Thursday, December 16, 2010

Nak pitam dalam tren KTM

Hari ni hari Khamis kan
Tau tak hari ni berapa haribulan?
Ya,hari ni 16 Disember
pandaiiinyerrr..haha
I mean dalam kalendar Islam.
lupa la tu an.
hari ni 10 Muharram.
dan sebaiknya hari ni dilakukan Puasa Sunat.

Semalam dah puasa.
lepas tu tak ada mood nak makan
jadi balik rumah,fetch my mum balik kerja
then mandi, minum air mineral tak sampai separuh gelas
lepas tu terus baring dan lelap mata.
My mum dah masak , my dad dah ketuk pintu bilik suruh makan
but I said makan time sahur nanti
*nak amik hati je sebenarnya, ikut kan macam tak nak bangun*
but then pukul 3 lebih pagi tu
perut gastrik teruk
badan rasa mcam nenek yang usia 88 tahun
nak gerak pun terketar-ketar
jadi nak tak nak bangun juga
menghala ke dapur
amik pinggan
amik nasi
amik lauk
amik air teh cina
minum air teh cina skit
then terus makan
sorang-sorang
eh,tak gak
si Bunny ada, cian dia kena tidur luar
selalu tidur dalam bilik my parent
at least ada teman..huahua.

By the way, terus makan
ngam-ngam rasa dah cukup makan
stop
angkat pinggan
cuci pinggan
gosok gigi
then cari baju untuk pergi kerja
then baring
then lelap jap
bangun jap
lelap jap
bangun jap
*emosi tengah tak stabil terfikir hal gaduh siang tadi*

Pukul 6 suku bangun
seperti rutin biasa sebelum pergi kerja.
Siap, salam ayah
keluar rumah
pergi KTM Klang
tunggu tren berdiri
ya..berdiri
kerana tempat duduk menunggu
untuk koc wanita dipenuhi lelaki
Ya..You read it right. LELAKI.
tak faham bahasa
atau buta huruf
atau buta warna
sebab dah terang-terang kain rentang luas terbentang
tulis Tempat Menunggu Koc Wanita
siap ada warna pink di situ.

Tak apa.
masih ada kudrat
jadi berdiri dengan kukuhnya
sambil dengar lagu using MP4 peneman setia.

Masuk tren
dengan harapan dapat duduk
sebab dah rasa mcam pagi ni
dah tak mampu nak berdiri
selama 1 jam on the way long to KL
harapan hancur
semua tempat duduk penuh
siap ada yang buat-buat tidur
supaya tak rasa bersalah
jika ada yang lebih memerlukan tempat duduk itu.
tak apa
aku pasrah T.T

Seperti biasa
semakin kehadapan perjalanan
semakin sesak manusia di dalam tren *hipotesis*
ya..sememangnya sesak gila
himpit menghimpit..aduii
I choose Ladies Coach as usuall
supaya tak perlu nak bergesel
terlanggar bahu dan badan dengan lelaki
tetapi
anda perlu tahu
ladies ni kadang kala
lebih ganas dari lelaki
dah tau tren penuh
boleh lagi tolak sekuatnya
orang yang baru nak masuk
gila hape
dan selalunya yang aku perhatikan
mereka yang melakukan perbuatan itu
semuanya berbadan gedang
bersaiz besar
dan gagah perkasa
serta kekuatan seperti badak yang ada tanduk
atau gajah yang tak cukup tempat
ok.ok. itu satu metafora sahaja
tak kutuk
lebih pada puji dan kagum kerana
mereka punya kudrat yang kuat
mungkin kerana hasil daripada
selalu tolak-menolak orang lain di pagi hari (-.-")

Aku terhimpit.
siyes nyer terhimpit.
sebelah ada girl saiz badan lebih kurang aku
jadi kami berdua tukar-tukar posisi badan
sesama sendiri untuk lebih selesa
memandangkan kami diapit lebih kurang
6 gajah tak berhati perut..ooppss..6 wanita bersaiz besar
yang tanpa segan silu lagi menghimpit bila nampak kami ubah-ubah posisi
orang nak ubah posisi bagi ada ruang nak bernafas ke apa
pantang nampak ada ruang terus nak himpit
aduyaii..
dugaan puasa tul..

Dah dekat setengah jam macam tu
hampir dengan stesen Subang jaya
dah mula rasa kurang oksigen
mata dah berpinau
hitam putih je nampak muka orang lain
lagi pulak ramai orang masuk
lagi himpit gila gila nyer
yang mampu dilakukan
doa dalm hati je
mintak McD..eh minta oksigen
haha..minta oksigen..*puasa..puasa*
disebabkan dah tak mampu nak buat apa
nak bergerak pun tak boleh
so nak tak nak
terpaksa tebalkan muka
tundukkan kepala
pejam mata
rasanya ada tersandar kepala kat badan orang lain
tapi bila rasa mampu nak gerak
dan toleh kepala semua
supaya tak pitam/collapse
terus ubah posisi bila ada ruang-ruang sikit
haa..buat macam tu lah sampai stesen KL Sentral
ramai orang keluar
lebih kurang 80% kot yang turun kat stesen ni

perghhh...
baru dapat oksigen
ingat nak terus duduk/mencangkung
tapi disebabkan dah nak sampai stesen KL
jadi hanya menundukkan badan
stabilkan diri
dengan oksigen
dah rasa ok ckit
kebetulan tren dah sampai stesen KL
terus keluar
woaaa..
udara
oksigen
seterusnya
menghala ke tempat kerja..

Itu lah alkisahnya
for the first time
dalam hidup aku yang tough ni *ehem*
nak pitam/pengsan
dalam tren
dan yang lebih sadis
tak ada siapa pun kisah
lagi kena himpit dengan si saiz besar
rasanya muka time tu mesti dah pucat gila
sebab masa cuba basahkan bibir kering pun
dapat rasa bibir kering gila dan sejuk
macam darah tak mengalir
tengok cermin pun memang nampak
fine.tak kisah pun
kalau tak tolong ke apa
tapi at least bagi lah ruang an
ke nak tunggu
ada yang mati kekurangan oksigen
baru nak jadi prihatin dan take notes..wuawua

Dugaannnnn ('~.~')

1 comments:

::myblog:: said...

hhaaaha... kau cite mcm aku pun ade kat dlm tren tu tau. good2. pencerita yg sangat baik.