Wednesday, August 4, 2010

teka-teki..

Ni sekadar nak menghiburkan hati..okay. Anda tak perlu nak serius ya amat memikirkan jawapan sampai sakit kepala kemudian bila dapat tahu jawapan teka-teki tersebut amat la sengal lepas tu anda marah pada saya pula..itu menunjukkan anda lagi sengal dari saya..haha.memang tak patut..jadi saya warning awal-awal..ni hanya untuk hiburan..agak-agak nak serius guna otak untuk fikir, sila pergi ke tempat lain dan selesaikan soalan matematik yang susah (-.-")
terima kasih
(kalau tak jelas jawapan tu..sila highlight ye)


Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
jawapan: patah balik la..dah tak boleh lalu titi patah kan

Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
jawapan: Penguin

Dalam banyak-banyak cecair,
cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
jawapan: telur.

Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
jawapan: Pengail yang dapat ikan.

Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.

Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?
jawapan: Orang naik beca semasa hujan

Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
jawapan: Tapak kaki ler.

Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah itu?
jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.

Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
jawapan: Buang tebiat

Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun ke dalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
jawapan: pisang goreng

Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?
jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD..miohohoho

Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?
jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat. *selamber jer..ampunn..huhu*

benda apa yang dibeli hari ini, hari ini juga la tarikh luput dia?
jawapan: surat khabar

ayah wawa ada empat orang anak yang pertama nana,ke dua nini,yang ke tiga nani,sipa yang ke empat?
jawapan: wawa lah..

apa yg kita hendak dapatkan kena pecahkan dulu?
jawapan: telur

air apa yang paling berani sekali:
jawapan: air terjun

apa dia yang dalam sesuatu tu ada sesuatu sekali?
jawapan: telur

sebelum diguna warna hitam, semasa diguna warna merah,selepas diguna warna kelabu.
jawapan: arang

Sebiji kelapa dibelah dua. Sebelah diletak di tapak tangan kanan dan sebelah lagi di tapak tangan kiri. Sebelah mana yang di panggil nyor.
jawapan: sebelah pantai timur panggil nyor..miahaha

stokin putih yang ada tiga garis hijau kalau di rendam jadi apa?
jawapan: basah la..

dipetik bukan buah, dikendong bukan anak .
jawapan: gitar

dalam banyak-banyak benda,benda apa yang kita nampak dia serupa
jawapan: cermin

dalam banyak-banyak mangkuk ,mangkuk apa yang kita isi air tak penuh-penuh?
jawapan: mangkuk tandas

apakah yang naik tidak boleh turun?
jawapan: umur

ular mati hisap rokok?
jawapan: lingkaran ubat nyamuk .. (ala..yang dulu-dulu punya tu..)

ada sepasang suami isteri ni dia nak pergi naik kapal terbang .semasa dia naik tiba-tiba kapal terbang tu terhempas, masuk apa?keluar apa?
jawapan: masuk surat khabar, keluar tv.. ;P

kat mana kalau kita jerit orang tak akan dengar?
jawapan: dalam hati la..huahuahua

apa yang bila kita berpaling untuk pandang, makin pandang makin jauh?
jawapan: telinga..(haha..tak caya cuba lah)

rumah apakah yang mengggunakan banyak air..?
jawapan: rumah yang terbakar

dalam banyak-banyak haiwan , haiwan apa yang kita langgar dua-dua mati?
jawapan: siput babi

3 orang adik-beradik sedang bermain kejar-kejar. Tapi kenapa, sampai sekarang tak dapat tangkap salah sorang?Dari pagi sampai mlm..
jawapan: bilah kipas la..(tak caya..pergi tengok kipas sekarang)

antara korang yang tengah baca ni , dengan cicak mana lagi kuat..
jawapan: cicak lah..sebab dia boleh tahan dinding (agak sengal kan jawapan ni)

dalam banyak-banyak mi...mi apa boleh mkn dgn ais...??
jawapan: mi..lo..ais

pokok apa paling berani sekali di dunia?
jawapan: pokok pisang sebab dia mengeluarkan jantungnya.

motosikal dgn kereta,mana yang lebih tua?
jawapan: motosikal..sebab motosikal pakai tongkat

undertaker naik motor....the rock naik apa?
jawapan: naik kening..haha

ada 3 orang.seorang buta lagi seorang bisu dan lagi seorang pekak.mereka duduk di sebuah pantai yang terpencil.1 hari si pekak curi harta si buta jadi macam mana si bisu nak bagitahu pada si buta yang si pekak curi harta dia?
jawapan: haha..aku pun tak tahu jawapan nya sampai sekarang.kalau korang tahu, bagitahu ye.

antara 1 kg kapas dengan 1 kg besi mana lagi berat?
jawapn: dua-dua sama berat . kan 1 kg.

pergi terbang balik berenang.
jawapan: pancing

dalam banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang kejap-kejap warna hitam dan kejap-kejap warna putih?
jawapan: penguin yang bergolek..haha

ada pada ayam,tiada pada itik,2 pd kakak,1 pada adik,besar pd arnab,kecil pada kambing,ada pada ada,ada pada yg tiada,APAKAH DIA?
jawapan: huruf 'a'.

kalau itik jadi ayam,kambing jadi ayam,kura-kura jadi ayam,ayam jadi apa?
jawapan: ayam jadi banyak lah..haha

dalam lautan ada bintang.
jawapan: tapak sulaiman

antara banyak - banyak pokok. pokok apa kalau kita nampak kita lari.
jawapan: pokok yang nak tumbang lah..takkan nak tercegat kat situ je kan..hoho

1 comments:

Pearl V-TA said...

Tq kongsi jawapan..

http://pearlvta.blogspot.com