Tuesday, August 3, 2010

kepada 'kamu-mengaku-kawan-tapi-tikam-belakang'

saya tahu
saya bukan sempurna
saya tahu saya banyak buat salah
tapi saya tak pernah nak buruk-buruk kan kamu
walaupun saya tahu apa kamu buat belakang saya
dan sangat-sangat melukakan saya
saya tetap buat baik dengan kamu
cuma saya nak tahu
kenapa
kamu macam tu?
kenapa hati kamu begitu tegar menghancurkan
memusnahkan
melukakan
hati
nama
maruah
kepercayaan
orang yang anggap kamu kawan.
kamu seronok ye buat orang macam tu?
kamu rasa bahagia ye buat macam tu?

kamu kata saya macam-macam
kat orang lain pula tu
tapi kan
untuk pengetahuan kamu
seburuk-buruk saya yang kamu kata buruk ni,
saya tak pernah nak buruk kan kamu
saya tak pernah nak canang cerita pasal kamu
saya pendam je sabar sendiri
jadi saya atau kamu yang lebih buruk?

tahu-tahu je
orang datang kat saya
bercerita menyampaikan apa yang kamu kata tentang saya
dan dah tentu kamu pun akan sakit hati kalau kamu di tempat saya
dan dengar kesemuanya.
apa salah saya kat kamu sampai kamu nak buat macam tu?
dari dulu saya cakap
kalau saya ada buat salah, tegur depan-depan.
kalau tak, sampai bila saya tak tahu saya buat salah
atau pun menyakitkan hati orang..
tapi saya rasa selama ni saya tak pernah nak masuk campur hal hidup kamu
terutama hal peribadi
tapi
kenapa
kamu nak judge saya padahal tak sampai 10% pun kamu tahu tentang hidup saya
atau apa yang saya lalui selama ni
kamu rasa kamu suci sangat sebab tu kamu nak kata orang macam saya jahat belaka?
kalau betul kamu nak condem atau kutuk sebab kamu kata sayang saya
nak tanya sikit
kamu rasa dengan kutuk dan cerita belakang saya
saya boleh tahu ke apa yang saya buat salah
padahal kamu tak pernah sekali pun nak cakap depan-depan saya
melainkan dipaksa atau dah tak boleh lari bila saya tanya.
kamu kata sebab sayang kamu condem
jadi saya nak tahu macam tu ke sayang pada kamu?
macam tu ke cara kamu tunjuk kamu sayang orang..?
dengan menjatuhkan maruah atau memburukkan dia depan orang lain
supaya orang lain pandang kamu je yang baik?
ke sebenarnya kamu cemburu dengan saya tapi
kamu cerita dekat semua orang saya cemburu dengan kamu?
apa yang kamu ada lebih dari saya yang saya nak cemburukan?

kereta? haha..kereta saya besar.siap bagi gelaran 'almari bergerak' lagi..
kamu ada apa?

rumah? walaupun rumah saya kecil je tapi kalau kamu datang
kamu masih mampu untuk
TUMPANG tidur, mandi, makan dan solat segala nya kan..
selesa je kan. kalau tak selesa , minta maaf la..
ohh ke saya yang lupa..rumah kamu kan besar 'istana' ..is it?

duit? saya rasa setakat ni saya lagi banyak duit dari kamu.
walaupun saya jarang tunjuk.
mungkin pernah lah saya terpaksa pinjam sekali dari orang
sebab saya tak nak susahkan mak bapa saya even desperate nak mampus time tu
sebab saya memang jenis tak suka nak gunakan orang atau susahkan orang
demi kepentingan diri sendiri.
tapi kalau nak banding dengan kamu
~seperti mana kamu suka buat..banding-bandingkan~
saya rasa kamu lebih tau sendiri di mana kamu berpijak.
ye lah..mungkin sebab tu kamu kata saya cemburu kamu 'banyak' duit
jadi kamu canang cerita yang saya nak pinjam duit yang sekali tu kat semua orang.
tapi kamu tak cerita pula yang kamu pinjam duit saya dan kawan-kawan banyak kali
sampai siap buat-buat lupa nak bayar
atau kira halalkan aje sebab 'sikit'..tapi sikit-sikit pun banyak juga jadinya kan.
atau minta pada sesiapa yang kamu rasa boleh bagi dengan rela hati.
pernah kamu fikir? tapi untuk pengetahuan kamu lagi
kitorang tak pernah nak canang cerita macam kamu buat.
sebab fikir kawan.tak apa.
hidup.pilihan.keputusan.masing-masing.
tapi mungkin makna kawan tu tak ada maksud pada kamu kan.
jadi sebab itu saya nak tahu kenapa?
kenapa buat kami macam ni?
lebih-lebih pada saya?
sebab saya lagi muda dari kamu?
atau apa?


kepada 'awak-yang-pernah-jadi-kesayangan-saya'

kisah lama kita
dah lama saya simpan
jauh dalam lubuk hati dan juga ingatan
tanpa rasa dendam lagi
tanpa rasa amarah lagi
sebab ada orang kata
kemaafan itu pengubat segalanya
jadi saya belajar untuk menerima dan memaafkan.

walaupun dulu pernah ada rindu
tapi saya pendam kan je
bila sorang-sorang
kadang-kadang mengalir juga air mata
saya cuma nak tahu kenapa
dulu masa saya ada
awak tak pernah nak hargai sepenuhnya
tapi bila sekarang
saat saya sudah mampu nak melangkah kehadapan sendiri
awak cari saya semula.
kenapa?

ingat tak dulu,
kita bergaduh sebab dengar cakap-cakap dan hasutan mereka?
mereka yang awak anggap saudara, kawan dan teman ?
disebabkan masing-masing tak tahan
jadi kita buat keputusan
kita pun berpisah.

lepas tu pula
saya dapat tau
lepas kita berpisah
awak sebar cerita macam-macam kat kawan-kawan awak
dan juga kawan-kawan saya
buruk kan saya sebab awak sakit hati
eh apa ni?
apa awak dapat?
puas hati?
dah puas hati belum sekarang ni?
sampai sekarang 'racun' yang awak tuang
masih ada sisa baki nya
jadi awak fikir lah kesan dan dosa awak buat pada saya
saya tak pernah bercerita tentang awak atau kita pada orang
melainkan lepas saya dah tahu apa yang awak cerita terlebih dahulu pada mereka.
jadi nak tak nak saya terpaksa bagitahu apa yang betul apa yang tak.
awak lupa agaknya
mereka manusia yang berjenis mulut-tak-ingat-dosa-pahala
memang tak suka tengok orang lain hidup bahagia
awak pula pergi tagih simpati dan bercerita tentang kita pada mereka
dan nak mereka back-up awak
tolong lah..
mereka dengar dan ketawa terbahak-bahak belakang awak
tambah-tambah bila awak dengar dengan kata-kata dan hasutan mereka.
lagi-lagi bila berjaya tengok 2 insan ni saling sakit hati
yang dulu pernah bahagia tanpa campur tangan mereka.
jadi..puas tak hati awak sekarang?
sekarang bila saya dah tak ada dengan awak
baru awak nak sedar semua tu.
saya cuma nak tahu..kenapa?


~memang ada rasa s.e.d.i.h tapi apa-apa pun..saya tetap cuba untuk bersangka baik kerana memang mudah manusia lupa saat itu.. ya..dulu mereka yang tidak kisah tapi sekarang..giliran saya.
:-) sebab saya tahu mereka itu tak akan pernah letih jadi..saya akan tetap macam ini. bahagia seadanya..insyaallah (^.^)

Monday, August 2, 2010

kawan - hati hati memilih kawan
kawan - takut gunting dalam lipatan
kawan - lempar batu sembunyi tangan
kawan - tikam kita dari belakang

yang namanya kawan bukan sekadar mampu bergelak ketawa
bergurau senda, bersenang lenang
kawan kerana ada wang, kerana ada darjat
kerana ada pangkat
yang namanya kawan bukan sekadar mampu bertepuk sorak
riang gembira, senang sama senang, susah dia hilang
kawan kerana ada rupa, kerana ada gaya
kerana banyak harta
bijak memilih kita tak akan tersalah pilih
bijak menilai kita tak akan tergadai
bukalah mata janganlah leka
semanis manis gula ada pasir di dalamnya
sahabat setia memang sukar didapat
yang di depan kita hanyalah syarat
dengar cakap enggang makan buah beluluk
dengar cakap kawan sama sama terjun masuk lubuk

kawan - hati hati memilih kawan
kawan - takut gunting dalam lipatan
kawan - lempar batu sembunyi tangan
kawan - tikam kita dari belakang

kawan semangkuk, kawan sepiring makan
kawan sebaya, kawan satu gelanggang
secupak sama secupak, segantang sama segantang
kawan bersempit, kawan berlapar
bagai jarum dengan gelindan
ke hulu sama ke hulu, ke hilir sama menghilir
satu sakit dua terasa
yang daging sama dikunyah, yang tulang sama dikerkah
iya sama angguknya, tidak sama gelengnya
hai guntingnya tidak memutus, simpul tidak terungkai lagi
banyak beri memberi, kurang isi mengisi
mandapat sama menambah, hilang sama merugi
itulah kawan dicari cari
hai itulah rakan sejati, sahabat ganti
bukan sekadar ranting berpaut, dahan berlabuh
pabila siang dahan diberak tahi, terbang tidak berbalik lagi

kawan - hati hati memilih kawan
kawan - takut gunting dalam lipatan
kawan - lempar batu sembunyi tangan
kawan - tikam kita dari belakang

tepuk sama tepuk, sorak sama sorak
remuk kita remuk kita sendiri yang retak
tawa sama tawa, riang sama riang
sedih pilu hampa kita sendiri terlentang

kawan - hati hati memilih kawan
kawan - takut gunting dalam lipatan
kawan - lempar batu sembunyi tangan
kawan - tikam kita dari belakang

kadang-kadang tanpa sebarang kiasan atau ape-ape amaran, kite dibuat seperti sampah.
entah ape sebabnya, mane silapnya diri ini, langsung tak diberitahu.
kalau sekali dua nak buat camtue takpe, boleh sabar lagi, boleh kuat lagi.
tapi kalau dah berkali-kali hati mane tak sakit, diri mane tak terseksa.
lebih-lebih lagi kalau orang tue kawan kite.
makan sekali, tido sekali, belajar sekali, ketawa sekali, menangis sekali.
cuba bagitau aku, sape yang boleh tahan dperlakukan macam tue.
kalau aku ade buat salah, bagitau aku terus terang.
aku mintak maaf.
kalau aku ade sakitkan hati korang, cakap ler kat aku.
mungkin benda tue tak disengajakan.
dalam bergurau, mungkin ade yang terasa.
aku neh manusia biasa, takleh nak jaga hati semua orang.
kadang-kadang, mungkin ade gak kesilapan yang aku lakukan tanpa aku sedari.
tapi korang, nape buat aku macam neh?
layan aku macam sampah!
anggap aku macam tunggul kayu yang takde perasaan.
depan aku pura-pura baik.
belakang aku korang tikam aku.
ape salah aku!
aku tau korang dah jumpa blog aku neh kan.
korang stalk aku.
korang jadikan ape yang aku tulis ini sebagai modal untuk korang buat ketupat.
untuk dianyam bersama-sama.
aku dah boleh bayang muka korang dan lepas tue korang post kat wall facebook korang.
nape korang macam neh?
mengapa teruk sangat perangai korang?
betul cakap mak aku.
kalau nak tau kawan kite tue betul-betul seorang kawan
yang akan bersama kite bila kite susah atau senang.
aku banyak susahkan korang kan.dulu waktu sama-sama duk hostel kite tak pernah gaduh pun, apetah lagi tak bertegur sapa.
bila dah menyewa kat luar dan aku banyak bergantung pade korang,
korang mula bosan dengan aku kan.
tak payah nak nafikan lagi.dari gerak-geri korang, perbuatan korang pade aku,
aku pun boleh rasa.
maaf, kalau aku tau semua neh akan berlaku,
aku takkan bersetuju untuk menyewa ngan korang.
sungguh tak sangka kan.
depan aku korang buat selamba jer, dengan bermuka-muka.
belakang aku, macam-macam korang kutuk aku.
korang mengumpat pasal aku.
kalau tak puas hati dengan aku, cakap ngan aku depan-depan.
biar aku dengar semua, sekurang-kurangnya dosa tak banyak sangat.
isu, aku jumpa bekas bf aku pun korang umpatkan.
siap buat ayat "dah ludah jilat balik, gile geli"
oh, korang pun bercinta gak kan.
mesti faham perasaan bila melibatkan hati.
tak kire, bile bf korang layan korang macam ngan ape pun.
ignore korang berbulan lama.
marah korang tak tentu pasal, korang still lagi cinta dan sayangkan die kan.
korang pun pernah clash kan, pastue sambung balik.
aku clash, tapi tak sambung pun. so, sekarang sape yang jilat balik.
aku atau korang?
tapi aku malas nak kate ape, sebab aku faham.
benda kalau dah melibatkan hati susah nak handle.
selama neh aku bertahan, sebab aku nak tamatkan pengajian aku tanpa sebarang masalah.
korang buat ape pun kat aku, aku sabar dan redha jer.
aku tak pernah cerita pun kat mak aku pasal neh sebab aku taknak die risau.
even bila die datang rumah ari teu die terkejut tengok aku tinggal sorang
aku tetap cover korang sebab aku tau mak aku ade no. korang.
takut jadi benda lain lak.
sekarang semua dah tamat.
kalau orang tanya aku ape pengalaman yang takkan aku lupa sepanjang aku belajar kat universiti.
"sepanjang 4 tahun aku di universiti, tahun terakhir baru aku sedar, kawan aku menikam belakang aku"
dan seperti kate ustazah norbahyah
"memaafkan musuh adelah lagi senang dari memaafkan kawan sendiri"
dan itu yang aku rasa sekarang!
okeh, untuk korang, cukup ler menjadi stalker kat sini.
ape yang korang nak lagi dari aku?
aku ade hutang ngan korang ke?
kalau ade, sila bagitau.

~ini petikan entri yang aku dapat dari..
Dunia tak selalu indah..
(aku sokong)..
memang lebih kurang sama dengan apa yang aku rasa and kena..

babe, kita serupa..sungguh tak sangka kan..
ya..kita pun ada salah juga..tapi susah sangat ke nak cakap depan-depan..~


“Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) “Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..” (Haslinda Lukman, Majalah Cahaya Feb 06)

Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia kerana sahabat berperanan dalam membentuk personaliti seseorang individu. Ada sahabat yang sanggup menghulurkan tangan ketika kita susah dan menjadi peneman di saat kita sedang berduka. Namun, tidak kurang juga sahabat yang hanya tahu menumpang kesenangan di atas sahabat yang lain. Bila sekali kita jatuh, jangankan hendak menghulurkan tangan, memandang wajah kita jauh sekali. Dah tentu bukan sahabat jenis ini yang anda mahukan. Sahabat? Apa itu sahabat?. Ada orang kata sahabat itu macam bulu tangkis, belum main dipegang, bila main dipukul. Ada juga orang kata sahabat itu diiibaratkan macam bola ragbi, belum dapat direbut, dah dapat dilindung dan dijaga. Apa pun takrifannya, seorang sahabat itu amat sukar dicari, lebih sukar ditinggalkan, dan mustahil dilupakan, seorang sahabat yang sanggup berkongsi suka duka dan menyelami perasaan sahabatnya yang lain, menghulurkan tangan di kala kita memerlukan pertolongan dan bantuan.

Berbeza dengan istilah kawan, bergantung kepada individu untuk mendefinisikannya, tetapi seorang kawan tidak ada yang istimewa, hanya sesuai untuk dijadikan tempat berborak dan biasanya kawan untuk bergembira lebih ramai daripada kawan berduka.

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: ”Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti ; jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu; jika engkau rapatkan persahabatan dengannnya, dia akan membalas balik persahabatan kamu; jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik; jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu. “Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu; jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu; jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; jika kamu berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan; dia membantu menunaikan tanggugjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat; dan yang terakhir sekali ialah dia mendorongmu dalam mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

Pernahkah sahabat anda menikam anda daripada belakang?. Apakah perasaan anda ketika itu? Adakah marah, pedih, perit, benci atau dendam bermaharajalela di dalam hati anda?. Daripada apa yang saya faham, tikam belakang ini merupakan satu tingkahlaku di mana seorang sahabat bermuka-muka depan sahabatnya yang lain. Sebagai contoh, depan kita segala-galanya baik, manis tetapi di belakang kita, dialah gunting dalam lipatan. Segala rahsia dan amanah yang kita kongsikan bersama dengannya, habis dijaja kepada orang lain dan yang lebih menakutkan apabila ianya melibatkan maruah kita. Perbuatan seperti ini tidak memberi manfaat malah lebih memburukkan keadaan kedua belah pihak dan juga masyarakat sekeliling yang telah mengetahui perkara sedemikian. Secara tidak langsung, pihak yang telah ditikam belakang itu tadi akan merasa ditindas, dianiayai dan dimalukan oleh sahabat sendiri. Tikam belakang biasanya terjadi apabila seseorang itu menyimpan perasaan iri hati terhadap orang lain, tidak berasa senang dengan apa yang mereka ada, cemburu dan dengki di atas kejayaan orang lain.

Dalam urusan bisnes pula, seseorang itu sanggup menikam sahabat mereka demi untuk mencapai apa yang diingininya, menjatuhkan sahabat sendiri dan mentertawakan mereka setelah berada di puncak. Selain itu juga, bagi mereka yang menyimpan dendam terhadap seseorang mungkin menjadi salah satu punca tikam belakang berlaku dalam persahabatan. Demi kerana dendam yang tidak berbalas, individu ini sanggup mengambil jalan mudah untuk menganiaya sahabat sendiri sekalipun bersahabat selama bertahun-tahun. Akibat daripada insiden tersebut, hubungan individu dengan sahabatnya akan menjadi renggang seterusnya menjadi penghalang untuk mereka kembali menjadi intim. Keadaan ini akan berterusan, mungkin untuk sebulan, setahun atau mungkin selama-lamanya, bergantung kepada mereka yang mengalaminya dan sejauh mana kekuatan diri mereka dapat bertahan.

Adakalanya, mereka yang pernah ditikam belakang ini akan menyimpan perasaan dendam sekalipun mereka telah memaafkan individu yang menganiaya mereka. Ini kerana, bukan mudah bagi mereka untuk melupakan apa yang telah diperlakukan ke atas mereka lebih lagi jika ianya melibatkan maruah mereka yang telah tercalar dan diketahui oleh umum. Oleh itu, berwaspadalah bila kita berbicara kerana kita tidak sedar adakalanya kita membuka cerita orang lain sehingga boleh mendatangkan aib pada individu yang terbabit.

“ Tikam belakang atau backstabbing merupakan satu keadaan di mana sahabat karib telah melakukan satu perkara yang tidak sepatutnya kepada sahabat sendiri. Bergantung kepada individu, adakah tikam belakang ini satu habit atau perlu berbuat begitu untuk melindungi atau untuk mengelakkan dirinya daripada menerima akibatnya. (bergantung kepada situasi). Perkara ini berlaku apabila tiga elemen ini bergabung iaitu fikiran, tingkahlaku dan perasaan. Tiga elemen ini penting dalam perlakuan kita seharian. Apabila ianya bergabung, maka perbuatan adalah perkara terakhir. Adakalanya kesannya lebih teruk bagi kedua belah pihak sehinggakan membawa kepada kebencian tetapi kita kena bijak membezakan sama ada kita membenci empunya diri atau perbuatannya.”

Istilah tikam belakang ialah apabila sahabat telah melakukan satu perkara di luar jangkaan sahabatnya dan buat kita rasa dikhianati. Istilah sahabat berbeza dengan istilah kawan. Punca berlakunya perbuatan sedemikian disebabkan perasaan iri hati dan kerakusan. Sebagai contoh, apabila seseorang itu inginkan sesuatu dengan cara yang cepat, dia mahu tunjukkan kepada orang ramai yang dirinya berkuasa dan lebih mantap. Secara idealistik, perkara ini tidak sepatutnya terjadi tetapi ianya merupakan satu pengalaman yang setiap orang pernah mengalaminya atau mungkin akan mengalaminya. Orang kata, bila bersahabat kita tidak boleh memilih, tetapi itu silap. Kita kena bijak memilih sahabat kerana sahabat dapat menceriakan diri kita. Jangan sesekali kita risau tidak ada orang yang ingin bersahabat dengan kita kerana dunia ini luas dan ramai lagi yang ingin bersahabat dengan diri kita dan menerima diri kita seadanya. Sebelum pisang berbuah dua kali, pilihlah sahabat yang benar-benar sahabat.”

Setiap apa yang terjadi dalam hidup kita, anggap ianya sebagai asam garam dalam kehidupan. Kita tidak meminta untuk semua itu tetapi kita juga tidak boleh menolak apa yang telah tertulis ke atas diri dan berusahalah untuk memperbaiki kehidupan agar lebih ceria di samping sahabat-sahabat yang anda sayang. Ingatlah, apa jua yang kita lakukan biarlah ikhlas kerana Allah


Kepada kau..'kawan'...


'terima kasih' kerana memberi aku 1 pengalaman hidup yang sangat-sangat berharga
dengan membuktikan kau bukan seorang yang cukup baik untuk aku gelar kawan.
buktikan aku salah jika benar aku salah,dan aku akan mengaku salah ku.
dan jika aku mampu membuktikan kau memang seorang yang cemerlang 'berlakon'
dan tikam-belakang, cukup lah sampai tahap itu.berubah lah..
cukup lah melukakan orang lain.
terutama orang lain yang kau tak sedar
telah banyak membantu kau saat kau tidak punya apa-apa..tanpa berkira..
itu pun jika kau masih sedar dan masih mampu untuk berfikir tentang hal itu.
aku hulurkan persahabatan dan silaturahim seikhlas hati tapi kau memilih untuk menghancurkannya.

aku tidak pernah mahu putuskan silaturahim dan aku bukan jenis manusia seperti itu
namun apabila keadaan memaksa..
jadi kau tentukan lah ke mana hala tuju silaturahim ini.
aku tak ada hutang apa-apa lagi dengan kau..dan aku halalkan hutang kau dengan aku.

aku dah letih..sangat dah letih nak hadap perkara-perkara macam ni.
aku dah tak tahu nak percaya siapa ni.
aku tak pernah nak judge kau jadi kau jangan nak judge aku.
kau lupa agaknya ek..ada balasan nanti buat orang macam ni?
kau kata kau Islam..tapi Islam mengajar umatnya 'bunuh' saudara sendiri ke?
seburuk-buruk perangai aku pun , tak pernah lagi lah aku buat orang macam kau buat ni.
kau kata aku tak baik, jahat, buruk perangai..
oh ye..kau 'malaikat' kan..tak apa.
aku malas nak bertekak.
kau berani kau cakap dengan aku kita settle depan-depan kalau betul kau tak salah apa-apa.
cakap sekali kat kawan-kawan kita yang termasuk krisis ni okay.
aku..dah tak tahu dah nak bebel apa kat sini.
kau tunggu je la sampai masa nanti.
sekali lagi..'terima kasih' tak terhingga..'kawan'

STEPS:
They might say they're your 'best friends' , but the moment your back is turned, they lie about you to others. No one wants to be hurt in this way, but how do deal with them?. Perhaps the following tips can help.

All backstabbers share a common denominator; they all want something from you. Whether it is money, homework, a house to trash, your computer, your style, practically anything, varies from person to person.

Be aware of your surroundings. If you have a bad feeling about somebody, listen to your instincts!

Pay attention to red flags.

* If somebody betrays you, don't trust that person again without extensive consideration.
* If the other person doesn't have friends of his or her own, there may be a reason. Perhaps other people know something that you don't.
* If someone is mean to you one minute and nice to you the next, there is definitely something wrong.
* If someone is too aggressive or tries too hard to sell you on something, he or she is likely setting you up.
* Trust your real friends. They're here to help you.
* Notice the other person's work ethic. If he or she is lazy and irresponsible, stay away from the person as far as anything that requires hard work goes. If you work hard, he or she will use you in a heartbeat!

Notice how she treats things you care about. For instance if you really care that your room is clean, and after you've explained this to her she still comes over, throws her backpack on the ground, takes her shoes off in the middle of the room and so on.. this means she doesn't really care about you.

Try to detect from an early stage what the backstabber is interested in sucking from you.

If the backstabber persists in pestering you, either ignore her or tell her dispassionately that you do not want to do (any activity..etc). Be polite, but extremely firm. If they detect a weakness in your firmness, they will try as hard as they can to puncture it.


WARNING!!
* Never let the backstabber know that he/she has gotten to you.
* Do not underestimate her power. Try not to offend or hurt her, but be merely polite and refuse her anything he asks that you are not willing to give.
* Do not get angry when she backstabs you. Realize from the start it will happen eventually. Don't form any deep relationship with her. She'll suck you dry.
* And don't confront her, just smile knowingly and take action to prevent further damage.
* Be careful when you talk to backstabbers, they might be recording you.
* Don't talk to the backstabbers friends, they could be spies.

TIPS:
#Get away from these people as soon as possible and convince others not to associate with them. Just say that 'they aren't the best person to hang out with.' Take care if you choose to do that.
# Don't hesitate to ask questions. If somebody seems shady in any perspective, ask them about it but pay close attention to their answers. More often than not, they will try to pull one over you.
# There is a difference between friends and acquaintances. This means that even though she might be fun to talk at in classroom or at lunch, she might not be the kind of person you would like to hang out with after school.
# Don't rely on the backstabber for anything; even the tiniest of things. In this way, you will avoid situations where you owe him/her a favor. This technique takes patience, practice and goes completely against your better nature. The backstabber will get the hint and move on the next sucker/victim.
# Also do not tell them any secret that you want kept hidden, as they will tell it to another one of their "friends" the moment it will gain them something.
# Treat him/her like you would any other snake. Be polite when in his/her area but keep to the path, and maintain your distance.
# Make sure not to reduce to her level by saying untrue and bad things about her behind his back (this is a huge no-no!) as it will only spur her to action against you.
# Try to avoid revenge. This will create more problems. But if you simply have to get even, remember that the best revenge in this case would be hanging out with your best friends right in front of their face.


We all know somebody who is a doubletalker, a gossip and a generally untrustworthy person. They are cruel to their enemies and even meaner to their friends - only with the friends the mean streak only comes out when their backs are turned. This type of friend is all sweetness and sugar to people's faces but act ugly and spiteful behind their backs. We call people like this "backstabbers" because they sneak around portraying themselves as something they are not, a friend. Do you have one of these snakes in your life?

You always thought your “friend” was the one you can depend on, the rock you can build on, the shoulder you can cry on. It's all well and good, until the person you once called your friend starts to spread rumors and gossip about you behind your back. He or she calls you names, destroys your reputation, and does just about everything most friends would never do. Yes, your friend is a two-bit backstabber.

It always hurts to lose a friend, but it definitely hurts to be betrayed by people you trust. After all that you have done for your friend, and after all the good times you shared, you feel so used and manipulated by him or her. You're faced with so many problems and consequences once you end a friendship because of a backstabber, not to mention having to repair and restore your standing among other people. Here are some ways to help soften the blow dealt by a backstabber.

For the victim of this kind-of-situation..this is for you to know :

It's Not Your Fault

It's called “backstabbing” for a reason; betrayal feels like someone plunged a sharp, rusty knife deep in your back, gave you a pat on the back to dig it in deeper, and still called you his or her friend. Some people tend to feel that they're the ones to blame, like they haven't been paying enough attention to their friends, or that they did something wrong.

The important thing to remember is that you're the victim. You've been a good friend to the person who stabbed you in the back. You were genuine, upfront, and you had nothing to hide. It's all right to feel bad for yourself, but you shouldn't blame yourself for being betrayed. You're the one who's already suffering from your friend's betrayal, so you have every right to be mad and feel victimized.

Start at the Source

Nobody is born a backstabber, but there are many reasons why a person you once thought to be your friend can betray you. Get to the root of the problem: why did your friend betray the trust you had in him or her for so long? Some of the reasons can get quite ugly:

* Jealousy. Chances are that your friend is insanely jealous of you. Maybe you're more well-off, more popular with others, or that you're doing better in life than him or her. Some backstabbers feel that they're being treated like that “other friend,” and are not getting as much attention or respect as their other friends.
* Selfishness. Another common excuse for backstabbing is, “I did it for you.” Some people try to justify backstabbing, and say that they only did it to protect you from people who want to do you harm, or are up to no good. Chances are your friend is just trying to get away with backstabbing you.
* Somebody else made him or her do it. Two of the most common excuses a backstabber makes are, “I didn't know what I was doing,” or “Someone else made me do it.” While it's tempting to take the crocodile tears of your friend as genuine, don't believe a word of it.
Remember: he or she decided to freely and consciously betray your trust when he or she stabbed you in the back.

Demand an Explanation

Some people have problems breaking up a friendship, even if they were totally betrayed. They may feel that the memories of the good times they spent together are more important than a “squabble” like a betrayal. For most people, a betraying backstabbing friend should be dumped and thrown out at the soonest possible moment.

Make it clear that you're not “asking” for an explanation; rather, you are demanding it. You want closure to the issue so that you can move on with your lives, and at least save enough of your past friendship so that you can both maintain a civil relationship.

You Have the Right to Overreact

An insensitive backstabber will tell you that you're overreacting, or that because you overreacted, you're pretty much guilty of everything he or she said about you. No one can blame you if you're angry, or if you really blow your top off. After all, your own trusted friend was able to double-talk and make bad stories about you.

While it's your right to overreact, try to get a grip on yourself. It's OK to be mad, but try your very best not to be violent. Deal with the situation as peacefully and as diplomatically as you can. When you do overreact, settle down and don't make yourself look bad in front of other people. Your backstabber will try to bait you into proving that he or she is “right” about you.

Ignore the Backstabber

A backstabber craves for attention. He or she will do anything to prove that the lies he or she is spreading about you is true. If you pay too much attention to the lies your friend is spreading about you, the lies will come across as true to other people.

When you ignore the backstabber, you send a clear message to him or her: you are not dignifying his or her lies with a comment. You have more important things – and more important people – to attend to, than a backstabbing loser. Show him or her that you can go on with your life just fine, and that he or she means nothing more to you than excess baggage.

Restore Your Reputation

Many people realize that their friend is a backstabber only when the damage is already done. The lies your so-called friend has spread about you have already spread all over work or school. If he or she had it his or her way, then the lies have made their way all over town. When this happens, it's time for you to restore your reputation.

Restoring your reputation and standing will take a lot of time and hard work, especially if people believe the backstabber more than they believe you. Here are some ways that can help you restore the trust people have in you that was ruined by your backstabbing friend:

* Explain to them that your friend was spreading lies about you.
* Ask them if they would rather believe the backstabber, or if they would believe you.
* Show proof that you haven't been doing the things your friend is accusing you of. If your friend told friends and family that you don't pay your debts on time, show them documents, deeds, and receipts that show that you're financially stable.

The important thing to remember is that you shouldn't exert too much effort proving your backstabber wrong. Instead, your efforts should come across as genuine. You're not out to discredit your backstabber, but you're out to prove that you can be trusted. While it may seem wrong that you're restoring your standing on your own, there's pretty much nothing you can do. It may be too much trouble to ask your backstabber to take back everything he or she said about you.

Take It Up a Notch

Some backstabbers may damage your reputation so much that they can damage your standing in your community. Sometimes you have no other option than to go to court and file a suit for libel or slander. You don't have to sue your friend if it's a minor case, but if you can no longer do business with local establishment, or if your reputation is damaged enough that people no longer want to talk to you, you may need to take legal action.

Before you file a lawsuit for slander or malicious intent, you first need to consult with your lawyer. At best, you're going to claim damages, but you have to think twice. Not only would you add to the many cases already docked in courts, but you can also give yourself a major headache when the case does proceed.

Learn to Forgive

Not only do backstabbers cause a headache, but they can also cause heartache and grief. It's never an easy thing to lose a friend, especially if the loss could have been easily avoided. While you definitely have to move on with your life, you have to forgive your backstabber eventually. You don't need to take him or her back as a friend and start your friendship over, and it will definitely take time before you can learn to trust your friend again.

At the very least, you should find a way to maintain a civil and formal relationship with your backstabbing friend. You can't give each other the cold shoulder forever. You don't have to exchange hugs or spend some time with each other, as long as you still feel that you can do things together at work or at school.

Backstabbing can damage and hurt anyone's reputation. Pity, anger, and despair are normal reactions to betrayal and deceit. One day, you're going to look back at that backstabbing episode and learn an important lesson in life: thanks to a backstabber, you now know who your friends are.