Monday, December 20, 2010
Sebenarnya kan ramai yang tak tahu tentang datang bulan
terutaman lelaki sebab diorang tak pernah kena
yang perempuan pula selalu banyak persoalan
walaupun perkara ni seharusnya lebih arif
kerana kita mengalaminya setiap bulan
dan harus ambil tahu dan ambil berat
serta kena rajin mencari info
untuk kepentingan diri sendiri.
ok.ok.enough membebel macam doktor ahh perasan
dulu pernah buat entry tentang datang bulan ni
atau lebih senang dikenali dengan Haid
atau Period
atau . . . . ~cari sendiri..ngeng~
tapi yang ni info untuk yang datang bulan 2 kali sebulan
First of all,
datang bulan atau Haid ni terjadi disebabkan pendarahan daripada faraj. Ia adalah perkara normal yang berlaku pada tubuh gadis yang mencapai akil baligh dan ia akan berhenti apabila seseorang itu mencecah lingkungan usia 50 tahun atau apabila pengovuman tidak berlaku (monopous) ~if I'm not mistaken~
Proses ini berlaku setiap bulan kerana ovari akan mengeluarkan telur. Proses mengeluarkan telur itu dikenali sebagai pengovuman. Pada waktu pengovuman, perubahan hormon berlaku bagi menyediakan rahim untuk kehamilan akan tetapi jika pengovuman berlaku tetapi telur yang dilepaskan tidak disenyawakan maka lapisan di dinding rahim akan gugur melalui faraj yang dikenali sebagai haid.
Sesetengah gadis atau wanita akan menghadapi kejang perut atau lebih dikenali sebagai senggugut, di bawah abdomen ketika haid bermula. Ini akan menyebabkan aktiviti seharian mereka terganggu kerana kesakitan yang dialami oleh wanita sebelum atau menjelang haid ialah sindrom sebelum haid/ Premenstrual Sysndrom (PMS). PMS berlaku akibat hormon progesteron yang dirembeskan selepas berlakunya ovulasi, Ia merujuk kepada simptom fizikal dan emosi. Antara simptomnya adalah keletihan, kekejangan abdomen dan sakit kepala serta masalah kembung perut disamping ketidakstabilan emosi, keresahan dan kemurungan .
Bagi mereka yang mengalami simptom senggugut/PMS, mereka perlu menghindari:
- meminum air yang tinggi kandungan kafein seperti kopi.
- makanan yang mengandungi gula terproses seperti coklat, gula-gula dan air berkarbonat kerana boleh meningkatkan kekejangan pada abdomen dan rahim selepas beberapa jam dimakan.
- makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi kerana akan mengakibatkan pengumpulan air di dalam tubuh badan dan mengundang ketidakselesaan.
- makanan yang mengandungi lemak seperti daging merah dan aiskrim kerana ia menyebabkan salur darah mengecut dan mengundang kesakitan pada bahagian abdomen.
Tetapi amat lah digalakkan sekiranya:
- sajian yang berbijirin penuh untuk mengelakkan rasa letih dan tidak bermaya.
- sayur-sayuran dan buah-buahan
- makanan yang mengandungi asid lemak omega 3 seperti ikan dan makanan yang mengandungi vitamin B kompleks .
Itu sedikit sebanyak info yang dapat daripada internet dan surat khabar.Jadi kepada kaum Hawa tu, mari lah sama-sama kita jaga diri dan 'kilang' kita..ahakz (^.~)
Labels: health/kesihatan, info
0 comments:
Post a Comment