Monday, August 2, 2010
yang akan bersama kite bila kite susah atau senang.
korang mula bosan dengan aku kan.
aku pun boleh rasa.
aku takkan bersetuju untuk menyewa ngan korang.
"memaafkan musuh adelah lagi senang dari memaafkan kawan sendiri"
~ini petikan entri yang aku dapat dari..
Dunia tak selalu indah..
(aku sokong)..
memang lebih kurang sama dengan apa yang aku rasa and kena..
babe, kita serupa..sungguh tak sangka kan..
ya..kita pun ada salah juga..tapi susah sangat ke nak cakap depan-depan..~
“Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) “Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..” (Haslinda Lukman, Majalah Cahaya Feb 06)
Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia kerana sahabat berperanan dalam membentuk personaliti seseorang individu. Ada sahabat yang sanggup menghulurkan tangan ketika kita susah dan menjadi peneman di saat kita sedang berduka. Namun, tidak kurang juga sahabat yang hanya tahu menumpang kesenangan di atas sahabat yang lain. Bila sekali kita jatuh, jangankan hendak menghulurkan tangan, memandang wajah kita jauh sekali. Dah tentu bukan sahabat jenis ini yang anda mahukan. Sahabat? Apa itu sahabat?. Ada orang kata sahabat itu macam bulu tangkis, belum main dipegang, bila main dipukul. Ada juga orang kata sahabat itu diiibaratkan macam bola ragbi, belum dapat direbut, dah dapat dilindung dan dijaga. Apa pun takrifannya, seorang sahabat itu amat sukar dicari, lebih sukar ditinggalkan, dan mustahil dilupakan, seorang sahabat yang sanggup berkongsi suka duka dan menyelami perasaan sahabatnya yang lain, menghulurkan tangan di kala kita memerlukan pertolongan dan bantuan.
Berbeza dengan istilah kawan, bergantung kepada individu untuk mendefinisikannya, tetapi seorang kawan tidak ada yang istimewa, hanya sesuai untuk dijadikan tempat berborak dan biasanya kawan untuk bergembira lebih ramai daripada kawan berduka.
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: ”Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti ; jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu; jika engkau rapatkan persahabatan dengannnya, dia akan membalas balik persahabatan kamu; jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik; jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu. “Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu; jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu; jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; jika kamu berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan; dia membantu menunaikan tanggugjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat; dan yang terakhir sekali ialah dia mendorongmu dalam mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
Pernahkah sahabat anda menikam anda daripada belakang?. Apakah perasaan anda ketika itu? Adakah marah, pedih, perit, benci atau dendam bermaharajalela di dalam hati anda?. Daripada apa yang saya faham, tikam belakang ini merupakan satu tingkahlaku di mana seorang sahabat bermuka-muka depan sahabatnya yang lain. Sebagai contoh, depan kita segala-galanya baik, manis tetapi di belakang kita, dialah gunting dalam lipatan. Segala rahsia dan amanah yang kita kongsikan bersama dengannya, habis dijaja kepada orang lain dan yang lebih menakutkan apabila ianya melibatkan maruah kita. Perbuatan seperti ini tidak memberi manfaat malah lebih memburukkan keadaan kedua belah pihak dan juga masyarakat sekeliling yang telah mengetahui perkara sedemikian. Secara tidak langsung, pihak yang telah ditikam belakang itu tadi akan merasa ditindas, dianiayai dan dimalukan oleh sahabat sendiri. Tikam belakang biasanya terjadi apabila seseorang itu menyimpan perasaan iri hati terhadap orang lain, tidak berasa senang dengan apa yang mereka ada, cemburu dan dengki di atas kejayaan orang lain.
Dalam urusan bisnes pula, seseorang itu sanggup menikam sahabat mereka demi untuk mencapai apa yang diingininya, menjatuhkan sahabat sendiri dan mentertawakan mereka setelah berada di puncak. Selain itu juga, bagi mereka yang menyimpan dendam terhadap seseorang mungkin menjadi salah satu punca tikam belakang berlaku dalam persahabatan. Demi kerana dendam yang tidak berbalas, individu ini sanggup mengambil jalan mudah untuk menganiaya sahabat sendiri sekalipun bersahabat selama bertahun-tahun. Akibat daripada insiden tersebut, hubungan individu dengan sahabatnya akan menjadi renggang seterusnya menjadi penghalang untuk mereka kembali menjadi intim. Keadaan ini akan berterusan, mungkin untuk sebulan, setahun atau mungkin selama-lamanya, bergantung kepada mereka yang mengalaminya dan sejauh mana kekuatan diri mereka dapat bertahan.
Adakalanya, mereka yang pernah ditikam belakang ini akan menyimpan perasaan dendam sekalipun mereka telah memaafkan individu yang menganiaya mereka. Ini kerana, bukan mudah bagi mereka untuk melupakan apa yang telah diperlakukan ke atas mereka lebih lagi jika ianya melibatkan maruah mereka yang telah tercalar dan diketahui oleh umum. Oleh itu, berwaspadalah bila kita berbicara kerana kita tidak sedar adakalanya kita membuka cerita orang lain sehingga boleh mendatangkan aib pada individu yang terbabit.
“ Tikam belakang atau backstabbing merupakan satu keadaan di mana sahabat karib telah melakukan satu perkara yang tidak sepatutnya kepada sahabat sendiri. Bergantung kepada individu, adakah tikam belakang ini satu habit atau perlu berbuat begitu untuk melindungi atau untuk mengelakkan dirinya daripada menerima akibatnya. (bergantung kepada situasi). Perkara ini berlaku apabila tiga elemen ini bergabung iaitu fikiran, tingkahlaku dan perasaan. Tiga elemen ini penting dalam perlakuan kita seharian. Apabila ianya bergabung, maka perbuatan adalah perkara terakhir. Adakalanya kesannya lebih teruk bagi kedua belah pihak sehinggakan membawa kepada kebencian tetapi kita kena bijak membezakan sama ada kita membenci empunya diri atau perbuatannya.”
Istilah tikam belakang ialah apabila sahabat telah melakukan satu perkara di luar jangkaan sahabatnya dan buat kita rasa dikhianati. Istilah sahabat berbeza dengan istilah kawan. Punca berlakunya perbuatan sedemikian disebabkan perasaan iri hati dan kerakusan. Sebagai contoh, apabila seseorang itu inginkan sesuatu dengan cara yang cepat, dia mahu tunjukkan kepada orang ramai yang dirinya berkuasa dan lebih mantap. Secara idealistik, perkara ini tidak sepatutnya terjadi tetapi ianya merupakan satu pengalaman yang setiap orang pernah mengalaminya atau mungkin akan mengalaminya. Orang kata, bila bersahabat kita tidak boleh memilih, tetapi itu silap. Kita kena bijak memilih sahabat kerana sahabat dapat menceriakan diri kita. Jangan sesekali kita risau tidak ada orang yang ingin bersahabat dengan kita kerana dunia ini luas dan ramai lagi yang ingin bersahabat dengan diri kita dan menerima diri kita seadanya. Sebelum pisang berbuah dua kali, pilihlah sahabat yang benar-benar sahabat.”
Setiap apa yang terjadi dalam hidup kita, anggap ianya sebagai asam garam dalam kehidupan. Kita tidak meminta untuk semua itu tetapi kita juga tidak boleh menolak apa yang telah tertulis ke atas diri dan berusahalah untuk memperbaiki kehidupan agar lebih ceria di samping sahabat-sahabat yang anda sayang. Ingatlah, apa jua yang kita lakukan biarlah ikhlas kerana Allah
Kepada kau..'kawan'...
'terima kasih' kerana memberi aku 1 pengalaman hidup yang sangat-sangat berharga
dengan membuktikan kau bukan seorang yang cukup baik untuk aku gelar kawan.
buktikan aku salah jika benar aku salah,dan aku akan mengaku salah ku.
dan jika aku mampu membuktikan kau memang seorang yang cemerlang 'berlakon'
dan tikam-belakang, cukup lah sampai tahap itu.berubah lah..
cukup lah melukakan orang lain.
terutama orang lain yang kau tak sedar
telah banyak membantu kau saat kau tidak punya apa-apa..tanpa berkira..
itu pun jika kau masih sedar dan masih mampu untuk berfikir tentang hal itu.
aku hulurkan persahabatan dan silaturahim seikhlas hati tapi kau memilih untuk menghancurkannya.
aku tidak pernah mahu putuskan silaturahim dan aku bukan jenis manusia seperti itu
namun apabila keadaan memaksa..
jadi kau tentukan lah ke mana hala tuju silaturahim ini.
aku tak ada hutang apa-apa lagi dengan kau..dan aku halalkan hutang kau dengan aku.
aku dah letih..sangat dah letih nak hadap perkara-perkara macam ni.
aku tak pernah nak judge kau jadi kau jangan nak judge aku.
kau lupa agaknya ek..ada balasan nanti buat orang macam ni?
kau kata kau Islam..tapi Islam mengajar umatnya 'bunuh' saudara sendiri ke?
seburuk-buruk perangai aku pun , tak pernah lagi lah aku buat orang macam kau buat ni.
kau kata aku tak baik, jahat, buruk perangai..
oh ye..kau 'malaikat' kan..tak apa.
aku malas nak bertekak.
kau berani kau cakap dengan aku kita settle depan-depan kalau betul kau tak salah apa-apa.
cakap sekali kat kawan-kawan kita yang termasuk krisis ni okay.
aku..dah tak tahu dah nak bebel apa kat sini.
kau tunggu je la sampai masa nanti.
sekali lagi..'terima kasih' tak terhingga..'kawan'
Labels: courage/semangat, me, various/macam-macam
2 comments:
herm..sory if u mad at me..im not try to stalker u..am just saying i am sory for the thing im done in the past..almost 3 years right we broke off..if u upset with this msj just delete it..i donno whether u still remember me or not..now i know about to let go..thank for loving me when we together..thank for show me what is love..sory for ur friend..be patient k..alway pray it will keep u peace..smile when u are sad..try doing thing that u love the most..it will keep away all ur problem for a while..don do anything rush k..sory for not able being with u when u are sad last time..take care k..bye..salam..
same laa kita sis... sy berdendam dgn kawan pun mcm tuu jgk... ingat nk bls dendam (sebenarnya sy bkn pendendam tapi byk mkn hati dgn perangai kwnku dan meminta nasihat pada orag yang salah , saya terikut dengan nasihat orang tanpa memikir kesan pada diri sendiri dan semasa membuat keputusan dlm keadaan marah)....kesudahan nyer merana ker diri sendiri
Post a Comment