Thursday, May 26, 2011
Kepada mu
yang akan menjadi pendampingku..
Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana
yang ternyata lebih baik untuk kau pilih..
Padahal kau begitu tahu,
aku hanya wanita biasa,
yang sangat jauh dari sempurna.
Ku ingin kau tahu,
aku bukan wanita yang sempurna,
kerana aku punya begitu banyak kekurangan.
Ketahuilah..
Kau yang akan memilihku kelak..
Aku tidak sebijak bonda Khadijah,
oleh itu ku ingin kau tahu,
aku akan sentiasa melakukan kesalahan dan boleh jadi begitu menyusahkan,
maka dengan itu ku mohon padamu,
bijaklah dalam menangani kerenahku,
jangan marah padaku,
nasihati aku dengan penuh hikmah,
kerana kau bagiku adalah pemimpinku,
dan tak akan berani ku membangkang padamu..
Kau yang bakal memilihku..
Ingatlah, tidak selamanya aku akan kelihatan cantik di matamu,
ada kalanya aku akan begitu kusam dan tidak terurus,
kelihatan kotor dan berbau asap,
mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur,
untuk menyiapkan makanan untuk kau serta mujahid dan mujahidah kita nanti
atau kerana seharian ku mengemaskan istana kecil kita
agar kau serta mujahid dan mujahidah kita dapat tinggal dengan aman dan selesa.
~insya’Allah~
Maka mungkin kala waktu itu
aku tidak sempat untuk berdandan cantik ketika menyambut mu pulang bekerja,
maka tegurlah aku dan khabarkan padaku dengan lemah lembut serta bijaksana...
Dan mungkin juga di waktu lainnya
kau akan melihatku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu,
ketahuilah sayangku,
bukan kerana aku tidak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasa,
tetapi kerana semalaman saat kau tertidur dengan nyenyak,
aku tidak sedetik pun tertidur kerana menjaga mujahid dan mujahidah kecil kita
dan ku tau kau letih mencari rezeki untuk kami,
maka tak ingin ku mengganggu sedikit pun lelapmu..
Jadi jika esok pagi kau melihatku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,
maka tetaplah tersenyum padaku,
kerana kau adalah sumber kekuatanku..
Padamu yang akan menjadi nahkoda dalam hidupku..
Ketahuilah, mungkin ada saatnya, aku tidak sesabar Fatimah,
ada kalanya kau akan melihatku begitu marah,
atau menangis dan tidak terkawal,
bukan kerana ku membangkang padamu,
tapi kerana aku hanya wanita biasa,
yang memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku,
tempat untuk melepaskan penat lelahku,
dan mungkin saat itu jika aku tidak datang padamu,
mungkin kerana kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,
maka bersabarlah,
yang aku perlukan hanya perlukan dan belaian mu,
kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..
Akan ada ketikanya tanganku akan mencubit
dan memukul perlahan si kecil
kerana lelah dan penatku
di tambah pula dengan rengekannya yang tidak berhenti,
namun ketahuilah,
sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya,
tapi mungkin kerana aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya,
maka jangan kau membentakku kerana telah menyakiti buah hati kita,
tapi cukup kau usap kepalaku dan membisikkan kata sayang di telingaku,
tegurlah aku dengan hikmah,
kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk mu,
dan kau akan melihatku menangis menyesali perbuatanku pada buah hati kita,
dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya,
dan aku akan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Padamu yang akan menjadi imam dalam hidupku..
Ketahuilah, aku tak secerdas Siti Aisyah,
maka jangan pernah bosan mengajariku,
membimbingku ke arah-Nya,
walau kadang kala aku begitu bebal dan bodoh,
tapi jangan pernah letih mengajariku..
Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam
untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..
Jangan letih mengingatkanku
untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..
Bimbing tanganku ke JannahNya,
agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya..
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman hidupku..
Seiring berjalannya waktu,
kau akan melihat rambutku yang dulu hitam gelap dan indah,
akan menipis dan memutih,
kulitku yang bersih akan mulai kedut,
tanganku yang halus akan menjadi kasar,
dan kau tak akan melihatku sebagai wanita cantik,
yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu,
aku bukan lagi wanita muda yang selalu menyenangkan matamu..
Maka jangan pernah berpaling dariku,
kerana satu yang tak pernah berubah,
bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian mekar,
iaitu rasa cintaku padamu..
Ketahuilah..
Tiap hari, tiap jam, minit dan detiknya,
telah aku lalui semua itu dengan selalu jatuh cinta padamu..
Maka, cintailah aku,
dengan seadanya diriku..
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..
maafkan aku kerana aku bukan puteri..
aku hanya wanita biasa....
Terimalah aku seadanya dan bimbinglah aku menuju jalanNYA.....
Semoga kita bahagia bersama...
*a piece of sirih junjung..hopefully jodoh cepat sampai..amin*
Labels: courage/semangat, love
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment