Tuesday, April 12, 2011

beriadah berdua

Semalam pergi Sunway Lagoon bersama si Pinat
asalnya ikut plan nak pergi jogging dan buat sesi menguruskan badan
di Taman Pertanian/Botani Shah Alam.

Sudah berangan-angan ingin menaiki basikal dan
melakukan sesi gedik berlari-lari jogging,
tapi alih-alih dah sampai tempat yang dituju
tengok-tengok tutup
memandangkan memang hari Isnin adalah hari cuti bagi taman itu.
Sadis kan..semangat dah membara tapi tempat pula tutup.

Jadi disebabkan kebuntuan memikirkan aktiviti yang hendak dilakukan,
kembali memikirkan idea gila untuk menghabiskan waktu
sambil otak ligat berfikir bersama mulut mengunyah
dan tangan memegang hashbrown McD yang lazat
maka keputusan dibuat untuk beriadah di Sunway Lagoon
walaupun hanya berdua.

Tapi itu tidak boleh dijadikan bukti
untuk keraguan anda terhadap orientasi seksual kami
kerana kami masih tegar ingin melihat sekiranya ada
jejaka-jejaka hot yang boleh dijadikan pencuci mata..haha.

Namun hampa
kerana hari waktu bekerja
hanya ramai pendatang/pelancong asing yang membanjiri kawasan rekreasi itu
bersama pasangan dan keluarga masing-masing
dan bak kata Pinat
pemandangan nampak berbulu
kerana kebanyakan jejaka-jejaka tersebut
berbulu dada dan badan
seperti monyet di hutan.ok.tipu.exaggerate.
tapi memang badan berbulu lebat.
eiyuuu..terus rasa tak nak mandi. (-.-")

tetapi kerana memikirkan
jumlah wang yang sudah digunakan untuk membeli tiket masuk
maka aktiviti diteruskan jua.
Gambar-gambar masih ada dalam handphone Nokia 5800 Express Music saya
dan insyaallah akan diupload sekiranya ada kelapangan dan kerajinan
untuk berkongsi di sini.

Sekian. Report dari saya.
Terima kasih.
(>.<)

0 comments: