Monday, December 27, 2010
ye..sekarang di tempat kerja
waktu lunch ok.
so tak mengelat.haha
sungguh berdedikasi
pagi tadi sampai awal
dalam 8.50am turun di KTM Kuala Lumpur
then pergi ambil pas kat kaunter tu
then terus gi gerai buah
untuk beli buah
dan juga kuih
dan juga nasi lemak kecil.
namakan ia nasilemak kecil kerana saiznya yang kecil
dan..err..harga dia..tak tahu pula
sebab bayar semua sekali dengan buah & kuih,
kuih ada lima biji..er..biji ke..betul ke?ke panggil ketul?hoho
buah pula 1 paket biasa, buah jambu batu.
dalam rm4.++..dekat rm5 juga lah..ehe
ok.
then naik atas.
makan kuih sikit
sambil online Harian Metro dan Kosmo
ye..saya suka baca surat khabar tu
sebab berita dalam tu dah macam majalah
haha
kemudian sambung kerja
sampai lah dah masuk waktu lunch
disebabkan dah semua orang keluar
tinggal daku sahaja
maka dengan pantasnya
membawa nasi lemak tadi tu
yang saiz kecil tu dengan harapan tak rasa bersalah makan nasi lemak
ke pantry..
yeayy..tak ada orang
so boleh makan dengan tenang
tanpa perlu risau untuk mengunyah sambil bercakap
heh (>.<) dan sekarang tak sampai setengah jam dah start mengantuk
nak hilangkan mengantuk punya pasal
so cari info kenapa mengantuk selepas makan nasi
Punca mengantuk selepas makan nasi:
1. L-Tryptophan........
adalah asam amino yang menjadi bahan dasar terbentuknya niacin, vitamin B. Niacin sendiri akan dipakai untuk membuat serotonin, zat penghantar sinyal di otak yang dapat menimbulkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita jatuh tertidur. Makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, akan merangsang pankreas untuk memproduksi insulin, yang akan menyimpan makanan dalam tubuh. Beberapa asam amino lain yang tadinya terkandung di dalam darah bersama-sama dengan L-Tryptophan, akan masuk ke dalam sel otot. Akibatnya, akan terjadi peningkatan pada konsentrasi relatif L-Tryptophan dalam darah dan serotonin yang terbentuk membuat kita mengantuk.
2. proses pencernaan makanan.......
Tubuh akan mengirimkan darah ke sistem pencernaan karena proses pencernaan memerlukan tenaga yang banyak apalagi kalau makanan yang perlu dicerna mengandungi banyak lemak. Tenaga yang diperlukan juga akan semakin bertambah besar seiring dengan semakin banyaknya makanan yang kita ambil. Pada saat ini, sistem saraf juga menyumbangkan sebahagian stok darahnya dan ini menyebablan sistem saraf akan mengalami kekurangan oksigen untuk sementara. Ini punca kita terasa mengantuk.
Rasa mengantuk yang datang selepas makan nasi, biasanya disebut sebagai reaksi food coma. Banyak punca terjadinya food coma. Sebagai gambaran, tubuh kita diibaratkan sebuah mesin pengolah yang berfungsi untuk menyerap sari makanan. Kalau makanan yang kita ambil dalam kuantiti yang cukup besar, ini bermakna tubuh kita akan bekerja lebih keras. Akibatnya, tubuh akan terasa lelah dan mengantuk. Nasi termasuk karbohidrat dengan index glicemic tinggi, dimana memaksa pankreas untuk menghasilkan hormon insulin dalam jumlah yang sangat banyak untuk mencerna karbohidrat jenis ini dan oleh itu sangat memerlukan banyak tenaga sehingga menyebabkan sel-sel tubuh kita keletihan.
Dr. Allan Spreen, seorang ahli nutrisi dari Amerika, memberitahu bahawa waktu makan harus mengikut rentak tubuh. Dari hasil penelitian diketahui bahawa serangan food coma sering terjadi pada jam-jam berikut:
- pukul 10.00 iaitu 2 jam setelah sarapan
- pukul 14.00 iaitu 2 jam setelah makan siang
- pukul 16.00 iaitu 4 atau 5 jam sebelum makan malam
OK.GOT TO GO NOW. tata (^.^)
Labels: me
0 comments:
Post a Comment