Monday, January 24, 2011

hidup ni

banyak perkara yang terjadi

acap kali terdengar orang berkata
semuanya akan mematangkan diri
terutama diri yang masih tidak bangun dari lena
seperti anak-anak kecil yang tidak ambil pusing kisah duniawi

tetapi kita sendiri tahu
menongkah onak duri
bukan semudah melafaz kata-kata
apabila kita sendiri melangkah maju
menahan dan melawan menggunakan kudrat sendiri
sangat tipis mendapat bantuan sesiapa

kerana manusia sering kali alpa
apabila sudah berada di tempat selesa
yang di bawah dipijak tanpa rasa apa-apa
kerana teguhnya konon si pendirian
ingin mendongak menjunjung sang langit
tanpa difikir tentang budi serta ehsan
tak mahu lagi memandang ke bumi yang dirasanya pahit
kerana hati sudah dirasuk setan.

lalu
kamu sendiri sudah tahu
akan hakikat itu
jadi apa lagi yang kamu mahu?
sudah-sudah lah mengharapkan sesuatu
kerana janji pada kala waktu
boleh bertukar menjadi hanya kata-kata palsu
oleh itu..teruskan perjalanan kamu
walau pun pada hakikatnya kamu sudah tidak mampu..


0 comments: