Tuesday, March 29, 2011

kembali ke waktu itu?

Cerita tentang kebolehan atau keinginan untuk kita kembali ke suatu-suatu waktu yang pernah kita lalui dalam hidup ni amat lah mustahil. Walaupun angan-angan tu mengharap sangat boleh jadi kan. Tapi hakikatnya tok sah lah bermimpi tiba-tiba bangun tidur je "eh, apsal badan aku kurus ni..oh, aku dah kembali ke waktu remaja..metabolisma tengah tinggi lagi" (-.-") atau tiba-tiba masuk satu pintu dan berlakunya perubahan masa macam dalam cerita Doraemon tu (eh..tapi Doraemon masuk ikut laci..nevermind) .You got what i mean, right?


Anyway..if you ask me..waktu atau zaman bila dalam kehidupan kau, yang kau rasa nak sangat kembali waktu tu dan perbetulkan semuanya? Jawapan yang akan aku bagi ialah...tak ada. Kenapa? Sebab bagi aku, aku rasa semua waktu yang aku lalui dalam hidup ni dah aku lalui sepenuhnya..live life to the fullest,
bak kata mat saleh.


 Memang ada yang aku menyesal,kalau difikir-fikirkan balik la kan macam waktu itu aku sepatutnya lebih matang atau tak buat silap tapi, heyy..macam mana aku nak tahu kalau aku tak buat kesilapan tu aku akan dapat pengalaman yang akan mengajar aku sesuatu nilai atau value kehidupan? Kesilapan dijadikan pengajaran dan perkara baik jadikan teladan. isn't that the meaning of life?


Seluruh kehidupan adalah ujian kan dan ujian yang bila dilalui tak akan ada peluang untuk berpatah balik setelah keputusan dah dibuat kerana perlu ingat bahawa ia bukan macam ujian bertulis atas kertas yang di mana kalau ada salah tulis dengan pensel boleh padam dengan pemadam atau tulis dengan pen dan hilangkan tulisan dengan liquid paper.


 No no no..life is not that simple as you may wish sebab bila kau dah buat silap, kau hadap kesilapan tu dan cari jalan untuk menghadapi segala kemungkinan yang datang akibat kesilapan itu. That's life. Mengajar kita dalam cara yang agak sukar untuk kita terima. Bagi yang tewas mungkin akan jadi tidak waras. Banyak kemungkinan dan perlu banyak pemikiran. Salah langkah, susah lah hidup. Tambah pula anasir-anasir luar yang menokok-tambah kesusahan yang kau nak kena hadap. Lagi-lagi bila semuanya kau kena lalui sendiri. Kejam kan. Ya...memang kejam.

Tetapi..sebolehnya cuba untuk tidak menjadi lemah apabila tiap hari menempuh ujian kehidupan. Kadang-kadang tu ada juga rasa nak give-up tapi bila fikir balik, siapa yang sebenarnya yang akan rugi dan untung? Aku lah yang rugi dan yang untung tentu-tentunya mereka yang membenci aku.


 Biasa lah..orang kalau tak suka kita ni mereka lagi suka bila tengok kita 'tersungkur' dalam hidup. Entah-entah siap tepuk tangan dan bersorak sakan lagi. Jadi..bad news to you haters..I'm not gonna give-up to stand tall even when life push me down .. haha.. 


TAPI..(ececehh..nak capslock je..konon-konon kena bagi perhatian lebih lah)..ada waktu-waktu yang memang aku harapkan tak akan berlalu..iaitu waktu-waktu bersama si dia. Waktu-waktu dia ada dekat dengan aku. Boleh borak macam kawan rapat, melalut merapu tak ikut tempat. Gelak ketawa bergurau senda. Diselangi merajuk manja gaduh seketika. Siapa si dia tu? hebat sangat ke? best sangat ke?haha..itu bukan terletak pada kamu untuk judge semua tu kerana cukup pada aku dia adalah seseorang yang membuatkan aku rasa satu peringkat atau bahagian kehidupan aku sudah lengkap. haha..*blushing*

Oppssss..tolong jangan serang saya wahai Polis Cinta..sebelum nak mula apa-apa bebelan atau kata-kata kamu, terus-terang aku katakan bagi aku tak salah nak bercinta. At least aku masih boleh dianggap umat Nabi Muhammad kerana dengan adanya sifat cinta aku terhadap kaum Adam itu, bermakna aku masih lagi di jalan yang sepatutnya. So, no offense ya.


Oleh itu..untuk aku kembali ke waktu-waktu yang pernah aku lalui dulu, aku rasa tak perlu. Allah dah tentukan yang sebaiknya untuk aku dan semua hamba-hambaNya. Cuma terletak pada kita untuk sedar dan menghargai tiap satu elemen kehidupan yang ada. Aku bersyukur dengan waktu sekarang dan berharap sebaiknya untuk yang akan datang. Insyaallah. 

0 comments: