombong/sungai.
bangga dia siap nak buat kempen pelupusan binatang
dan dia kata itu nilai-nilai murni tak susahkan jiran sebelah menyebelah,
yang jiran tu tercari-cari lah mana pergi kucing dan anak-anak kucing tu.
kelakar kan?
nak kata tak ada akal, boleh pula fikir nak jadi kejam.
nak kata tak matang, mengaku dewasa.
apakah?

contoh selainnya:
orang A kalau dengan kawan-kawan ke,
bf/gf ke,keluarga ke, orang yang baru kenal ke
macam tu lah perangai dia
tak ada cover-cover nak tunjuk macho/ayu
sampai orang kata dah macam transparent,
boleh agak dah perangai tu.
orang B lain.
dengan kawan-kawan perangai dia lain,
dengan bf/gf perangai dia lain,
dengan keluarga perangai dia lain,
dengan orang baru kenal lagi lah lain.
orang A jumpa orang B.
A memang macam tu perangai dia,
pusing-pusing pun macam tu juga perangai dia.
B? susah nak dijangka, ikut suka dia je nak jadi macam mana.
bila A dgn B gaduh, C jadi orang tengah tak sebelah mana-mana
(kata orang tengah, memang lah tak sebelah mana-mana pihak kan)
A cerita dari pihak dia, B pun cerita dari pihak dia
jadi C kena fahamkan keadaan.
tapi C kata, takkan lah B buat A macam tu sebab perangai dia tak macam tu?
A kata, memang lah sebab perangai B lain-lain. C insist , kata dia tahu B macam mana.
ok.fine enough jadi A tanya nak buat macam mana ni?
C diam. tapi A tengok C macam dah berat lebih kepada B.
kelakar kan?
ingatkan if jadi A, perangai macam tu je jadi lagi senang
tapi tengok pada keadaan B je yang senang
rileks je tak perlu fikir, duduk diam-diam.
tapi tetap dapat sokongan C.
A? kena gelak je la.
susah payah tapi tak dapat hasil.
masalah tak selesai lagi pun.
heh.

contoh selain itu:
zaman sekarang dah maju
semua nak up-to-date
jadi belajar tinggi-tinggi sebab nak sesuaikan dengan keadaan semasa
susah payah tonggeng terlentang study bagai nak rak lulus ujian
hutang pinjaman pelajaran sampai berpuluh ribu
dah berjaya genggam ijazah,pergi cari kerja
kena interview, kena sindir
graduan tak ada pengalaman kerja langsung
(memang lah dah belajar full time bila nya nak kerja),
ok lah macam tu, terima je la kenyataan kan
tak kan nak bergaduh bertumbuk dengan tukang interview tu
bukan boleh dapat kerja tu pun lepas tumbuk dia,
keluar dan tak lama lepas tu terserempak pula dengan kawan lama
ajak lepak, dia kata baru lepas interview tempat yang sama
*dengan muka cerianya* dia kata dia DAH dapat kerja tu.
cepat dapat? dia kata sebab dia ada pengalaman kerja bertahun-tahun
dari lepas pmr/spm terus kerja, tak sambung belajar.
kelakar kan?
kata kelayakan nak diploma/degree
dah sesuai kelayakan,
tapi kata tak layak dapat kerja sebab tak ada pengalaman
habis tu yang tadi minta tu boleh dapat? tak ada sijil apa pun.
tak perlu susah payah berhutang berpuluh ribu semua
kalau macam tu baik semua orang kerja terus je lepas spm kan,
tak payah buang masa ,duit sambung belajar.
apa boleh buat? ingat je lah rezeki Allah yang bagi.

contoh tak berapa nak lain:
umur makin meningkat
dah mula kumpul-kumpul duit nak rancang masa depan
tak lain dan tak bukan
tentang perkahwinan
*eh..boleh jadi pantun di situ..haha*
rancang punya rancang terperinci
tak jadi..ada orang buat hal lagi
lepas tu mula jauhkan diri
sebab jumpa je family
tak habis-habis soalan bila nak langsung ni?
sampai la umur dah masuk peringkat
'anak dara tua/bujang terlajak'
mak bapak risau lebih
yang dia buat kisah tak kisah
tapi bila seorang diri
macam-macam kat fikiran dan sanubari
tanya-tanya juga kat kawan rapat yang selalu disisi
"aku sunyi, tak ada ke nak dikenalkan jadi calon hati"
bila dah dikenalkan, pandang pun sipi-sipi
macam tak ingin.
kelakar kan?
bila ada dan nak, tak dapat
bila tak ada, mencari
bila dah ada, tak nak pula
lepas tu minta tolong orang.
tak dapek la nak nolong oii

apa lagi ek?
dengar orang bercerita tadi macam ada je idea..
dah la tu.


0 comments: