Tuesday, November 23, 2010

tentang aku

Aku ibarat kucing yang punya sayap
bukan boleh dipaksa untuk duduk diam dan senyap
ingin terbang bebas terokai semua yang ada di langit dan di bumi
merantau di darat tanpa henti
menggunakan kaki
reti pulang sendiri jika dihargai
tak perlu dikurung
kerana tak mahu jadi seperti katak di bawah tempurung
memberontak untuk tegakkan hak
seperti manusia dewasa yang layak
tentukan hidup bersama yang tercinta
kecapi impian dan gembira
untuk rasa kebahagiaan itu selama-lamanya
walau apa pun yang datang
menguji seperti berlawan di medan perang
tetap tak putus asa
selagi ditemani cinta dan Yang Maha Esa..
~truly, Umi~
xoxo

0 comments: