Tuesday, August 3, 2010

sudah-sudah lah

saya sangat letih hari ini

letih fizikal dan emosi
saya dah tak nak lah fikir sal hal-hal macam ni
atau masuk gaduh-gaduh ni
atau cakap-cakap belakang lagi
kalau ada yang tak puas di hati
tolong lah cakap depan-depan dengan berani
tak kan nak bermusuh sesama sendiri
berapa lama hidup kita kat bumi
takut nanti
tak sempat nak minta maaf di aidilfitri
dah dijemput jumpa Ilahi
kan ke waktu tu dah tak boleh buat apa lagi..

lagipun dah nak dekat bulan puasa
tak nak lah bertegang urat bila berjumpa
atau bermasam muka bila bersua
berlawan kata tanpa kesudahannya..

tegur, memang jangan harap lah
bila semua tak nak mengalah
sakit hati bertambah-tambah
masalah...lagi lah..
adoi lah..sudah-sudah lah ..

0 comments: