Monday, August 2, 2010

Kawan ~ by Ahli Fiqir

kawan - hati hati memilih kawan
kawan - takut gunting dalam lipatan
kawan - lempar batu sembunyi tangan
kawan - tikam kita dari belakang

yang namanya kawan bukan sekadar mampu bergelak ketawa
bergurau senda, bersenang lenang
kawan kerana ada wang, kerana ada darjat
kerana ada pangkat
yang namanya kawan bukan sekadar mampu bertepuk sorak
riang gembira, senang sama senang, susah dia hilang
kawan kerana ada rupa, kerana ada gaya
kerana banyak harta
bijak memilih kita tak akan tersalah pilih
bijak menilai kita tak akan tergadai
bukalah mata janganlah leka
semanis manis gula ada pasir di dalamnya
sahabat setia memang sukar didapat
yang di depan kita hanyalah syarat
dengar cakap enggang makan buah beluluk
dengar cakap kawan sama sama terjun masuk lubuk

kawan - hati hati memilih kawan
kawan - takut gunting dalam lipatan
kawan - lempar batu sembunyi tangan
kawan - tikam kita dari belakang

kawan semangkuk, kawan sepiring makan
kawan sebaya, kawan satu gelanggang
secupak sama secupak, segantang sama segantang
kawan bersempit, kawan berlapar
bagai jarum dengan gelindan
ke hulu sama ke hulu, ke hilir sama menghilir
satu sakit dua terasa
yang daging sama dikunyah, yang tulang sama dikerkah
iya sama angguknya, tidak sama gelengnya
hai guntingnya tidak memutus, simpul tidak terungkai lagi
banyak beri memberi, kurang isi mengisi
mandapat sama menambah, hilang sama merugi
itulah kawan dicari cari
hai itulah rakan sejati, sahabat ganti
bukan sekadar ranting berpaut, dahan berlabuh
pabila siang dahan diberak tahi, terbang tidak berbalik lagi

kawan - hati hati memilih kawan
kawan - takut gunting dalam lipatan
kawan - lempar batu sembunyi tangan
kawan - tikam kita dari belakang

tepuk sama tepuk, sorak sama sorak
remuk kita remuk kita sendiri yang retak
tawa sama tawa, riang sama riang
sedih pilu hampa kita sendiri terlentang

kawan - hati hati memilih kawan
kawan - takut gunting dalam lipatan
kawan - lempar batu sembunyi tangan
kawan - tikam kita dari belakang

0 comments: