Sunday, September 11, 2011

Pengajaran yang kena ingat

  • Jangan bagi barang konon-konon 'surprise' pada orang jika kau tak tahu apa yang akan diperkatakannya di kemudian hari kelak atas pemberian kau itu.
  • Jangan sesekali minta apa-apa pun pada sesiapa pun,waima ibu bapa atau pasangan/kekasih yang kau yakin sangat tak berkira dengan kau, mereka semua akan tetap berkira dan mengungkit mengatakan apa yang mereka beri atas permintaan kau itu sebenarnya telah menyusahkan mereka. Sangat sedih bukan?
  • Sentiasa 'berdiri atas kaki sendiri'. Biarlah orang nak kata kau ni sombong ke apa, itu lebih baik dari kau bercampur dan bergantung harap pada orang dan kemudian harapan kau hancur lebur macam tu je.
  • Jauhkan diri dari orang yang mengatakan sayang pada kau tetapi pada masa yang sama, dia mengatakan macam-macam yang buat kau rasa lebih baik kau tak ada dalam hidup dia dari mula.
  • Walaupun kau sayang sangat pada seseorang dan kemudian kau nampak seseorang itu lebih suka tanpa kau disisinya, lepaskan dia dan palingkan diri,agar kau tak perlu melihatnya, supaya kau kuat melawan keinginan kau dan mampu jauhkan diri dari dia untuk biarkan dia dalam kegembiraan yang dia inginkan,kegembiraan tanpa kau.
  • Bila 'hati' terasa begitu kecil dan menjadi 'kecut' seperti darah habis disedut keluar, kau perlu sedar, fizikal yang lain tidak begitu jadi masih perlu berlagak OK.
  • Belajar untuk senyum walaupun senyum dibuat-buat bila kau terasa seperti tak dapat atau tak mampu berkata-kata walaupun sepatah pada yang bercakap dengan kau. Dia mengatakan kau gila? Biarkan. Dia 10 kali ganda gila sebab nak bercakap dengan orang yang dia katakan gila.. kan?
  • Tidur. Terus pejam mata dan tidur bila kau rasa kau nak mati.
  • Berhenti berharap seketika bila kau kecewa dengan harapan kau yang sebelumnya, telah hancur. Jangan percaya dengan kata-kata semangat kononnya yang "hidup ni singkat dan bla bla bla...", untuk pengetahuan, hidup ni tak singkat jika dah bertahun-tahun kau masih bernafas. Harap maklum.
  • Jangan pernah kata orang itu salah sebab buat kau itu ini,sedih kecewa dan macam-macam. Kau duduk diam dan mengaku pada diri sendiri kau sebenarnya yang salah sebab kau yang percaya pada dia dan secara tak langsung kau yang benarkan dia untuk melukakan kau. Fizikal dan mental.
Sila padankan muka sendiri sekarang.
"Padan muka".
~Sekian.~ 


0 comments: