Monday, October 25, 2010

kisah api dan air

pada suatu hari

air berkata pada api
"kerana cinta..
aku membunuh mu"

apakah maksudnya?
adakah kerana
si air tidak lagi tahan
atau tidak lagi mampu
untuk menerima bahangnya api?

walaupun selama ini
si air sentiasa sabar mengikut tingkah nya si api?

apabila api mendekati air dengan bahangnya
maka air menjadi pengawal suhu di sekelilingnya
penyelamat keadaan tika api tidak mengawal dirinya.

bagaimana pula apabila api bernyala kecil
tapi nyalaan kecil berwarna biru itu yang paling bahaya
kerana tiap kali didekati
akan melecur diri akan berubah kondisi ?
dan yang paling terkena semestinya si
air yang setia disisi si api ?

mungkin kerana itu
si api lupa.
bahawa air lebih kuat darinya
mungkin bukan dari rupa bentuk fizikalnya
tetapi kemampuan kekuatan dirinya
ketahanan dan kepimpinan
melebihi si api
walau air dikenal dengan lemah lambutnya
kepentingannya dan keistimewaannya
namun tetap berkuasa..

itu lah kisahnya
haha..*mesti korang blur baca entri ni kan..ahakz*


0 comments: