Wednesday, September 29, 2010
Nak tahu tak satu fakta menarik tentang Babi?
kenapa babi diharamkan dalam Islam..
saya sekadar berkongsi apa yang saya tahu..
Seperti yang kita ketahui,
kebanyakan orang Islam yang sering pergi ke luar negara
seperti Eropah dan Amerika
tidak tahu atau mengambil kisah
yang kebanyakan makanan di sana mempunyai
babi sebagai asas makanan
selain daripada arak.
Kisahnya..
Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis.
Mereka di sana bertanyakan padanya
mengapa diharamkan babi dalam Islam
dan rahsia disebalik pengharamannya dalam penyediaan makanan.
Mereka mempersoalkan tentang itu,
"Umat Islam mengatakan bahawa babi itu haram
kerana tabiatnya yang memakan sampah kotor
yang mengandungi cacing pita dan bakteria-bakteria lain.
Di zaman ini, hal seperi itu sudah tiada lagi
kerana babi diternak dalam penternakan moden
dengan jaminan kebersihan
dan pelbagai proses sterilisasi yang mencukupi.
Oleh itu, bagaimanan mungkin babi-babi
yang diternak dan dijaga dengan baiknya
terjangkit dengan kekotoran , cacing pita serta bekteria yang lainnya?"
Imam Muhammad Abduh tidak menjawab pertanyaan itu.
Dengan menggunakan kebijaksanaan dan kecerdikannya
beliau meminta mereka untuk membawa
2 ekor ayam jantan
dan 1 ekor ayam betina
serta 2 ekor babi jantan
dan 1 ekor babi betina.
Mereka bertanya
"untuk apa semua ini?"
Beliau menjawab
"penuhi permintaan saya maka saya akan perlihatkan suatu rahsia"
maka mereka memenuhi permintaan tersebut.
Kemudiannya beliau meminta
mereka melepaskan
2 ekor ayam jantan bersama 1 ekor ayam betina tadi ke dalam 1 kandang.
Kedua-dua ayam jantan itu berkelahi dan cuba saling menbunuh
dengan tujuan untuk mendapatkan ayam betina untuk dirinya sendiri
hinggalah salah satunya tewas
lalu beliau memerintahkan supaya ayam-ayam itu dikurung semula.
Kemudian beliau memerintahkan pula
mereka melepaskan 2 ekor babi jantan itu dan 1 ekor babi betina
ke dalam kandang yang sama.
Kali ini, mereka menyaksikan keanehan.
Babi jantan yang satu itu membantu babi jantan yang lagi satu
untuk melepaskan hajat seksualnya bersama
tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau
keinginan untuk menjaga babi betina dari babi jantan yang lagi satu itu.
Dan dengan itu, beliau berkata
"Saudara sekalian,
daging babi membunuh ghirah' orang yang memakannya.
Itu lah yang terjadi pada kalian yang memakannya.
Seorang lelaki dari kalian
melihat isterinya bersama lelaki lain
dan membiarkannya tanpa rasa cemburu
dan begitu juga apabila
seorang bapa dari kalian
melihat anak perempuannya bersama lelaki asing
dan membiarkan keadaan itu tanpa rasa cemburu dan was-was
kerana daging babi itu
menularkan sifat-sifatnya
pada orang yang memakannya"
~p/s:
jadi..sedar lah wahai muslim sekalian..
jangan terlalu nak mengikut gaya hidup Barat
dengan hubungan "three'some" atau yang entah apa-apa itu
cukup lah hubungan itu dijaga dengan baik
dan dilakukan dengan orang yang berhak ke atas kita..~
Wallahualam..
Labels: health/kesihatan, info, pet
0 comments:
Post a Comment