Monday, November 1, 2010

kahwin awal

bila bercerita pasal kahwin

mesti semua orang akan berfikir banyakkkkk kali
macam
"eh..ready ke?"
atau
"kahwin bukan hal main-main..berkawan dulu"
atau
"bercinta pun asyik ada masalah je..kahwin apetah lagi"
dan so on..so on...

tahu tak?
mengikut ISLAM
lebih baik bercinta lepas bernikah
bukan bercinta dulu sebelum bernikah.
tapi kalau ikut mentaliti MELAYU
bercinta dulu..kononnya mengenali dulu
so that apa-apa jadi tak menyesal
paling teruk pun 'clash' je
bukan cerai..yang nanti kena turun naik mahkamah..
leceh..banyak hal..

weyyy..
korang ni nak kahwin
fikir nak cerai ke?
macam contoh la
*untuk korang senang faham*
orang MELAYU ni
selalunya (yang aku perasan)
kalau nak beli kereta
dia akan fikir, ada harga lagi tak kereta tu nanti kalau nak jual balik.
itu penting.paling top dalam senarai.
then baru fikir aspek-aspek lain.
pelik kan..
memilih untuk memiliki sesuatu
tapi berdasarkan faktor kehilangannya nanti.
faham tak?
tak faham..refer balik contoh tadi.haha

aku tak salahkan MELAYU.
aku pun MELAYU juga.
tapi sebab orang MELAYU ni
memang macam tu..dah sebati dah.
nak buat macam mana kan.

sama la juga hal kahwin nikah ni.
mungkin betul..tak nak masalah dalam perkahwinan
tapi cuba bagitau aku
hal apa je yang tak akan ada masalah?

semuanya sebenarnya bergantung pada diri sendiri
cuma berani tak berani je nak hadapi masalah tu
kuat tak kuat je nak tanggung risiko masalah tu
yakin tak yakin je nak selesaikan masalah tu
tepuk dada tanya hati..haha

aku memang nak kahwin awal.
suka hati korang lah nak kata apa
aku gatal ke
perasan dah dewasa sangat ke
bajet matang ke
whatever you may say..
but the truth is..
you don't have any right to judge me and my abilities.
you know why?
because..

mungkin aku lebih baik dalam handle masalah daripada korang.
sebab tu aku berani nak kahwin awal.
mungkin aku lebih berani nak hadapi risiko
sebab tu aku berani nak minta hubungan yang halal dalam usia muda.
mungkin aku lebih yakin dengan diri aku daripada korang yang hanya suka kondem orang
sebab tu aku tau buruk baik setiap perbuatan aku.
mungkin aku jenis suka ambil pengalaman orang untuk dijadikan pengajaran
sebab tu aku boleh cepat belajar cara untuk hadapi kehidupan
mungkin aku punya pengalaman hidup tersendiri dan sangat berbeza dari korang
sebab itu aku bukan seseorang yang korang boleh kategorikan..because I'm Unique.
dan semua itu pasti menjadikan aku lebih baik dari korang
yang hanya suka kondem atau menjatuhkan semangat orang lain..
boohoo.. :P

haha..jangan marah.
jika anda tidak begitu.
jika anda sokong saya, terima kasih saya ucapkan.

bagi yang kondem atau judge saya
seperti yang saya katakan di atas tu ye.
memang khas tuju untuk anda.
(>.<)

ok.ok..move on.
sebenarnya yang sibuk bercerita pasal kahwin awal ni
sebab ada terbaca kisah ni.
pengalaman seorang pelajar perempuan *universiti ok.bukan sekolah menengah*
yang hampir bunuh diri setelah ditinggalkan kekasih tercinta
dan bagaimana perkahwinan awal mengubah kehidupannya
menjadikan dia insan paling bahagia.

ini dia..mari mari..baca

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin.

Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.Simple bukan? Kenapa perlu pening???

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.


Weyyy..aku cemburu okay!!
memang aku nak kahwin awal.
nak rasa nikmat bercinta secara halal.
siang malam berkepit dibuai cinta.
memang dugaan akan datang
tapi bukan ke dugaan itu boleh mengeratkan hubungan
sekiranya kita bijak menanganinya?

kalau bercinta boleh tolak ansur
kenapa selepas berkahwin tidak?
mesti ada yang cakap,
"mula-mula semua indah..dah lama-lama nanti..."
jemu?sebab hari-hari muka sama?
hello!! bukan cinta namanya kalau boleh jemu tengok muka pasangan.
tak suka perangai pasangan?
hello lagi!! perangai awak tu elok sangat ke..sempurna ke..
tak, kan..so belajar untuk tolak ansur tak boleh??
terima pasangan buruk dan baik seadanya.

fine..fine..mesti ada lagi yang marah aku
"cakap sekarang senang la..kena batang hidung sendiri nanti.."
haaa...meh sini aku bagi jawapan aku untuk itu
BAK DATANG!! haha
aku rasa aku dah bagitau awal-awal tadi
kenapa dan apa yang membuatkan aku rasa
aku ni boleh/nak kahwin awal..

haha..tak perlu nak kata aku angau bercinta
mungkin ya mungkin tak
tapi cuma satu je..
seriously
memang aku rasa bercinta lepas bernikah lagi best..
dari dulu lagi
sejak aku akil baligh lagi
memang nak kahwin awal..
ikut sunnah Rasulullah orang kata..ehehehe *shy*

bila dah kahwin ni
nak buat apa pun dengan si dia boleh
nak ditemani selalu pun boleh (kalau dia tak sibuk la kan)
bantal peluk bernyawa a.k.a bodyguard
(yer lah kan..tak risau tidur jatuh katil kalau si dia asyik peluk je..ngehehehe)
korang tak nak ke?
aku nak..sangat..
tapi ..itu lah..
aku kan orang MELAYU
MELAYU ni banyak pantang larang ngarut-ngarut
itu ini tak boleh..walaupun kadang kala tak bagi kesan pape pun
ikut atau tak ikut pantang larang semua tu..haiss
jadi..nak tak nak..
aku pun ikut lah..
bak kata MELAYU (lagi)
"biar mati anak,jangan mati adat"
(kalau anak mati,siapa nak carry on adat? ada fikir?)
jap jap..apa kena mengena adat dengan semua ni?
ahahah..fikir lah sendiri
aku pun dah ngantuk ni..
nak tidur..
selamat malam...
eh..pagi..
eh..awal pagi..
ahhh..pape laa
~xoxo~


3 comments:

nadzirah.zulkepli said...

like this. sokong akak. hee^^,

umi_chan said...

ngehehehe..tq tq (>.<)

Unknown said...

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Satu artikel yang menarik mengenai Kahwin Muda. Jemput ke blog saya untuk baca mengenai Kenapa Lelaki Takut Kahwin Muda? Jalalboy